omniture

UOB peroleh pelaburan langsung asing lebih S$3 bilion ke dalam Vietnam dengan kerjasama Foreign Investment Agency

Bank melancarkan saluran tambahan sebanyak lebih S$1.5 bilion di bawah MOU diperluas melalui FIA
United Overseas Bank
2020-12-03 10:46 371

SINGAPURA, 3 December 2020 /PRNewswire/ -- UOB menggiatkan usahanya untuk membantu syarikat-syarikat merebut peluang dalam ekonomi yang paling pesat berkembang di rantau tersebut, Vietnam[1], setelah memperoleh pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak lebih S$3 bilion ke dalam negara berkenaan[2]. Hari ini, Bank berkenaan dan Foreign Investment Agency (FIA)[3] Vietnam menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) diperluas yang akan menyaksikan Bank tersebut melancarkan saluran tambahan sebanyak lebih S$1.5 bilion melalui FDI ke dalam Vietnam.

From L to R: Mr Wee Ee Cheong, Deputy Chairman and CEO, UOB; Mr Sam Cheong, Head of Group FDI Advisory and Network Partnerships, UOB; Mr Le Cong Dung, Charge d’affaires, Embassy of the Socialist Republic of Vietnam in the Republic of Singapore; Mr Tan Weiming, Charge d’affaires, Embassy of the Republic of Singapore in Hanoi; Deputy Minister Mr Tran Duy Dong, MPI of the Socialist Republic of Vietnam; Mr Do Nhat Hoang, Director General, FIA; Mr Harry Loh, CEO, UOB Vietnam
From L to R: Mr Wee Ee Cheong, Deputy Chairman and CEO, UOB; Mr Sam Cheong, Head of Group FDI Advisory and Network Partnerships, UOB; Mr Le Cong Dung, Charge d’affaires, Embassy of the Socialist Republic of Vietnam in the Republic of Singapore; Mr Tan Weiming, Charge d’affaires, Embassy of the Republic of Singapore in Hanoi; Deputy Minister Mr Tran Duy Dong, MPI of the Socialist Republic of Vietnam; Mr Do Nhat Hoang, Director General, FIA; Mr Harry Loh, CEO, UOB Vietnam

 

 

Vietnam menerima hampir US$14 bilion melalui FDI yang dibayar dalam sembilan bulan pertama tahun ini[4] dalam semua industri dan UOB membantu syarikat-syarikat di seluruh rantau tersebut memanfaatkan kelebihan berkenaan, menumpu pada sektor-sektor yang mengalami pertumbuhan tinggi. Ini merupakan sektor-sektor yang ingin dibangunkan oleh kerajaan Vietnam iaitu tenaga lestari, pembuatan, infrastruktur, penjagaan kesihatan dan teknologi.

Memanfaatkan koridor perdagangan antara ASEAN dan Rantau Besar China, UOB telah membantu lebih daripada 150 syarikat merebut peluang di Vietnam dan menyasarkan untuk menggandakan angka berkenaan sebagai sebahagian daripada MOU terkini. Sebagai sebahagian daripada rantaian nilai, perusahaan bersaiz kecil dan sederhana (PKS) yang menyokong sektor-sektor ini akan turut mendapat manfaat. Lebih daripada 2,000 peluang pekerjaan di Vietnam turut dijangka akan dihasilkan daripada gelombang pelaburan seterusnya. Ini merupakan penambahan kepada lebih daripada 17,000 pekerjaan yang telahpun dicipta di bawah MOU pertama. Lebih banyak syarikat Singapura turut dijangka melabur ke dalam Vietnam sebagai sebahagian daripada peningkatan perniagaan dan hubungan yang lebih erat antara kedua-dua negara berkenaan. 

Hubungan UOB sendiri dengan Vietnam bermula pada tahun 1993 apabila Bank berkenaan membuka pejabat perwakilannya di negara tersebut.

[1] Antara ekonomi-ekonomi ASEAN-5 iaitu Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand dan Vietnam. Sumber: World Economic Outlook, October 2020: A Long and Difficult Ascent, International Monetary Fund.

[2] Dilaksanakan di bawah Memorandum Persefahaman yang ditandatangani oleh UOB dengan Foreign Investment Agency Vietnam. Sila lihat siaran berita UOB: "UOB and Vietnam's Foreign Investment Agency sign MOU to boost trade between Vietnam and Southeast Asia", 19 April 2015.

[3] FIA ialah agensi yang ditetapkan di bawah Kementerian Perancangan dan Pelaburan Vietnam yang menyokong FDI ke dalam Vietnam dan syarikat-syarikat Vietnam yang menjalankan usaha niaga di luar negara.

[4] Sumber: "FDI Brief Report in the nine months of 2020", Kementerian Perancangan dan Pelaburan Republik Sosialis Vietnam, 26 September 2020.

