omniture

Dole Packaged Foods Melancarkan Inisiatif #UnstuffedBears Dengan Tulus Ikhlas untuk Mengubah Realiti yang Tidak Menyenangkan Tentang Kanak-kanak yang Kelaparan

Dole Packaged Foods, LLC
2020-12-03 20:19 100

Dengan 1 dari 5 orang kanak-kanak di seluruh dunia dijangka akan kelaparan pada Krismas ini, Dole terus mengaktifkan "Janji Dole" ("The Dole Promise") dengan ikon zaman kanak-kanak: patung beruang teddy

SINGAPORE, 3 Dis., 2020 /PRNewswire/ -- Pada Krismas ini, dianggarkan bahawa satu dari lima orang kanak-kanak akan kelaparan di seluruh dunia - satu statistik yang mengejutkan malah akan menjadi lebih teruk kerana kesan daripada pandemik tersebut. Memikirkan realiti yang tidak menyenangkan ini, Dole Packaged Foods telah mengumumkan hari ini, kempen #UnstuffedBears iaitu satu usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai jurang kelaparan yang semakin meningkat, mengumpulkan dana dan menyumbangkan makanan berkhasiat yang akan membantu mereka yang memerlukan pada musim ini. Ini adalah tindakan utama dalam komitmen jenama "Janji Dole" untuk memberi akses kepada pemakanan lestari kepada 1 bilion orang menjelang tahun 2025.

One in five children worldwide may go hungry this Christmas.  Dole Unstuffed Bears initiative works to raise awareness and funds to address global hunger crisis.
One in five children worldwide may go hungry this Christmas. Dole Unstuffed Bears initiative works to raise awareness and funds to address global hunger crisis.

"Menurut Program Makanan Dunia PBB, kesan COVID-19 ini mungkin akan menggandakan jumlah orang yang menderita kelaparan akut. Krisis makanan yang tidak terjamin dan bertambah teruk ini amat sangat menjejaskan kanak-kanak di seluruh dunia dan di sekeliling kita," kata Pier Luigi Sigismondi, Presiden Seluruh Dunia, Dole Packaged Foods. "Bertindak atas Janji kami untuk membawa makanan dan sokongan kepada mereka yang memerlukan, serta meningkatkan kesedaran mengenai krisis yang semakin meningkat ini, merupakan pusat kepada kempen ini. Dan ini hanyalah satu daripada banyak langkah yang kami ambil untuk membuat perubahan kepada yang lebih baik."

Kempen ini menjadi lebih menarik melalui imejan bermakna ikon kanak-kanak sejagat: patung beruang teddy dan akan menemui pengguna melalui video dalam talian, paparan, dan media sosial sepanjang musim cuti ini. Bergantung kepada pasaran, mereka yang ingin membantu, boleh mengisi patung beruang itu sama ada melalui sumbangan di DoleUnstuffedBears.com atau dengan pembelian Dole di beberapa saluran eComm, di mana keuntungan daripada pembelian ini disalurkan kepada badan-badan amal jaminan makanan.

Lima ekor beruang ditampilkan dalam kempen ini dengan empat ekor beruang digambarkan dengan kemewahan makanan lazat dan berperut montel yang kita sememangnya sayang. Namun, seekor beruang kelihatan compang-camping dan bersendirian di tangga dengan perut yang "tidak terisi" untuk menunjukkan kesan kelaparan terhadap kesihatan dan mata pencarian kanak-kanak. Tetapi dengan sokongan kempen ini dan kerjasama Dole dengan pelbagai badan amal di seluruh dunia, pengguna dapat membantu untuk memberi makan kepada #UnstuffedBears—dan seterusnya untuk kanak-kanak yang memerlukan—bagi memberi kesan yang signifikan pada musim cuti ini.

Kempen #UnstuffedBears – yang bermula pada hari ini di Eropah dan Amerika Syarikat, serta pelancaran di Asia pada minggu hadapan – adalah satu daripada banyak tindakan yang dirancang oleh jenama ini untuk menyokong "Janji Dole," yang diperkenalkan pada bulan Julai tahun ini dan bertujuan untuk membawa kemakmuran yang saling bergantung kepada manusia dan bumi ini.

Tentang Janji Dole 

Pada bulan Jun 2020, Dole telah mengumumkan Janji Dole, dengan tiga terasnya berkisarkan pemakanan, kelestarian dan penciptaan nilai bersama.

Lebih Baik untuk Manusia: Akses kepada pemakanan lestari untuk 1 bilion orang menjelang tahun 2025, menuju ke arah sifar gula yang diproses dalam semua produk Dole menjelang tahun 2025.

Lebih Baik untuk Bumi: sifar kehilangan buah dari ladang Dole ke pasaran menjelang tahun 2025, pembungkusan plastik berasaskan fosil sifar menjelang tahun 2025, pelepasan sifar bersih karbon dalam operasi Dole menjelang tahun 2030.

Lebih Baik untuk Pemegang Taruh: Dole akan terus memberikan impak positif kepada semua petani, masyarakat dan orang yang bekerja untuk Dole – melalui komitmennya terhadap peluang yang sama, sara hidup dan tahap keselamatan, pemakanan dan kesejahteraan yang semakin meningkat. Syarikat ini juga berusaha untuk memajukan hak asasi manusia dalam operasi langsung dan rantaian bekalan dengan membina budaya ketelusan dan akauntabiliti. Syarikat mensasarkan peningkatan sebanyak 50% dalam nilai perniagaannya menjelang tahun 2025.

Untuk melihat butiran lengkap "Janji Dole", sila layari sunshineforall.com dan muat turun "Janji Dole" di sini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1344914/dole_global.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/152677/dole_packaged_foods_logo.jpg?p=medium600

Source: Dole Packaged Foods, LLC
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Retail Supermarkets Corporate Social Responsibility