omniture

Versi Discover Seoul Pass yang Ditingkatkan, Pilihan Pertama untuk Pelancongan Seoul

Seoul Tourism Organization
2020-12-04 15:18 172

- Rekaan baharu Discover Seoul Pass, melambangkan identiti Seoul

- Lebih 150 kemudahan gabungan, termasuk 58 kemudahan sejarah dan budaya yang baru ditambah

SEOUL, Korea Selatan, 4 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Pertubuhan Pelancongan Seoul (STO) (Presiden Jae-sung Rhee) mengumumkan bahawa rekaan Discover Seoul Pass baharu dengan perkhidmatan yang diperluas akan meningkatkan kemudahan pelancong individu.

Versi Discover Seoul Pass yang Ditingkatkan
Versi Discover Seoul Pass yang Ditingkatkan

Discover Seoul Pass, yang dilancarkan pada bulan Julai 2016, ialah tiket pelancongan eksklusif untuk pelancong asing. Dengan Pass ini, seseorang boleh menghayati pelbagai tempat pelancongan di Seoul dengan mudah dan efisien, kerana seseorang boleh masuk secara percuma ke tempat-tempat pelancongan utama di kota ini, menggunakan fungsi pengangkutan awam, mendapatkan potongan harga di pusat membeli-belah, dan mengambil bahagian dalam program pengalaman dengan harga diskaun. Untuk manfaat-manfaat ini, Discover Seoul Pass mencatatkan 120,000 jualan sejak empat tahun selepas pelancaran pertamanya.

Rekaan baharu Discover Seoul Pass merangkumi ilustrasi Pintu Gerbang Gwanghwamun, Menara Seoul N dan Seoul Sky, dan setiap jenis (24 jam/48 jam/72 jam) menggambarkan waktu siang, petang dan malam di Seoul. Pass ini direka untuk menzahirkan suasana asli ibu kota Korea yang unik, jadi dijangkakan ia akan memiliki nilai pemilikan yang lebih tinggi sebagai cenderahati selepas para pelancong menyelesaikan lawatan mereka yang menyeronokkan di Seoul.

Perkhidmatan ini turut diperluaskan secara drastik. Kini, jumlah kemudahan yang menyediakan tiket masuk percuma dengan Pass meningkat dari 37 menjadi 51. Dalam senarai tersebut, kemudahan yang membolehkan lawatan kesihatan atau lawatan tanpa sentuhan telah ditambah. Selain itu, jumlah kemudahan yang memberikan diskaun dengan Pass meningkat hampir dua kali ganda dari 31 menjadi 58, dan jumlah program pengalaman (One More Trip) yang boleh didapati dengan Pass meningkat dari 27 menjadi 44.

Discover Seoul Pass yang baharu telah dikeluarkan dalam tiga jenis (24 jam/48 jam/72 jam). Ia boleh dibeli di laman web rasmi Discover Seoul Pass atau kedai dalam talian seperti KLOOK atau KKday, serta kedai luar talian rasmi. Maklumat lanjut mengenai kemudahan dan pembelian gabungan terdapat di laman web rasmi Discover Seoul Pass (www.discoverseoulpass.com).

Source: Seoul Tourism Organization
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services