omniture

LONGi mencapai kejayaan baharu sebagai jenama solar pertama melebihi 20GW dalam penghantaran modul pada tahun 2020

LONGi Corp.
2020-12-07 18:45 90

XI'AN, China, 7 Disember 2020 /PRNewswire/ -- LONGi telah mencipta rekod baharu untuk menjadi jenama solar pertama yang melebihi 20GW dalam penghantaran modul PV pada tahun 2020.

Sejak penubuhannya pada tahun 2000, LONGi sentiasa berorientasikan pasaran dan memberi fokus kepada pelanggan, mengembangkan produk solar dan penyelesaian PV keefisienan tinggi, kebolehpercayaan tinggi dan berkualiti tinggi untuk menyediakan perkhidmatan tambah nilai berterusan kepada pelanggan.

Tumpuan terhadap pelanggan

LONGi telah mewujudkan sistem bersatu global untuk pengendalian aduan pelanggan, standard perkhidmatan, proses pemantauan dan pengurusan kualiti. Oleh itu, pelanggan boleh yakin bahawa sebarang masalah akan dapat diselesaikan tepat pada waktunya.

Terima kasih kepada wafer berkualiti tinggi, sel PERC keefesienan tinggi dan syarat ketat tentang bahan dan proses modul, modul LONGi secara konsisten menunjukkan prestasi yang sangat baik dalam ujian kebolehpercayaan pihak ketiga, penilaian hasil tenaga dan aplikasi pelanggan. LONGi bekerjasama dengan B&V, TÜV SÜD, TÜV Rheinland, RETC dan institusi lain untuk membina projek perintis global bagi menilai prestasi hasil tenaga modulnya.

Dalam kedudukan PV Tech Bankability, LONGi kekal sebagai satu-satunya pembekal modul Peringkat AAA untuk suku keempat berturut-turut pada tahun 2020. Ini terus didorong oleh rekod syarikat yang kukuh sebagai pembekal modul 20GW global.

Komitmen terhadap Inovasi

Dengan komitmen yang teguh untuk R&D dan inovasi, LONGi mempunyai rekod prestasi yang kukuh sebagai pembekal yang boleh dipercayai dengan modul kecekapan tinggi (Hi-MO 1 hingga Hi-MO 5). Kerana penjimatan dalam kos LCOE dan BOS, ditambah dengan hasil tenaga mereka yang tinggi, modul LONGi telah mendapat pengiktirafan yang meluas di seluruh dunia.

Modul dwimuka Hi-MO 5 LONGi yang baharu, berdasarkan sel M10 yang baharu dibina, telah dilancarkan secara global tahun ini untuk penghantaran kepada pelabur dalam loji PV skala utiliti. Rangkaian produk baharu syarikat mencerminkan komitmennya untuk memberi nilai yang konsisten kepada pelanggan global melalui inovasi.

 

Source: LONGi Corp.
Related Stocks:
Shanghai:601012
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Sales reports