omniture

Harbour City, Hong Kong Memperkenalkan dekorasi dan aktiviti dalam talian "Christmas Every Day"

Harbour City Hong Kong
2020-12-07 16:11 271

HONG KONG, 7 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Suasana meriah dan pameran Krismas di Hong Kong adalah antara yang terbaik di Asia. Harbour City merupakan sebuah pusat membeli-belah terbesar yang paling bervariasi di Hong Kong, dengan dekorasi besar-besarannya yang indah, dan siri aktiviti perayaan yang meriah, menjadikannya destinasi yang mesti dikunjungi setiap kali Krismas.

Pintu masuk utama Harbour City, Hong Kong menjadi sebuah “Beary Christmas Shop”.
Pintu masuk utama Harbour City, Hong Kong menjadi sebuah “Beary Christmas Shop”.

 

Harbour City, Hong Kong mengubah suai “ Ocean Terminal Deck” kepada “Christmas Lighting Garden”
Harbour City, Hong Kong mengubah suai “ Ocean Terminal Deck” kepada “Christmas Lighting Garden”

 

Visitors enjoy “Christmas Lighting & Music Show” with the amazing skyline as a backdrop in Harbour City, Hong Kong.
Visitors enjoy “Christmas Lighting & Music Show” with the amazing skyline as a backdrop in Harbour City, Hong Kong.

Tema Harbour City untuk tahun ini ialah "Christmas Every Day"dengan terciptanya pelbagai hotspot perayaan di setiap sudut. Selain itu, Harbour City telah menyediakan aktiviti dalam talian yang unik untuk menyambut bersama setiap orang di Hong Kong dan luar negara.

Pelawat menyertai Lawatan Maya & Daftar Masuk

Harbour City telah memindahkan sebahagian daripada pemasangan Krismasnya ke ruang tontonan luaran yang lebih luas, "Ocean Terminal Deck" yang diubah suai kepada sebuah "Christmas Lighting Garden" dan "Christmas Camp Fire" manakala pintu masuk utamanya menjadi "Beary Christmas Shop". Di sini, orang ramai boleh mengumpul dana untuk Yayasan Kanser Darah Hong Kong (HKBCF). Selain itu, orang ramai boleh berswafoto di "Finland Boarding Gate" dan menikmati "Christmas Lighting & Music Show"dengan berlatarbelakangkan latar langit Hong Kong yang menakjubkan di Ocean Terminal Deck.

Artis Belanda iaitu Eva Cremer telah mereka bentuk beberapa watak Krismas 3D, dan dua hotspot di dalam pusat membeli-belah - "School Hall" dan "Club's Activity Room". Watak tersebut ialah kumpulan pelajar yang berpakai seperti raksasa, membentuk/menjadi sebuah "Christmas Club", dan mengumpul dana untuk HKBCF.

Orang ramai yang tidak dapat hadir boleh menyertai Virtual Tour & Check-in di sekitar dekorasi tersebut. Pilih sahaja 12 Hotspot Foto Krismas yang diingini, tampal swafoto mereka dengan orang yang tersayang ke dalam gambar, dan kongsikan di media sosial.(http://xmas.harbourcity.com.hk)

Permainan Mewarna Interaktif dan Santa Meet & Greet dalam talian

Orang ramai boleh mewarna semula "Monster Friends" oleh Eva dalam talian (http://hcxmas2020.com/painter/), lihatlah semua "Raksasa" bertukar menjadi 3D, dan berinteraksi secara langsung dengan orang ramai! Impian berjumpa dengan Santa di dalam talian juga akan menjadi kenyataan!

Muat turun gambar: https://www.dropbox.com/sh/g3iq24tlqnnmugy/AABPYQWgv3_XqTPS3Imfi1-Ya?dl=0

Pertanyaan Pelanggan: (852) 2118 8666  |  Website: www.harbourcity.com.hk

Source: Harbour City Hong Kong
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Entertainment Travel New products/services