omniture

Seperti yang Diharapkan: Battista Hypercar Menyelesaikan Program Ujian Berkelajuan Tinggi di Nardò

Automobili Pininfarina
2020-12-03 23:24 94

- Automobili Pininfarina Battista baharu telah berjaya menyelesaikan ujian pengendalian dan berkelajuan tinggi di Nardò Technical Center, Itali

- Program ujian yang komprehensif sedang berlangsung ketika para jurutera Automobili Pininfarina menyesuaikan penambahbaikan pakej Battista yang unik dan dinamik termasuk lima pilihan mod pemanduan.

- EleF akan mengangkat Battista sebagai kereta sport keluaran Itali paling menakjubkan yang pernah dikeluarkan, menggabungkan kuasa kuda berkapasiti 1,900 PS dan tork 2,300 Nm

- Tonton prototaip hiper GT Battista beraksi buat kali pertama di sini: youtu.be/et8ZzcRIXGc

NARDO, Itali dan TURIN, Itali, 3 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Automobili Pininfarina telah mencipta detik kejayaan dalam pembangunan Battista baharu, apabila hiper GT elektrik tulen tersebut menyelesaikan program ujian berkelajuan tinggi di Nardò Technical Centre, Itali.

 

 

 

Kejayaan ujian tersebut menandakan permulaan peringkat seterusnya dalam program pembangunan kereta sport Itali paling menakjubkan yang pernah dikeluarkan. Ini akan menyaksikan sembilan versi ujian dan pengesahan Battista elektrik tulen yang dipandu di jalan-jalan awam dan bangunan ujian persendirian untuk memperbaiki, mengesahkan dan meluluskan struktur kerangka tempahan khas buatan tangan, sistem pemvektoran tork yang canggih dan pengalaman bunyi yang unik.

Pemandu uji dan Pengurus Dinamik Kenderaan, Georgios Syropoulos menyelesaikan satu siri ujian dinamik di tapak ujian terkenal di dunia, termasuk pecutan mengelilingi benteng lingkaran berukuran 12.6 km dan pusingan trek pengendalian yang melingkar sepanjang 6.2 km

Ketua Produk dan Pegawai Kejuruteraan Automobili Pininfarina, Paolo Dellachà, berkata: "Ujian ini merupakan detik yang mengujakan buat para pelanggan kami dan pasukan di Automobili Pininfarina kerana kami berjaya menyelesaikan satu lagi fasa dalam pembangunan kereta sport Itali paling menakjubkan yang pernah dibuat. Kami telah menjalankan pembangunan yang terperinci menggunakan teknologi simulasi canggih dan kini dapat memperbaiki tentukuran kerangka tempahan khas buatan tangan Batista serta mempelopori sistem pemvektoran tork empat motor di atas jalan raya dan trek."

Bateri Battista bersaiz 120 kWh memberi kuasa kepada empat motor elektrik - satu pada setiap roda - untuk output kuasa gabungan berkapasiti 1,900 hp dengan tork maksimum 2,300 Nm. Rangkaian kuasa yang canggih mampu mengagihkan kuasa secara pintar ke keempat-empat roda untuk cengkaman optimum dalam semua keadaan dan membolehkan pelanggan menyesuaikan pengalaman pemanduan mengikut citarasa peribadi menggunakan lima mod pemanduan (Calma, Pura, Energica, Furiosa and Carattere).

Pemandu uji dan Pengurus Dinamik Kenderaan Automobili Pininfarina, Georgios Syropoulos, berkata: "Fenomena prestasi Battista yang berpotensi adalah jelas. Pelanggan kami tidak akan pernah mempunyai pengalaman pecutan seperti ini sebelum ini, namun ini membuka peluang kepada mereka untuk menyesuaikan pengalaman dengan penggunaan satu siri mod pemanduan, membuktikan bahawa kereta hiper ini menawarkan lebih daripada sekadar kelajuan yang menyeronokkan. Dengan jarak lingkungan pelepasan sifar sejauh 500 km dan teknologi pemanduan semua roda yang sofistikated, setiap pemanduan Battista merupakan suatu nikmat."

Ujian prototaip Battista di Nardò Technical Centre tidak mendedahkan rupa sebenar kenderaan tersebut.  Di bawah kulit fiber karbonnya, terdapat kemasan dalaman yang lengkap dengan perincian serba mewah, memberi peluang kepada para jurutera untuk menilai setiap elemen GT hiper baharu tersebut.