UOB kekal sebagai bank Singapura yang pertama dan satu-satunya menubuhkan subsidiari milik asing di negara berkenaan, melaksanakannya pada tahun 2018.

En. Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, UOB, berkata, "Di UOB, kami kekal teguh dari segi sokongan kami terhadap pembangunan ekonomi Vietnam sejak mengukuhkan akar umbi kami di negara ini hampir 30 tahun yang lalu. Sepanjang tahun-tahun tersebut, kami telah mengalami sendiri kebangkitan Vietnam, didorong oleh ekonomi kukuh yang bakal menjadi keempat terbesar di ASEAN menjelang penghujung tahun ini[5].

"MOU yang diperluas dengan FIA mengesahkan lagi hubungan erat dan kolaboratif kami dalam membantu syarikat-syarikat serantau di Vietnam memanfaatkan ekonomi rancak Vietnam, memacu kemajuan berterusan mereka dan meningkatkan aliran perdagangan serta penciptaan peluang pekerjaan di seluruh ASEAN. Dengan hubungan lancar serta kepakaran sektoral yang kami tawarkan dalam seluruh rangkaian serantau kami, UOB berkedudukan baik untuk menyokong syarikat-syarikat yang ingin mempelbagaikan rantaian bekalan mereka di tengah-tengah kekalutan yang disebabkan oleh pandemik global ini."

UOB Vietnam mempunyai tiga pejabat, dua di Bandar Raya Ho Chi Minh dan satu di Hanoi, yang menyediakan penyelesaian kewangan yang penting untuk peringkat kehidupan dan perniagaan pengguna serta syarikat yang berbeza di Vietnam. Kehadiran digitalnya diwujudkan melalui aplikasi perbankan mudah alih Bank yang memenangi anugerah, UOB Mighty. Pada tahun 2013, UOB menubuhkan sebuah pasukan Penasihat FDI khusus di Vietnam[6] sebagai sebahagian daripada usaha meluaskan sokongannya untuk pelanggan serantau yang melabur ke dalam negara berkenaan.

MOU yang diperluas akan menyaksikan FIA meluaskan akses kepada peluang-peluang pelaburan selain di bandar-bandar utama Bandar Raya Ho Chi Minh serta Hanoi dan ke dalam bandar-bandar yang pesat membangun seperti Bach Ninh, Hai Duong, Binh Duong dan Dong Nai

En. Tran Duy Dong, Timbalan Menteri Perancangan dan Pelaburan di Vietnam berkata, "Kekuatan dan kestabilan ekonomi Vietnam terus menjadikannya destinasi FDI yang utama untuk perusahaan global, dipacu oleh peluang perniagaan yang timbul daripada kalangan penduduk mudanya, tenaga kerja berpendidikan dan kelas pertengahan yang semakin bertambah. Banyak perusahaan juga ingin melabur dan berkembang lebih mendalam ke dalam Vietnam, terdorong oleh keupayaan pembuatan termaju kami dan inovasi teknologi dalam bandar-bandar yang pesat membangun melangkaui destinasi-destinasi FDI tradisional di Bandar Raya Ho Chi Minh dan Hanoi.

"Melalui MOU yang diperluas bersama UOB, kami percaya lebih banyak perusahaan akan dapat mengambil peluang daripada pertumbuhan Vietnam dan memanfaatkan peluang di seluruh negara berkenaan. MOU tersebut turut melambangkan kolaborasi kami yang mantap dan lama bersama UOB bagi memacu lebih banyak FDI ke dalam Vietnam."

Di bawah MOU berkenaan, FIA akan turut memberi khidmat nasihat kepada syarikat-syarikat yang dirujuk oleh UOB mengenai dasar pelaburan dan sokongan khusus dari segi prosedur dan permohonan pelaburan. Pasukan Penasihat FDI UOB menyediakan syarikat-syarikat daripada seluruh jaringan Bank dengan pandangan setempat, sokongan kemasukan ke pasaran dan penyelesaian kewangan tersuai dan menghubungkannya dengan peluang perniagaan serantau. Penasihat FDI UOB dan FIA akan turut menjalankan webinar bersama penceramah daripada kalangan rakan kongsi ekosistem Bank tersebut, termasuk agensi kerajaan, firma perunding dan syarikat multinasional untuk berkongsi kepakaran dan amalan terbaik mereka mengenai pelaburan di Vietnam.

Majlis penandatanganan MOU dijalankan secara maya hari ini, dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan kerajaan Vietnam serta pemimpin-pemimpin kanan daripada UOB.

