omniture

Merck Memperluas Keupayaan Pengeluaran Sains Hayat di Amerika Syarikat

Merck
2020-12-07 21:00

-- Peluasan untuk meningkatkan keupayaan secara besar-besaran menjelang penghujung tahun 2021 bagi memenuhi saiz permintaan yang julung-julung kali terjadi

-- Peluasan yang menggabungkan kemudahan Danvers, Massachusetts dan Jaffrey, New Hampshire, USA bakal mencipta hampir 700 jawatan baharu

-- Sektor perniagaan mengumumkan jumlah pelaburan tahun 2020 yang melebihi €350 juta

DARMSTADT, Jerman, 7 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat peneraju sains dan teknologi, hari ini mengumumkan peluasan jejaknya dengan menggabungkan pelaburan bernilai €40 juta di kemudahan pengeluarannya di Danvers, Massachusetts dan Jaffrey, New Hampshire, USA. Kawasan-kawasan ini membekalkan produk yang penting kepada pelanggan dengan membangunkan terapi yang menyelamatkan nyawa, termasuk vaksin Covid-19, serta menyediakan produk dan perkhidmatan untuk pembuatan biofarmaseutikal. Peluasan ini akan meningkatkan kapasiti dan output secara besar-besaran di setiap kemudahan menjelang akhir tahun 2021 dan 2022 dan mencipta hampir 700 jawatan baharu dalam pembuatan.

Merck's expansions, combined, are expected to create nearly 700 new jobs in New Hampshire and Massachusetts
Merck's expansions, combined, are expected to create nearly 700 new jobs in New Hampshire and Massachusetts

"Pandemik koronavirus global meningkatkan permintaan terhadap teknologi saringan virus dan sekali guna kami, yang kami bekalkan kepada lebih 50 syarikat berlainan yang sedang mengusahakan percubaan vaksin Covid-19," kata Chris Ross, ketua interim, Sains Hayat, di Merck. "Pelaburan ini akan memperkukuh jejak pembuatan global kami, yang membolehkan kami memenuhi permintaan yang belum pernah terjadi sebelum ini dan membantu menyampaikan vaksin dan terapi yang menyelamatkan nyawa kepada lebih ramai pesakit, dengan lebih cepat."

Peluasan ini akan melibatkan penambahan ruang seluas 6,000 meter persegi untuk operasi pemasangan barangan sekali guna Danvers, sebagai tambahan kepada 11,000 meter persegi di kemudahan yang sedia ada. Peluasan ini akan menambah keupayaan yang diperlukan untuk menyokong pembuatan produk dalam beberapa portfolio, termasuk Merck Mobius® yang merupakan barangan sekali guna. Jumlah pelaburan di Danvers ialah sekitar €21 juta dan akan menambah lebih kurang 400 peluang pekerjaan sepanjang 2021.

Pelan peluasan Jaffrey merangkumi penambahan 2,300 meter persegi di kemudahan seluas 24,000 meter persegi sedia ada. Kapasiti tambahan ini merangkumi barisan pengeluaran dan peralatan baharu untuk menyokong pembuatan alat saringan dan produk membran, khususnya penyaring Durapore® , Express® dan rangkaian produk Viresolve®. Rangkaian produk ini digunakan untuk memastikan steriliti banyak terapi yang menyelamatkan nyawa dan menghilangkan pencemaran virus untuk pelbagai terapi. Jumlah pelaburan dalam Jaffrey adalah dianggarkan bernilai  €18.5 juta. Peluasan ini diharapkan dapat mencipta hampir 275 jawatan menjelang tahun 2022, apabila projek peluasan ini selesai.

Peluasan ini digabungkan dengan pelaburan Sains Hayat yang diumumkan pada tahun 2020 untuk meningkatkan lagi keupayaan dan kapasiti di Buchs, Switzerland; Carlsbad, California, Amerika Syarikat; Madison, Wisconsin, Amerika Syarikat; dan Darmstadt, Jerman, memperluas jejak pembuatan global syarikat. 

Maklumat lanjut tentang sumbangan syarikat terhadap tindak balas global Covid-19 tersedia di sini: https://www.merckgroup.com/en/company/press/press-kits/corona-pandemic.html

Semua siaran akhbar Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama ia diterbitkan pada laman web Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, mengubah pilihan anda atau menamatkan perkhidmatan ini.

Tentang Merck
Merck ialah syarikat sains dan teknologi terkemuka yang beroperasi dalam seluruh bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Kira-kira 57,000 orang bekerja untuk mengubah kehidupan berjuta-juta orang lain setiap hari dengan mencipta cara hidup yang lebih ceria dan lestari. Daripada kemajuan dalam teknologi penyuntingan gen dan penemuan cara unik untuk merawat penyakit paling mencabar hingga usaha mendayakan kecerdasan peranti - syarikat ini sentiasa terlibat dalam semua bidang. Pada tahun 2019, Merck memperolehi jualan sebanyak €16.2 bilion di 66 buah negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan yang bertanggungjawab menjadi kunci kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Beginilah cara Merck berkembang sejak penubuhannya pada tahun 1668. Keluarga yang mengasaskannya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat tersenarai awam tersebut. Merck memiliki hak ke atas nama dan jenama Merck global. Satu-satunya pengecualian ialah di Amerika Syarikat dan Kanada. Sektor perniagaan Merck beroperasi sebagai EMD Serono dalam penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan Bahan Prestasi EMD, di kedua-dua negara ini.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1358444/merck_expansions.jpg?p=medium600

 

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion