HANGZHOU, China, 8 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Alibaba Cloud, tulang belakang kepada teknologi digital dan kepintaran bagi Kumpulan Alibaba, telah menyusun semula strategi awan hibridnya untuk memfokus kepada keserasian, keselamatan, pematuhan, kebolehskalaan dan kebolehpercayaan dengan menawarkan produk baru yang dinaiktaraf dan programnya Hybrid Cloud Partner Program. Dalam membantu perniagaan, terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) melakukan transformasi digital dan mengambil manfaat ke atas keanjalan yang tinggi bagi awan umum, boleh skala, ciri-ciri sentiasa tersedia, peralatan baru dilancarkan untuk membantu keperluan menggunakan awan persendirian bagi perusahaan.
Untuk menyokong sandaran awan hibrid yang tepat dan menjimatkan kos, Alibaba Cloud telah melancarkan sebuah server fizikal untuk mengintegrasikan dengan penyelesaian Hybrid Backup Recovery (HBR) dengan kemampuan sandaran terbenam untuk awan umum. Peralatan tersebut berperanan sebagai penghubung di antara pelayan pelanggan di premis dan awan awam dengan mengutamakan keselamatan rangkaian dan kecekapan. Sumber dwi kuasanya, port rangkaian dan cakera hot backup juga untuk memastikan persekitaran operasi yang selamat dan stabil untuk pengguna tanpa menggunakan sumber pengkomputeran tambahan.
Peralatan Hybrid Cloud Storage Array (HCSA) ialah storan untuk perusahaan. Ia bersepadu dengan perkhidmatan penyimpanan awan Alibaba dengan itu menghubungkan storan tempatan dengan awan umum yang elastik, boleh skala dan tanpa had untuk mencipta persekitaran awan hibrid yang lancar dengan operasi mudah. HCSA menyokong pelbagai mod awan hibrid seperti cloud caching, replikasi, tiering, dan snapshots dengan reka bentuk peralatan yang mempunyai lewahan sepenuhnya untuk memastikan tiada satu pun kegagalan yang berlaku ketika operasi dijalankan. Melalui HCSA, pelanggan dengan mudah melaksanakan pengurusan fail pasukan secara silang dan kerjasama, pengurusan storan unified heterogeneous, dan sambungan storan dari pelayan tempatan kepada awan awam.
Bagi mengaktifkan perkhidmatan penghantaran dan inovasi bersama dengan rakan kongsi awan hibrid, Alibaba Cloud telah melancarkan Program Hybrid Cloud Partner untuk membekalkan sebuah ekosistem kepada rakan kongsi yang berkebolehan dalam merancang, mereka bentuk, dan menjual semula perkhidmatan untuk mendorong penggunaan awan hibrid dalam kalangan pengguna. Alibaba Clould juga akan menawarkan sumber-sumber teknikal percuma kepada rakan kongsi yang layak di bawah program ini termasuk lesen ZStack percuma dengan pemproses CPU tidak terhad.
Program ini termasuklah rakan kongsi global semasa seperti DXC Technology, Equinix, HPE, NCS, Whale Cloud; European partners Arrow Electronics, Softline Group dan APAC partners AsiaPac, B&Data, Blue Power Technology, Cloudify, CTC Global, DiGiCOR, dan Sen Spirit.
Kevin Li, Pengurus Besar Hybrid Cloud Business, Alibaba Cloud Intelligence, berkata, "Pemerhatian utama dari tahun 2020 adalah penggunaan pengaturan awan hibrid akan terus meningkat pada masa akan datang kerana ia mempercepat keperluan transformasi digital bagi perniagaan di serata tempat. Di Alibaba Cloud, kami komited untuk memudahkan kesemua perusahaan kecil mahupun besar, untuk mempercepatkan keperluan transformasi digital mereka. Kami ingin mencipta sebuah ekosistem untuk rakan kongsi awan hibrid supaya dapat bersama-sama untuk bersaing di dalam era digital."
Zhenzhong Cao, Ketua Perunding Digital, Whale Cloud International, berkata, "Whale Cloud, setelah menjadi rakan kongsi Alibaba Cloud selama dua tahun, telah menyaksikan perkembangan yang hebat dalam operasi kami apabila mengguna pakai teknologi awan dan digital. Kami sangat percaya akan potensi awan dan berusaha untuk menyampaikan peralatan digital dan telco BSS/OSS yang terbaik kepada pelanggan kami dengan memanfaatkan penyelesaian Hibrid Awan Alibaba. Transformasi perusahaan digital baru sahaja bermula dan, bersama dengan Alibaba Cloud, kami akan membantu perusahaan mengguna pakai peralatan digital dan infrastruktur awan di dalam ekonomi digital, dan mencipta produk dan perkhidmatan yang lebih baik."
