omniture

[NEW] Vymo melancarkan Penyelesaian Pengurusan Insentif Jualan Pintar untuk Perkhidmatan Kewangan

Vymo
2020-12-03 23:04 98

Dengan penyelesaian daya cipta Vymo, wakil jualan boleh meramalkan insentif yang berkaitan dengan aktiviti dan pendapatan, sehingga prestasi dan matlamat organisasi mereka dapat dilihat.

BENGALURU, India dan SINGAPURA, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Vymo (www.getvymo.com), Awan Kecemerlangan Jualan untuk Perkhidmatan Kewangan yang digunakan oleh lebih 125 ribu pengguna di lebih daripada 60 buah syarikat terkemuka seperti AXA, Allianz, FE Credit, Generali, HDFC Bank dan ICICI Bank, mengumumkan hari ini pelancaranPenyelesaian Pengurusan Insentif yang diarahkan untuk menyelaraskan prestasi jurujual dengan lebih berkesan selaras dengan matlamat organisasi.

Walaupun insentif adalah pengaruh terpenting untuk mendorong hasil jualan, sistem insentif konvensional tidak dapat bersaing dengan keperluan dinamik bagi tenaga jualan moden.

Jurujual moden sudah terbiasa dengan pengalaman seperti Uber,pengalaman satu ketukan dalam kehidupan peribadi mereka tetapi terpaksa menghadapi sistem kuno di pejabat yang tidak menimbulkan kepercayaan atau menawarkan ketelusan. Oleh itu, jurujual tidak termotivasi untuk melakukan yang terbaik.

Penyelia dan Pengurus harus sering mengurangkan kebimbangan tentang mendapatkan insentif dan memberi nasihat kepada pasukan mereka tentang cara mencapai sasaran mereka secara proaktif. Tetapi, dalam persekitaran kerja terpencil dan terserak seperti sekarang, keadaan tersebut adalah lebih mudah untuk dikatakan berbanding melakukannya.

Pemimpin Perniagaan tidak cukup bersedia untuk memahami keperluan kompleks jualan & pengedaran perkhidmatan kewangan kepada model insentif baharu yang berkaitan dengan sasaran perniagaan yang memberikan motivasi yang jelas untuk pasukan jualan.

Vymo memikirkan kembali pengalaman ini dengan membina kepercayaan, ketelusan dan ketangkasan dalam proses mendapatkan insentif.

Dengan Penyelesaian Pengurusan Insentif Vymo,

  • Wakil jualan boleh menjejak dan mensimulasikan insentif. Apakah yang akan saya peroleh pada bulan ini?
  • Wakil jualan boleh meramalkan aktiviti apakah yang perlu dilakukan. Apakah yang perlu saya lakukan hari ini?
  • Pengurus Jualan boleh melatih secara kontekstual. Bilakah saya harus campur tangan dan bagaimana?

Selain itu,

  • Operasi Jualan dapat memperoleh kebolehlihatan aktiviti yang berkaitan dengan pengiraan insentif dan
  • Pemimpin Perniagaan boleh mendorong tingkah laku positif di seluruh organisasi

Harish Vaidyanathan, Naib Presiden Kanan - Produk @ Vymo, berkata "Dari perspektif perniagaan, anda mahukan skim insentif yang adil, berbeza dan lebih bijak dari pengalaman sebelumnya. Skim yang mudah untuk semua orang adalah gaji; skim yang sukar bagi semua orang adalah tidak bersemangat. Mencari tahap kesukaran yang tepat adalah kunci kejayaan. Skim insentif yang berterusan menggabungkan sasaran aktiviti jualan & sasaran hasil jualan. Dan itulah yang Insentif Vymo membantu anda mencapai sasaran, berdasarkan pengalaman kami bekerja dengan beberapa organisasi perkhidmatan kewangan terbesar di Dunia."

Penyelesaian Pengurusan Insentif Vymo adalah sebahagian daripada Awan Kecemerlangan Jualan Vymo dan akan tersedia secara kendiri dan sebagai penambahbaikan kepada pelanggan sedia ada.

Tentang Vymo 

Vymo  (www.getvymo.com) merupakan Awan Kecemerlangan Jualan untuk Perkhidmatan Kewangan, yang dipercayai oleh lebih 125,000 jurujual di lebih daripada 60 institusi kewangan di seluruh dunia. Peneraju global seperti AIA, Allianz, AXA, Sunlife, FE Credit, Generali dan HDFC Bank mempercayai Vymo untuk meningkatkan kecekapan jualan dan agihan. Vymo diiktiraf oleh Gartner sebagai Cool Vendor dan dibiayai oleh Emergence Capital dan Sequoia Capital.

Pautan Berkaitan 

Ketahui lebih lanjut tentang Penyelesaian Pengurusan Insentif Jualan Vymo - https://info.getvymo.com/sales-incentive-management

Muat turun logo - https://bit.ly/39zfXsp

Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1026997/Vymo_Logo.jpg?p=medium600

Hubungan Media
Gunjan Saha 
Perhubungan Media - Vymo 
gunjan@getvymo.com

Source: Vymo
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics New products/services Financial Technology