omniture

Kelas Induk Sidang Kemuncak Web Huawei Mendayakan Pembangun untuk Mengembangkan Aplikasi Di Luar Batasan Dengan AppGallery

Huawei
2020-12-03 22:55 1723

LISBON, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia telefon pintar terbesar di China, akan terus memperkasakan pemaju global untuk memperluas aplikasinya merentasi sempadan dan memanfaatkan pasaran aplikasinya yang menguntungkan dan terus berkembang dalam kelas induk #EmpowerInnovations yang akan diadakan pada Sidang Kemuncak Web tahunan.

Sidang kemuncak tersebut adalah persidangan teknologi terbesar di dunia dan akan disiarkan secara langsung dari Lisbon pada 2-4 Disember 2020. Huawei akan tampil dengan kehebatannya dalam siri kelas induk dalam talian dan akan memberikan pembangun dan rakan kongsi global wawasan terkini dan berharga tentang pembangunan ekosistem HMS, penyelesaian industri vertikal, kisah kejayaan perniagaan dan juga kemas kini terbaru tentang HMS Core. Sesi tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen Huawei untuk membantu pembangun berinovasi dan memanfaatkan potensi mereka dalam mengembangkan aplikasinya ke segenap pelosok dunia.

"Kami ingin pembangun berjaya membawa aplikasi mereka menemui lebih ramai khalayak melalui pengembangan dan perkongsian rentas sempadan," kata Wang Yanmin, Presiden Perkongsian Global dan Pembangunan Eko di Huawei Consumer Business Group. "Kelas induk #EmpowerInnovations yang dihoskan oleh Huawei semasa Sidang Kemuncak Web dilihat mampu memberi kemahiran, wawasan dan alat yang tepat kepada pembangun untuk mendekati pasaran global baharu dan untuk mengakses pasaran China yang menguntungkan."

Pakar industri terkemuka dan eksekutif Huawei berkongsi pandangan tentang #EmpowerInnovations 

Kelas induk menyatukan pakar-pakar dalam pembangunan aplikasi dan pengembangan rentas sempadan dari pelbagai industri, seperti dari firma penyelidikan CCS Insight, penyedia perkhidmatan kewangan mudah alih Moven, platform penghargaan Lootboy, rangkaian runcit Lenta, serta eksekutif utama Huawei untuk berkongsi pandangan mereka dan pengalaman dalam pengembangan aplikasi global dan perkongsian perniagaan.

Jadual Kelas Induk Sidang Kemuncak #EmpowerInnovations adalah seperti berikut: 

Mengembangkan Aplikasi Di Luar Batasan: Laluan untuk Mencapai Kejayaan 

Rabu, 2 Disember, 13:30 GMT 

Sorotan sesi: Ramai orang yang berada dalam sektor aplikasi mudah alih sering bertanya, 'Bagaimana caranya anda melancarkan aplikasi di pasaran aplikasi yang menguntungkan dan terus berkembang?' Pelajari AppGallery secara mendalam dan terokai lebih banyak peluang.

Penceramah utama: 

  • Sami Qasem, Ketua Kandungan Global, Huawei Consumer Business Group
  • Ben Wood, Ketua Penyelidik, CCS Insight

Perkongsian untuk penyertaan kewangan 

Jumaat, 4 Disember, 13:30 GMT 

Sorotan sesi: Industri kewangan berubah dengan cepat kerana teknologi banyak mencipta peluang. Perkongsian adalah sangat penting. Huawei berkongsi pandangan tentang status quo dan memikirkan apa yang diperlukan untuk kejayaan secara berterusan.

Penceramah utama: 

  • Siri Borsum, Naib Presiden Global, Ekosistem Vertikal Kewangan & Perkongsian, Huawei
  • Brett King, Pengarang Buku Terlaris The Rise of Technosocialism, pengasas Moven dan Hos rancangan BreakingBanks Radio Show

Berkembang di China, Berjaya dengan AppGallery 

Jumaat, 4 Disember, 16:30 GMT 

Sorotan sesi: Dalam sesi ini, Huawei melancarkan Kertas Putihnya tentang Pembangunan Aplikasi Global di China, memberikan nasihat tentang pelancaran aplikasi di China dan menawarkan wawasan tentang perolehan dan pengewangan pengguna.

Penceramah utama: 

  • Ilya Fedotov, Ketua Perkongsian Global & Komunikasi Pembangunan Eko, Huawei Consumer Business Group
  • Gavin Kinghall Were, Ketua Penyelesaian Pembangunan Perniagaan Global, Huawei Consumer Business Group
  • Sami Qasem, Ketua Kandungan Global, Huawei Consumer Business Group
  • Tan Xuanmo, Kaunselor Undang-Undang Kanan, Huawei Consumer Business Group

Terokai dunia e-dagang yang sentiasa berubah 

Jumaat, 4 Disember, 17:30 GMT 

Sorotan sesi: Industri e-dagang sedang mengalami pertumbuhan. Dalam sesi ini, pakar-pakar industri dan rakan kongsi ekosistem membincangkan tentang pengalaman, cabaran dan peluang untuk meningkatkan UX yang dihasilkan oleh teknologi baharu.

Penceramah utama: 

  • Peter Gauden, Ketua Pemasaran Ekosistem WEU
  • Gavin Kinghall Were, Ketua Penyelesaian Pembangunan Perniagaan Global, Huawei Consumer Business Group
  • Andrew Kuschel, Ketua Pegawai Eksekutif, Lootboy
  • Dmitry Bogod, Ketua Pegawai Pemasaran dan Strategi, Lenta

Kelas induk Sidang Kemuncak Web Huawei bermula pada hari Rabu, 2 Disember, dengan pendaftaran melalui pautan berikut untuk mengesahkan tempat yang terhad:

AppGallery – Salah satu daripada tiga pasaran aplikasi paling popular di dunia 

Semua aplikasi dibangunkan dengan kerjasama Huawei, bersama beribu-ribu aplikasi berkualiti yang lain, tersedia pada platform aplikasi edaran Huawei yang terbuka dan selamat, iaitu AppGallery. Sebagai salah satu daripada pasaran aplikasi paling popular di dunia, AppGallery menghubungkan lebih daripada 500 juta pengguna aktif bulanan di lebih 170 buah negara dan wilayah kepada ekosistem Huawei yang pintar dan inovatif.

AppGallery menyediakan pengguna dengan lebih banyak pilihan aplikasi jelajah yang lebih baik, dengan beribu-ribu aplikasi di seluruh 18 kategori, termasuk berita, media sosial, hiburan dan banyak lagi. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://developer.huawei.com/consumer/en/ 

Source: Huawei
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications New products/services Trade show news