omniture

Fuji Xerox Meningkatkan Pertumbuhan Perniagaan Percetakan dengan Mesin Pencetak Produksi Versant 3100i Press / Versant 180i Press Yang Dilengkapi dengan Keserasian Kertas yang Lebih Lebar

Dulang Berkapasiti Tinggi dengan Teknologi Sedutan Angin Baharu Membolehkan Pengangkutan Kertas Tebal/Panjang yang Stabil untuk Produktiviti yang Lebih Tinggi
Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd
2020-12-07 10:00 310

SINGAPURA, 7 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Fuji Xerox Co., Ltd. melancarkan dua model mesin pencetak produksi baharu: Versant 3100i Press dan Versant 180i Press di pasaran produksi warna. Dua model baharu akan dilancarkan mulai pertengahan Oktober di China dan rantau Asia Pasifik, manakala 30 Oktober di Jepun.

Versant 3100i Press (atas) dan Versant 180i Press (bawah)
Versant 3100i Press (atas) dan Versant 180i Press (bawah)

Fuji Xerox memperkenalkan Dulang Berkapasiti Tinggi dengan Teknologi Sedutan Angin sebagai keupayaan tambahan untuk Versant 3100i Press dan juga Versant 180i Press. Dengan dulang berkapasiti tinggi baharu ini, mesin pencetak dapat mengendalikan pelbagai jenis kertas termasuk kertas tebal dan panjang, yang membolehkan ia mengangkut pelbagai jenis kertas dengan stabil dan meningkatkan produktiviti. Pengguna kini boleh menghasilkan pelbagai jenis bahan cetak dan meningkatkan kemampuan percetakan berdasarkan permintaan.

  • Keupayaan Pengendalian Kertas yang Dipertingkatkan Melalui Dulang Berkapasiti Tinggi dengan Teknologi Sedutan Angin

Dulang Berkapasiti Tinggi dengan Teknologi Sedutan Angin merupakan ciptaan baru menggunakan tiga jenis tiupan/sedutan angin untuk mencapai pengendalian kertas yang stabil. Mula-mula, udara ditiup ke dalam dulang melalui peniup sisi untuk memisahkan kertas. Kemudian, dengan sedutan dari bahagian "shuttle-head", yang menggunakan teknologi khas dari Fuji Xerox, kertas dipegang dengan kemas. Mana-mana kertas yang tidak perlu kemudiannya diasingkan dengan menggunakan pisau udara untuk mengangkut lembaran kertas sehelai demi sehelai.

Dulang Berkapasiti Tinggi dengan Teknologi Sedutan Angin boleh mengendalikan kertas dengan pelbagai jenis ketebalan bermula dari kertas nipis dengan ketebalan 52 g/mhingga kertas setebal*1 400 g/m2. Dulang kertas baharu juga mampu mengendalikan pelbagai jenis saiz kertas untuk percetakan, dari kertas bersaiz kecil hingga kertas panjang dengan saiz 330 x 1200 mm (simplex)*2. Jenis kertas yang mencabar kemampuan dulang kertas -- seperti jenis yang berhabuk kertas tinggi, kertas dengan permukaan tidak rata, kertas bersalut kohesif dan kertas pracetak offset yang mengandungi serbuk -- kini dapat diangkut dengan stabil.

Teknologi Penyuap Sedutan Utara
Teknologi Penyuap Sedutan Utara

  • Perluasan Media untuk Percetakan Kertas Panjang

Kertas panjang kini boleh terus dimasukkan dari Dulang Berkapasiti Tinggi dengan Teknologi Sedutan Angindan juga dulang bypass. Ini membolehkan pencetak memuatkan 100 helai kertas*3 sepanjang 1200 mm (simplex) dan 800 helai kertas*3 sepanjang 864 mm (dupleks), memberikan produktiviti yang tinggi. Kelajuan pencetakan telah ditingkatkan kira-kira 2.5 kali ganda*4 bagi Versant 3100i Press, yang kini dapat mencetak 23 halaman seminit, sedangkan Versant 180i Press kini dapat mencetak 19 halaman seminit dengan kelajuan pencetakan yang dipertingkatkan sebanyak 2 kali ganda*5 berbanding dengan model terdahulu. 

