GUANGZHOU, China, 1 December 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou kali ke-18 telah dijalankan dengan serba mewah, sebagai acara kemuncak bagi kesemua pameran kereta berskala besar pada tahun 2020. Lapan jenama utama di bawah GAC Group membawa bersama kira-kira 70 kereta pameran, memaparkan produk dan teknologi terkini mereka. Daripada barisan kereta yang mengagumkan ini, sebuah produk unggul menonjol dan benar-benar menggamit perhatian - kereta sport EMPOW55, milik jenama GAC Group sendiri, GAC Motor.
Di edisi Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou ini, model kereta sport terkini daripada GAC MOTOR, EMPOW55 membuat penampilan sulungnya dengan membawa kesan yang mengagumkan. Bahagian luar "mesin perang" yang baharu ini mencetuskan kesan visual yang hebat terhadap deria, menjadikannya titik tumpuan menarik dalam pameran kereta ini. Model berkenaan akan dilancarkan pada tahun 2021, dengan harapan agar ia akan dapat menembusi pasaran antarabangsa tidak lama kemudian.
Dengan pusat graviti yang rendah, juntaian hadapan yang pendek, trek lebar, jarak roda yang panjang dan badan yang luas, EMPOW55 menerima pakai postur impak rendah bagi sebuah kereta sport. Mempunyai rintangan angin ultra rendah 0.26 berbanding dengan model yang serupa, ia telah mencapai kesempurnaan baik dari segi bentuk mahupun fungsi. Gril 'Mecha' dan tabir udara bilah dua sisi menghasilkan imej yang tidak dapat dilupakan. Digandingkan dengan enjin 4-ekzos yang eksotik, roda lumba belakang vertikal 18-inci dan pemantul belakang berprestasi tinggi, ia memberi nafas baharu kepada persona "mesin perang" tersebut. Istilah reka bentuk baharu "permukaan plastik ringan" dicipta untuk EMPOW55 bersudut tajam dan bergaya. Dengan pusat graviti visual yang amat rendah, hujung belakang yang tinggi dan kukuh, bahagian sisi yang tebal dan berkuasa selain lampu puncak LED penuh dan juga lampu belakang 'phantom' yang lebar, ia menakrifkan contoh yang begitu sempurna antara kelajuan dan keindahan.
Pameran Automobil Antarabangsa Guangzhou mempamerkan sepenuhnya pembangunan produk yang luas, pencapaian teknologi dan hasil yang bersedia mendepani masa depan daripada GAC Group. Keupayaan penyelidikan dan reka bentuk progresif GAC Group terus menerajui industri dan meraih pencapaian baharu. Hal ini menjelaskan pertumbuhan pesat jenamanya, GAC MOTOR, secara global. Pada hari-hari akan datang, dengan sistem teknologi, penyelidikan dan pembuatan GAC Group yang terkemuka, GAC MOTOR akan terus menaik taraf teknologi, kualiti serta kualiti perkhidmatannya, bagi membawa pengalaman mudah alih yang lebih baik kepada penggunanya di seluruh dunia.