James Wong, Timbalan Presiden, Global Business of NCS, berkata, "Kami amat teruja dengan kerjasama dan peluang perniagaan dengan Alibaba Cloud di Singapura, China dan di rantau Asia Pasifik. Pakar NEXT Digital Solution dan Cloud Service Delivery kami melaksanakan model operasi awan yang terkini untuk menyokong dan membolehkan transformasi digital dan langkah migrasi awan bagi pelanggan kami. Menjadi rakan kongsi Alibaba Cloud dapat meningkatkan kemampuan kami dengan lebih jauh dalam memanfaatkan teknologi terkemuka untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan Kerajaan dan Perusahaan kami."
Richard Huang, Pengasas Bersama & CEO DiGiCOR, berkata, "Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan Alibaba Cloud, pembekal perkhidmatan awan terbesar APAC untuk memperluas infrastruktur IT teras mereka di Australia dan NZ dengan infrastruktur teras DiGiCOR. Kerjasama ini akan membenarkan kami membekalkan infrastruktur awan yang kukuh seperti Alibaba Cloud ZStack, untuk menjadi padanan terbaik bagi keperluan pelanggan kami merentasi pelbagai sektor industri. Hasil dari perkongsian ini memberi perkhidmatan yang berkesan dari segi kos dan perkhidmatan yang terkemuka kepada pelanggan kami di seluruh rantau ini."
Christanto Suryadarma, Pengarah Senior dan Pengurus Besar - APAC Channels, Mid-market & SMB, Alibaba Cloud Partnership, Hewlett Packard Enterprise berkata, "Hewlett Packard Enterprise (HPE) telah berjaya dalam kerjasama dengan Alibaba Cloud sejak 2018 dalam melaksanakan awan hibrid generasi baharu dan mendorong kejayaan pelanggan di dalam sektor seperti telekomunikasi, perkhidmatan kewangan, penerbangan dan perkhidmatan awam. Kami berasa gembira untuk membawa rakan kongsi kami dengan Alibaba Cloud kepada tahap yang seterusnya iaitu Alibaba Hybrid Cloud Partner. Melalui portfolio inovasi dan Global Channels ekosistem kami, kami akan mempercepatkan kerjasama dengan Alibaba Cloud Solutions dan mencipta sinergi baharu untuk membantu pelanggan kami mempercepat transformasi digital mereka, memanfaatkan kuasa penuh maklumat mereka, di mana sahaja mereka berada, dan mendapat faedah daripada penggunaan awan moden di premis melalui tawaran penggunaan yang unik dan sebagai visi perkhidmatan kami."
Michael Tsang, Pengarah Senior, Pengurusan Akaun Rakan Kongsi, Equinix Asia-Pacific berkata, "Kami mempunyai sejarah yang panjang dalam kerjasama dengan Alibaba Cloud untuk memenuhi keperluan digital bagi peneraju, dalam reka bentuk multiawan hibrid. Melalui Equinix Fabric™, perusahaan boleh membangun hubungan yang terus dan boleh skala dengan Alibaba Cloud di 17 bandar raya besar di seluruh dunia. Menggabungkan penyelesaian Alibaba Cloud, termasuk ZStack dan Storage Array, dengan rangkaian global dan ekosistem yang kukuh dengan 2,900+ awan dan pembekal perkhidmatan IT, kami membolehkan perusahaan mempercepatkan kelebihan digital mereka dengan infrastruktur IT yang tangkas, selamat dan memberi kesan kos yang efektif."
Sebagai tambahan kepada peralatan perkakasan, Alibaba Cloud juga menaik taraf ZStack, sebagai penyelesaian awan hibrid ringan secara mudah diatur kedudukannya untuk menguruskan perkakasan di pusat data, pelayan di bahagian pinggir, dan persekitaran awan hibrid di kesemua premis dan sumber Alibaba Cloud. Dibandingkan antara penyelesaian persendirian tradisional dengan awan hibrid, Alibaba Cloud ZStack adalah lebih menjimatkan kos dan boleh skala, serta boleh diatur kedudukannya sebagai sambungan tunggal dalam masa 30 minit dan dapat di skala keluar dengan mudah kepada ratusan pelayan apabila diperlukan.
Mengenai Alibaba Cloud
Ditubuhkan pada 2009, Alibaba Cloud (alibabacloud.com), tulang belakang teknologi digital dan kepintaran bagi Alibaba Group, merupakan di antara tiga pembekal IaaS yang utama di dunia, menurut Gartner. Ia juga merupakan pembekal terbesar untuk perkhidmatan awan awam di China, menurut IDC. Alibaba Cloud membekalkan perkhidmatan perkomputeran awan yang menyeluruh kepada perniagaan di seluruh dunia, termasuk kepada peniaga yang menjalankan perniagaan di pasaran Alibaba Group, perniagaan permulaan, syarikat perbadanan dan perkhidmatan awam. Alibaba Cloud merupakan Rakan Kongsi Perkhidmatan Awan bagi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa.
Hubungan media:
Alibaba Group
Claudia Ju
Claudia.ju@alibaba-inc.com