Membantu syarikat-syarikat meluaskan operasi mereka ke Vietnam

Vietnam terus menjadi destinasi menarik untuk FDI, dengan purata pertumbuhan sembilan peratus dalam aliran masuk FDI dari tahun 2015 hingga 2019[7]. Daya tarikan negara berkenaan terhadap pelabur asing terus berkekalan walaupun semasa berlakunya pandemik COVID-19 dan mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar sebanyak 2.62 peratus dalam suku ketiga tahun 2020 walaupun ketika ekonomi di wilayah berkenaan menguncup[8].

Dengan syarikat-syarikat Singapura menyenaraikan Vietnam sebagai pasaran utamanya untuk pengembangan ke luar negara[9], UOB akan terus bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan persatuan-persatuan perdagangan Singapura bagi melancarkan pelaburan ke dalam Vietnam. Sembcorp ialah salah sebuah syarikat tersebut, yang mana UOB telah bekerjasama erat dengannya di Vietnam bagi menyokong projek-projek taman industrinya.

[7] Sumber: Data Bank Dunia, https://data.worldbank.org/indicator/BX.KLT.DINV.CD.WD?end=2019&locations=VN&start=2015, diakses pada 8 November 2020

[8] Sumber: Vietnam: A Soft Rebound in 3Q, UOB Global Economics and Markets Research, 29 September 2020.

[9] Sumber: "SBF and Enterprise Singapore lead business mission to Vietnam to explore emerging opportunities amid robust commercial interest", Singapore Business Federation, 15 Julai 2019.

En. Kelvin Teo, Ketua Pegawai Eksekutif, Sembcorp Development, berkata, "Vietnam ialah pasaran yang utama untuk Sembcorp Development. Kami mengendalikan 10 perbandaran dan taman industri bersepadu di Vietnam di bawah usaha sama VSIP[10] kami, yang mana tiga daripada dilancarkan dalam beberapa tahun ini. UOB telah menyokong pertumbuhan Sembcorp di negara berkenaan dan kami gembira dapat membina perkongsian kami yang kukuh di samping mempercepatkan penyelesaian bandar yang mampan sebagai sebahagian daripada pengindustrian Vietnam."

UOB juga turut membantu syarikat-syarikat baharu dan PKS dari seluruh ASEAN dalam usaha niaganya ke dalam Vietnam. Pada tahun 2019, UOB menghubungkan Ruangguru, sebuah syarikat baharu Indonesia yang menyediakan penyelesaian teknologi pendidikan, kepada FIA untuk melancarkan penubuhan operasinya di Vietnam, selain daripada menyokong keperluan perbankan tempatannya.

Tahun ini, UOB turut membantu Esco Lifesciences Group, sebuah syarikat sains hayat Singapura untuk mengembangkan perniagaan mereka di Vietnam dengan menyediakan penyelesaian perbankan bagi menyokong operasi tempatannya dan aktiviti perdagangan rentas sempadan, selain untuk membantunya mengurus risiko pertukaran asing.

[10] Merujuk kepada Vietnam Singapore Industrial Park (VSIP). Pada tahun 2018, UOB menandatangani MOU dengan VSIP JV, satu usaha sama antara Sembcorp Development Singapura dan Becamex IDC Vietnam bagi menggalakkan dan melancarkan FDI ke dalam Vietnam. Sila lihat siaran berita UOB: "UOB Vietnam signs first MOU to encourage foreign direct investment into Vietnam following its official subsidiary launch", 9 Ogos 2018.

Latar Belakang United Overseas Bank

United Overseas Bank Limited (UOB) ialah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global lebih daripada 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak penubuhannya pada tahun 1935, UOB telah berkembang secara organik dan melalui beberapa siri pemerolehan strategik. UOB dinilai antara bank teratas di dunia: Aa1 oleh Moody's Investors Service dan AA- oleh S&P Global Ratings dan Fitch Ratings. Di Asia, UOB beroperasi melalui ibu pejabatnya di Singapura dan anak syarikat perbankan di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, serta cawangan dan pejabat perwakilan di seluruh rantau ini.

Lebih dari lapan dekad, generasi pekerja UOB telah menerapkan semangat keusahawanan, tumpuan terhadap penciptaan nilai jangka panjang dan komitmen yang teguh untuk melakukan tindakan yang betul demi pelanggan dan rakan sekerja kami.

Kami berpegang teguh terhadap pendirian menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan kami komited membuat perubahan dalam kehidupan pemegang kepentingan kami dan dalam masyarakat tempat kami beroperasi. Sama seperti kami berdedikasi untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan mengembangkan perniagaan mereka, UOB juga sama tegasnya dalam menyokong pembangunan sosial kami, terutama dalam bidang seni, kanak-kanak dan pendidikan.

Source: United Overseas Bank
Related Stocks:
OTC:UOVEY Singapore:U11
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Contracts Venture Capital