PENGALAMAN PEMANDUAN TERSUAI 

Penyusunan kerangka tempahan khas buatan tangan akan memastikan GT hiper Battista memberikan pengalaman yang unik dan dinamik yang dapat disesuaikan mengikut keadaan perjalanan. Fasa ujian ini membolehkan jurutera Automobili Pininfarina untuk membangunkan dan memperbaiki satu siri teknologi untuk mengoptimumkan dinamik pemanduan, termasuk:

  • Penalaan brek: Battista merupakan kereta hiper elektrik pertama yang menampilkan ciri-ciri dari inspirasi perlumbaan canggih Brembo CCMR yang menggunakan teknologi brek karbon dan seramik. Usaha akan ditumpukan terhadap adunan operasi dengan aerobrek berkelajuan tinggi dan sistem pemulihan tenaga, untuk prestasi yang optimum dan keyakinan pemandu.
  • Pemvektoran Tork: Pemvektoran tork empat motor akan ditalakan secara unik untuk menyesuaikan ciri-ciri GT hiper Battista tempahan khas buatan tangan, memberi keyakinan kepada pemandu dalam apa jua keadaan. Pemvektoran tork dengan peneutralan tenaga akan dioptimumkan untuk memulih dan mengalihkan tenaga elektrik dengan lancar kepada jarak dan kecekapan yang ditingkatkan.
  • Penstrukturan kerangka tersuai: Selepas sekitar 1,000 jam ujian dinamik maya; komponen penggantungan double-wishbone, roda tempaan aluminium, bar kilasan dan elastokinematik akan dinilai dan diperbaiki, dengan memanfaatkan kerangka tunggal fiber karbon ultra-kukuh Battista untuk menyempurnakan pengalaman pemanduan.
  • Pengesahan mod pemanduan: Pemvektoran tork yang canggih memberi Automobili Pininfarina keupayaan untuk mencipta lebih banyak ciri-ciri kelainan antara mod pemanduan berbanding kenderaan ICE konvensional. Penalaan akhir perisian dan pengsahihan untuk setiap satu daripada lima mod pemanduan Battista akan dijalankan di atas jalan raya dan trek.
  • Pengesahan tayar: Pelanggan akan mempunyai pilihan roda tempaan aluminium 'Prezioso' bersaiz 20 inci pada bahagian hadapan dan belakang dan roda tempaan aluminum 'Impulso' bersaiz 20 inci di hadapan dan 21 inci di belakang, dengan penjimatan 8.9 kilogram jisim yang tidak dilepaskan di kesemua roda, yang dihubungkan kepada tayar berprestasi tinggi: Michelin Pilot Sport Cup 2R or Pirelli P Zero. Para jurutera akan mengoptimumkan struktur kerangka untuk kesesuaian setiap aplikasi semasa fasa ujian dinamik.
  • Aerodinamik berkelajuan tinggi: Susulan daripada ujian simulasi dan ujian terowong angin, reka bentuk luaran yang unik dan aerodinamik aktif Battista akan diperbaiki semasa ujian trek untuk memastikan struktur badan yang dibentuk memberikan kecanggihan, kestabilan aerodinamik dan prestasi yang diharapkan daripada sebuah GT hiper yang mewah.
  • Pengalaman Bunyi: Battista akan memberikan pengalaman pemanduan yang unik dalam setiap sensasi dan pembangunan dinamik akan membolehkan juruteknik memperkembangkan akustik persekitaran luaran untuk disesuaikan dengan DNA GT hiper dalam semua bentuk persekitaran pemanduan.

Apabila kenderaan pertama ini disampaikan kepada pelanggan pada tahun 2021, Battista akan memecut daripada 0-100 km/j (0-62bsj) dalam sub dua saat – lebih pantas daripada kereta Formula 1 yang ada pada hari ini. Ia juga akan memecut daripada 0-300 km/j (0-186bsj) dalam kurang daripada 12 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 350 km/j (217bsj).

KEMEWAHAN YANG DIHUBUNGKAN 

GT hiper yang mewah ini akan menggabungkan ketajaman prestasi dengan perayauan global yang lancar, terima kasih atas perkongsian dengan peneraju komunikasi bersepadu, Deutsche Telekom. Perjanjian ini memastikan pelanggan Battista menikmati sambungan dalam talian ke seluruh dunia tanpa gangguan atau caj tambahan.

Sambungan yang canggih ini menyokong teknologi 'Over-The-Air', yang mampu mengemaskini perisian dari jarak jauh untuk 26 modul kawalan individu di atas Battista, mencakupi keseluruhan keupayaan daripada rangkaian kuasa elektrik tulen hingga maklumat hiburan. Teknologi Smart Diagnostics juga akan memantau GT hiper ini untuk pengecaman isu yang berpotensi sebelum ia timbul, membawakan penyambungan abad ke-21 kepada sektor tersebut buat julung-julung kalinya.

