omniture

UMKM EXPO (RT) Brilianpreneur 2020 Menyediakan Pentas Global kepada Lebih 400 MSME Terunggul di Indonesia

PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
2020-12-01 13:09 302

JAKARTA, Indonesia, 1 December 2020 /PRNewswire / - UMKM EXPO (RT) Brilianpreneur 2020 akan diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta pada 10-13 Disember 2020, anjuran Bank Rakyat Indonesia (BRI) (Petikan: BBRI.JK), bank terbesar di Indonesia. Acara ini kembali untuk kali keduanya setelah debutnya tahun lalu, menyediakan produk tempatan terbaik dari UMKM Indonesia yang merangkumi pemasangan seni yang menarik.

"Pada tahun ini, UMKM EXPO (RT) Brilianpreneur 2020 akan di adakan dalam talian dan benar-benar global untuk kali kedua. Dalam ekspo maya 3D baharu kami, para tetamu boleh menyaksikan gabungan acara maya dan fizikal yang hebat. Di dunia maya kami, pembeli dapat bertemu dengan lebih dari 400 UMKM, "kata Sunarso, Pengarah Presiden BRI.

Acara tahun lalu telah memberikan dorongan yang besar untuk mempromosikan UMKM Indonesia, dengan nilai penawaran mencapai USD33.5 juta dari pembeli luar negara seperti AS, Jepun, Tanah Besar China, Hong Kong, Arab Saudi, Belanda, dan Australia, antara lain.

Acara ini juga membantu pemerintah Indonesia mengambil keputusan untuk mendorong pertumbuhan ekonomi dengan meningkatkan eksport, bersepakat dengan gerakan #BANGGABUATANINDONESIA. Eksport Indonesia mengalami pertambahan mendadak baru-baru ini, mencapai USD14.39 bilion pada tahun 2020, peningkatan 37% berbanding Mei 2020 (USD10.53 bilion), menurut Biro Pusat Statistik

UMKM EXPO(RT) Brilianpreneur 2020 adalah satu penampilan besar untuk produk terbaik Indonesia  berkualiti eksport  pelbagai sektor, termasuk  kategori Fesyen, Aksesori & Kecantikan, Hiasan & Kraf Rumah, dan Makanan & Minuman. Antara barisan ini ialah Lompong Textiles, pembuat tekstil tradisional yang terkenal dengan menggunakan alat tenunan bukan mesin. Tukangnya menghasilkan kain tenunan yang disebut tenun troso, dinamakan sempena kampung di mana ia diperbuat pertama kali dan diperbuat secara eksklusif hari ini  di kepulauan itu.

"Kerja ketukangan yang rumit dan teliti ini untuk membuat produk kami, yang di buat sepenuhnya dengan tangan menggunakan 100 % bahan semula jadi termasuk semasa proses pencelupan itu," kata M.Yakub, dari Lompong Textiles.

Turut menyertai pameran pada tahun ini ialah Pyo Jewelry, sebuah rumah perhiasan warisan kontemporari, yang terkenal dengan kalung dan gelang yang sangat berharga yang diperbuat dari batu semula jadi Sumatera dan mutiara laut.

Selain daripada pameran yang menarik, sesi klinik pemadanan perniagaan & bimbingan, UMKM EXPO (RT) Brilianpreneur 2020 juga akan menganjurkan siri rancangan bual bicara yang menampilkan pegawai tinggi kerajaan, usahawan terkemuka, dan eksekutif perniagaan di BRI.

Pembeli antarabangsa boleh mendaftar di http://www.brilianpreneur.com sehingga 13 Disember 2020.

Source: PT Bank Rakyat Indonesia Tbk (BRI)
Related Stocks:
Jakarta:BBRI OTC:BKRKY
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Fashion Food/Beverages Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Textiles Trade show news Future Events