omniture

TAICCA Bawakan Gelombang Siri TV Budaya Taiwan Baharu ke Forum & Pasaran TV Asia

Taiwan Creative Content Agency
2020-12-03 12:58 161

TAIPEI, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Forum & Pasaran TV Asia (ATF) yang berlangsung mulai 1 hingga 4 Disember, adalah acara tahunan untuk industri televisyen (TV) dan pasaran siri TV yang terbesar di Asia. Taiwan Creative Content Agency (TAICCA) akan menerajui penyelarasan pameran Taiwan tersebut untuk bekerjasama dengan 37 syarikat bagi memaparkan 95 judul di ATF. Agensi berkenaan turut mempromosikan industri filem dan TV Taiwan yang kukuh melalui beberapa program dalam talian ke pasaran antarabangsa. 

TAICCA Bawakan Gelombang Budaya Taiwan Baharu Siri TV ke Forum & Pasaran TV Asia
TAICCA Bawakan Gelombang Budaya Taiwan Baharu Siri TV ke Forum & Pasaran TV Asia

Presiden TAICCA CF HU menyatakan bahawa meskipun pameran tersebut hanya boleh disertai secara dalam talian ekoran pandemik tahun ini, kandungan daripada Taiwan telah meraih pencapaian cemerlang pada tahun ini. Beliau menambah bahawa dengan kelebihan barisan karya filem dan televisyen Taiwan yang mantap, beliau yakin bahawa kandungan daripada Taiwan akan mencapai kejayaan hebat di ATF. 

Foto The Magician on the Skywalk ihsan daripada PTS
Foto The Magician on the Skywalk ihsan daripada PTS

ATF sudah lama menjadi pameran yang paling penting untuk kandungan TV di Asia. Saban tahun, negara-negara seperti Jepun, Korea Selatan dan Turki merupakan antara segelintir negara yang menubuhkan astaka besar bagi mempamerkan kandungan TV mereka dan Astaka Taiwan turut tidak terkecuali. Dengan pameran yang beralih ke dalam talian, TAICCA membantu syarikat-syarikat untuk menghasilkan katalog dalam talian, serta menerbitkan program dalam talian bagi memperkenalkan sorotan utama barisan karya tahun ini kepada pembeli antarabangsa, kesemuanya tersedia di Astaka Taiwan maya. 

TAICCA telah mengambil bahagian dalam pelbagai pasaran antarabangsa menerusi program dalam talian yang disesuaikan untuk setiap pasaran dan audiens masing-masing. Untuk ATF kali ini, TAICCA menerbitkan program dalam talian selama dua jam yang beralih daripada format temubual sebelum ini dan menggunakan kaedah penceritaan bagi memperkenalkan 11 karya filem dan TV asli dari Taiwan. 

Foto Seqalu ihsan daripada PTS
Foto Seqalu ihsan daripada PTS

Karya filem dan TV yang diketengahkan termasuk versi drama Detention, diadaptasi daripada permainan video dan filem homonim, serta siri mini yang memfokuskan isu hutang dalam kalangan generasi lebih muda, Who Killed the Good Man.  Turut disertakan ialah The Rootless dan Siri Asal PTS, The Magician on the Skywalk dan juga adaptasi komik The Summer Temple Fair. Sorotan utama yang lain merupakan epik zaman, Seqalu, yang mencipta semula konflik antara suku orang asli Taiwan, Hakka, Orang Taiwan Hoklo dan warga asing pada tahun 1867; drama bertumpu pekerjaan, Tears of Fire; serta versi drama bagi filem popular More Than Blue. Karya-karya TV ini kesemuanya akan ditayangkan buat julung kalinya pada tahun 2021, yang dijangka dapat mencipta kejayaan baharu untuk drama Taiwan dalam pasaran Asia. 

Foto The Rootless ihsan daripada FTV
Foto The Rootless ihsan daripada FTV

Bagi ATF, TAICCA akan turut mempromosikan "Program Peringkat Akhir Usaha Sama dan Penerbitan Bersama Antarabangsa" yang diumumkan pada bulan November.  TAICCA berharap agar dapat menggalakkan lebih banyak pasukan penerbitan untuk memanfaatkan program penerbitan bersama antarabangsa ini bagi meninjau potensi pasaran antarabangsa, meningkatkan kualiti dan kuantiti dalam industri TV Taiwan serta mewujudkan gerakan kandungan budaya Taiwan yang baharu. 

Source: Taiwan Creative Content Agency
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Television Trade show news