omniture

Yadea Umum Perkongsian Pemasaran dengan ADAC SE, Kelab Mobiliti Terbesar Eropah

Yadea
2020-11-30 18:59 118

MUNICH, 30 November 2020 /PRNewswire/ -- Yadea Technology Group Co., Ltd ("Yadea", 01585.HK), jenama e-basikal berenjin (moped) yang terkemuka di China, hari ini mengumumkan pelancaran perkongsian pemasaran bersama ADAC SE, kelab mobiliti terbesar Eropah yang beribu pejabat di Munich, Jerman. Perkongsian ini terjalin bersama syarikat baharu Rydies. Perkongsian ini juga akan menyaksikan e-basikal berenjin Yadea dijual di Jerman dan mempercepatkan lagi strategi pengembangan global jenama ini.

YADEA announced the launch of a marketing partnership with ADAC SE
YADEA announced the launch of a marketing partnership with ADAC SE

Jerman terus mempromosikan mobiliti tanpa emisi dengan e-basikal dan e-basikal berenjin mampu milik, bagi mencapai sasaran pengurangan emisinya. Jualan bagi separuh pertama tahun ini dalam pasaran kenderaan dua roda Jeman menunjukkan bahawa permintaan terhadap basikal elektrik dan e-basikal berenjin bakal mencapai tahap tinggi yang baharu, dengan 1.1 juta e-basikal terjual antara Januari dan Julai 2020. Jualan e-basikal berenjin (kelas 125) meningkat sebanyak 59% yang luar biasa hingga Ogos 2020 berbanding tahun sebelumnya.

Sudahpun menjadi peneraju di China, Yadea komited untuk menjadi pengeluar kenderaan dua roda elektrik yang terkemuka di dunia dengan terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), menerajui inovasi produk dengan teknologi canggih, mengintegrasikan bahan premium bagi meningkatkan kualiti kenderaan dan memperjuangkan revolusi industri lestari.

Menerusi lebih 21 juta ahli, ADAC ialah persatuan automobil kedua terbesar di dunia. Sebagai sebahagian daripada misi syarikat untuk melengkapkan Jerman dengan kuasa elektrik, ADAC melancarkan inisiatif e-Ride (e-Tunggangan): titik kemasukan berkesan kos dan fleksibel ke dalam mobiliti moden. Ahli-ahli ADAC boleh menyewa kenderaan dua roda elektrik dalam tempoh tiga hingga 12 bulan, yang merangkumi perkhidmatan seperti insurans, pembaikan dan kunci keselamatan berkualiti tinggi. Di samping itu, ahli-ahli dapat menikmati diskaun apabila membeli e-basikal dan e-basikal berenjin. Perkongsian antara Yadea dan ADAC SE akan menyaksikan e-basikal berenjin Yadea G5 dilancarkan pada platform e-Ride ADAC www.adac.e-ride-shop.de, yang mana ahli-ahli dapat menikmati diskaun daripada langganan bulanan dan sehingga €1,200 bagi tawaran jualan terpilih.

ADAC sentiasa meletakkan kepentingan tinggi terhadap keselamatan jalan raya dan perkongsiannya bersama Yadea telah mengukuhkan piawaian keselamatan e-basikal berenjin syarikat selaras dengan piawaian global yang utama. Yadea sentiasa memberi penekanan tertinggi ke atas reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan sistem keselamatan kenderaannya dan menggunakan piawaian gred ketenteraan dalam reka bentuk dan pengkonsepan produknya.

Selain aspek keselamatan, Yadea mempunyai lima pusat R&D teknologi utama dan telah memperoleh 763 paten termasuk 36 paten untuk hasil ciptaan. Jenama ini merupakan peneraju industri dalam sistem kuasa, sistem tenaga, sistem pintar dan teknologi berpusatkan manusia serta merupakan yang pertama dalam industri yang menggabungkan teknologi bateri grafin ke dalam produknya. YADEA juga telah membina sistem rantaian bekalan global yang lengkap; menjalin perkongsian dengan 16 pembekal global terkemuka termasuk Panasonic, Bayer and Berger; serta membina tujuh tapak pengeluaran di serata dunia.  Produk Yadea dieksport ke lebih 88 negara dan syarikat ini mempunyai lebih 36 juta pengguna di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
Facebook: YADEAIG/YADEA_global
 Twitter: YADEA

Latar Belakang Yadea

23 tahun yang lalu, Yadea memasang impian mesra alam untuk memelihara alam sekitar di planet yang kita diami ini. Visi Yadea adalah untuk merevolusikan industri pengangkutan dengan generasi baharu produk perjalanan tanpa emisi.

 

Source: Yadea
Related Stocks:
HongKong:1585
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation Licensing/marketing agreements