Tambahan pula, masa pelarasan semula pencetak dikurangkan kepada hanya beberapa saat apabila mod percetakan ditukar dari mod biasa kepada mod kertas panjang.

  • Mengurangkan Beban Operasi melalui Keupayaan Terbukti

Versant 3100i Press mampu mencetak 100 halaman seminit*6 dengan resolusi halus 2.400 dpi. Dengan fungsi "Full Width Array", maka proses penyelarasan kualiti imej sebelum mencetak adalah automatik untuk kalibrasi warna dan pelarasan penjajaran depan dan belakang. Versant 180i Press, yang mampu mencetak 80 halaman per minit*7 dengan resolusi halus 2400 dpi, membetulkan kualiti imej melalui teknologi Fuji Xerox SIQA (Penyesuaian Kualiti Imej Mudah) secara automatik.

Dengan Versant 3100i Press dan Versant 180i Press, pengguna kini dapat mengendalikan pelbagai jenis kertas untuk menghasilkan bahan cetak berkualiti tinggi melalui proses pemeriksaan dan pembetulan automatik, dan meningkatkan produktiviti dalam perniagaan percetakan.

*1 Apabila menggunakan kertas bersaiz sehingga 330 x 488 mm. Kertas bersaiz sehingga 330 x 1200 mm boleh digunakan pada berat sehingga 256 g/m2.

*2 Boleh digunakan untuk kertas sehingga 330 x 864 mm apabila dicetak pada kedua-dua sisi

*3 Apabila menggunakan kertas 90 g/m2 dan Dulang Berkapasiti Tinggi dengan Teknologi Sedutan Angin C1-DSXL atau Dulang Berkapasiti Tinggi dengan Teknologi Sedutan AnginBerantai C1-DSXL.-L

*4 Apabila menggunakan kertas 300 g/m2 sehingga 660 mm

*5 Apabila menggunakan kertas 220 g/m2 sehingga 660 mm

*6 Apabila menggunakan 52 hingga 300 g/m 2 kertas A4 tak bersalut

*7 Apabila menggunakan 52 hingga 220 g/m 2 kertas A4 tak bersalut

Mengenai Fuji Xerox

Ditubuhkan pada tahun 1962, Fuji Xerox Co., Ltd. merupakan syarikat terkemuka dalam menawarkan cara bekerja yang lebih pintar dengan penyelesaian dan perkhidmatannya yang berkaitan dengan dokumen, serta dengan peranti pelbagai fungsi pejabat, pencetak dan pencetak produksi bertaraf dunia yang kami bangunkan dan hasilkan untuk pengedaran di seluruh dunia. 

Fuji Xerox ialah anak syarikat milik penuh FUJIFILM Holdings Corporation dengan pasukan jualan langsung meliputi Jepun dan rantau Asia Pasifik termasuk China. Sebagai syarikat bernilai 10 bilion dolar Amerika, kami menggaji kira-kira 40,000 orang pekerja di seluruh dunia, dengan lebih daripada 80 anak syarikat / syarikat gabungan. Pada 1 April 2021, Fuji Xerox akan menukar nama korporatnya kepada FUJIFILM Business Innovation Corp.

Fuji Xerox Asia Pacific merupakan anak syarikat Fuji Xerox yang menyelia operasi jualan di rantau Asia Pasifik.
http://www.fujixerox.com

Hubungan media:

Angel Khoo
Pengurus Pemasaran & Komunikasi
Fuji Xerox Asia Pacific Pte. Ltd.
T: +65 6239 7173
E: angel.khoo@fujixerox.com

Xerox, Xerox and Design, serta Fuji Xerox and Design ialah tanda dagangan berdaftar atau tanda dagangan Xerox Corporation di Jepun dan/atau negara lain.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2941121-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2941121-1-b?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20201006/2941121-1LOGO?lang=0

Source: Fuji Xerox Asia Pacific Pte Ltd
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Computer Accessories New products/services