Rangkaian perkhidmatan digital mesra pelanggan yang ditawarkan oleh setiap Battista juga merangkumi pengecasan percuma dengan kerjasama daripada ChargePoint dan ketersediaan kotak dinding rekaan Pininfarina SpA dalam warna yang sama dengan kereta hiper tersebut.

Automobili Pininfarina Battista diberikan nama Battista 'Pinin' Farina, sempena nama pengasas syarikat pembinaan bas Carrozzeria Pininfarina, yang ditubuhkan pada tahun 1930. GT hiper elektrik tulen merupakan suatu realisasi impian Battista untuk melihat sebuah kereta yang dihasilkan menggunakan nama Pininfarina dan kenderaan pertama tersebut akan disampaikan kepada pelanggan pada tahun 2021. Tidak lebih daripada 150 kereta contoh akan dibuat, dengan buatan tangan, di Cambiano, Itali, yang menyatukan gabungan unik DNA reka bentuk legenda dengan teknologi elektrik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari
automobili-pininfarina.com/media-zone 

CATATAN EDITOR 

TENTANG AUTOMOBILI PININFARINA

Automobili Pininfarina berpangkalan di ibu pejabat operasi di Munich, Jerman, bersama sepasukan eksekutif automotif yang berpengalaman daripada jenama kereta mewah dan premium. Direka, distruktur dan dihasilkan dengan buatan tangan di Itali, kereta hiper Battista dan semua model akan datang akan dijual dan diservis di semua pasaran global utama di bawah jenama Pininfarina. Syarikat baharu ini beriltizam untuk menjadi jenama kereta mewah paling lestari di dunia.

Syarikat ini juga merupakan 100% pelaburan oleh Mahindra & Mahindra Ltd dan telah diberi nama Automobili Pininfarina berikutan termeterainya perjanjian lesen tanda dagangan antara Pininfarina S.p.A. dengan Mahindra & Mahindra Ltd. Pininfarina S.p.A. akan berperanan besar dalam menyokong reka bentuk dan kapasiti pengeluaran berdasarkan pengalaman unik mereka selama 90 tahun dalam menghasilkan pelbagai kereta paling ikonik di dunia.

Anand Mahindra, Pengerusi, Mahindra & Mahindra, Paolo Pininfarina, Pengerusi Pininfarina S.p.A. dan Dr Pawan Goenka, Pengerusi, Mahindra Racing, melancarkan jenama kereta baharu tersebut di perlumbaan Formula E Rom, pada 13 April 2018. Mahindra membina pengalaman 'perlumbaan ke jalan raya' yang canggih dengan inovasi teknologi berprestasi tinggi lestari yang bertanding dalam setiap perlumbaan Formula E sejak siri perlumbaan bermotor paling inovatif di dunia itu bermula pada 2013.

TENTANG PAOLO DELLACHÀ, KETUA PRODUK DAN PEGAWAI KEJURUTERAAN

Bertanggungjawab untuk membangunkan rangkaian kereta elektrik mewah Automobili Pininfarina akan datang yang lestari, Dellacha (45) sebelum ini memegang jawatan sebagai penguji kanan, kejuruteraan dan reka bentuk di Ferrari, Maserati dan Alfa Romeo.

TENTANG GEORGIOS SYROPOULOS, PEMANDU UJI DAN JURUTERA DINAMIK KENDERAAN

Syropoulos (40) telah meluangkan lebih 15 tahun untuk membantu membangun dan mereka struktur kereta mewah dan kereta sport berprestasi tinggi, dengan memberi tumpuan terhadap EV dan pengalaman bekerja bersama Lotus, Tesla dan Faraday Future.

Video - https://mma.prnasia.com/media2/1346456/Battista_Prototype___Pure_Power_Film.mp4 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1346305/battista_high_speed_dynamic_tests_1.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1346311/battista_high_speed_dynamic_tests_2.jpg?p=medium600  
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1346310/battista_high_speed_dynamic_tests_3.jpg?p=medium600  
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1346405/Automobili_Pininfarina_Logo.jpg?p=medium600

 

Battista High Speed & Dynamic Tests 1
Battista High Speed & Dynamic Tests 1

 

Battista High Speed & Dynamic Tests 2
Battista High Speed & Dynamic Tests 2

 

Battista High Speed & Dynamic Tests 3
Battista High Speed & Dynamic Tests 3

 

 

Source: Automobili Pininfarina
Keywords: Advertising Auto Transportation New products/services