omniture

Syarikat Baharu Singapura Bantu Pemilik Jual Kereta Mereka dalam Masa Singkat, Bina Alat Penilaian AI Pertama di Wilayahnya

Bekerjasama dengan syarikat teknologi global Huawei, UCARS menyasarkan untuk membina kepercayaan dan kepuasan pengguna dalam industri automotif menerusi integrasi teknologi canggih terkininya ke dalam platformnya
HUAWEI CLOUD
2020-12-09 11:43 1268

SINGAPURA, 9 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Pasaran kereta dalam talian yang paling pesat berkembang di Singapura untuk membeli dan menjual kereta baharu serta kereta terpakai, UCARS mengintegrasikan Kecerdasan Buatan (AI) dan pengkomputeran awan ke dalam platformnya bersama-sama Huawei untuk menyediakan pengguna dengan ketelusan, keselamatan dan kepuasan yang dipertingkat.

Pemilik kereta Singapura kini boleh berharap untuk menjual kenderaan mereka dalam tempoh tiga hari pada harga tertinggi apabila mereka menggunakan alat-alat yang dipertingkatkan dengan AI yang disediakan oleh platform UCARS. Ini merupakan sebahagian daripada komitmen syarikat untuk mengubah industri automotif ke arah landskap yang lebih moden dan bertumpu pelanggan.

Menggunakan AI, syarikat ini berjaya mencipta alat penilaian proprietari pada platform tersebut yang menyediakan pengguna dengan anggaran nilai jualan semula kereta mereka dalam beberapa saat, seraya menjadikannya Alat Penilaian Kereta AI segera yang pertama di Asia Tenggara. Berbanding dengan kaedah penilaian lain yang mengambil masa sekurang-kurangnya sehari untuk memberi anggaran, Alat Penilaian AI UCARS merupakan alat penilaian terpantas yang disediakan kepada pengguna di rantau berkenaan.

Dengan kelembapan ekonomi semasa ekoran COVID-19, pemindahan hak milik kenderaan persendirian untuk kereta telah menyaksikan purata peningkatan berbanding tahun sebelumnya sebanyak 15% berbanding September tahun lalu dan mencapai kadar tertinggi pada September tahun ini (sumber: LTA). Permintaan pengguna terhadap kereta baharu dan kereta terpakai telah menyaksikan peningkatan yang stabil di rantau Asia Tenggara

"Kami mengandaikan bahawa sesetengah warga Singapura menjangkakan berlakunya pemulihan ekonomi dalam masa terdekat dan digandingkan dengan permintaan tersembunyi terhadap kereta dan pengurangan kuota, kami berharap dapat melihat penjualan kereta melonjak pada bulan-bulan akan datang," kata Cho Kok Yick, Ketua Pegawai Teknologi di UCARS.

Seorang penjual, Gideon Lam, yang berjaya menjual dua buah kereta di UCARS, menyatakan bahawa pengalaman beliau merupakan satu proses lancar memandangkan UCARS "membantu menyelaraskan semua yang diperlukan" tanpa beliau perlu melakukan kerja-kerja persediaan yang ekstensif. Seorang lagi penjual, Michael Chong, menyatakan perhargaan terhadap UCARS kerana memastikan seluruh proses berjalan "lancar dan telus" di kedua-dua pihak.

"Kami ingin menjadikan proses penjualan kereta terpakai selamat dan semudah mungkin dan atas sebab inilah kami terus melabur dalam teknologi AI.Ini pastinya akan dapat dijayakan dengan teknologi Huawei," tambah Cho.

"Ini merupakan detik yang benar-benar mengujakan, yang mana kami dapat menyaksikan lebih banyak syarikat memanfaatkan kuasa AI bagi mengubah cara mereka menjalankan perniagaan. Huawei teruja untuk memulakan perjalanan ini bersama UCARS bagi membantu mendigitalkan dan mengukuhkan kepercayaan pengguna dalam industri automotif serta bagi meningkatkan perjalanan dan pengalaman pelanggan," kata Daniel Zhou, Presiden Huawei Cloud & AI Group, Asia Pasifik.

Membuat Keputusan Lebih Baik dengan AI

Ekoran pandemik ini, pengguna di seluruh dunia telah mengubah corak membeli belah mereka dan hal ini turut berlaku dalam industri automotif yang secara tradisinya berkembang maju melalui interaksi secara bersemuka.

Bagi membantu pengguna membuat keputusan yang lebih bermaklumat dalam masa yang singkat, UCARS memperkenalkan secara progresif alat dan perkhidmatan baharu serta dipertingkat yang dikuasakan oleh AI pada platform tersebut dengan jalinan kerjasama bersama Huawei.

Dengan bantuan HUAWEI CLOUD, UCARS berusaha untuk mengukuhkan kepercayaan pengguna dengan mengintegrasikan infrastruktur dan keselamatan awan yang lebih baik pada platform tersebut dan memulakan beberapa projek berkaitan AI bagi meningkatkan pengalaman pelanggan. Ini termasuk Enjin Gelintar Imej Kereta yang dikuasakan oleh visi mesin dan pembelajaran mesin, serta Alat Penilaian AI yang lebih baik. Kesemuanya dibangunkan melalui ModelArts, platform AI daripada Huawei.

Menggunakan algoritma yang lebih baik, ketepatan bagi setiap penilaian pada Alat Penilaian AI UCARS bertambah baik dengan setiap penggunaan. Dengan memperoleh anggaran yang lebih baik mengenai nilai kereta mereka, pengguna boleh menjual kereta mereka pada platform UCARS dengan senang hati kerana mengetahui jumlah yang diharapkan oleh mereka untuk diperoleh semula dan dalam masa yang singkat berbanding tempoh biasa yang diambil pada platform-platform automotif lain.

UCARS juga berusaha untuk mencipta alat carian kereta berkuasa AI bagi membantu pengguna mengenal pasti bentuk dan model sebuah kereta hanya menggunakan imej. Dengan visi mesin, pengecaman imej boleh dimanfaatkan untuk mencari kenderaan tertentu yang diingini oleh pengguna.

"Kami yakin bahawa dengan membina asas kukuh dalam bidang teknologi mendalam, kami akan dapat memperkasa pertumbuhan masa depan dalam industri automotif dalam dunia pasca-COVID," kata Cho.

Dengan desakan pihak kerajaan terhadap pendigitalan, penyelesaian teknologi disruptif seperti platform kecerdasan buatan, platform data raya, syarikat-syarikat baharu seperti UCARS melangkah maju untuk mencipta dan menyesuaikan teknologi semasa mereka.

Pengalaman Telus di Awan

Industri automotif terutamanya menghadapi kesukaran berkomunikasi dan menjalin hubungan bermakna bersama penggunanya dalam masyarakat pendigitan ekoran proses operasi yang ketinggalan zaman dan tidak cekap. Justeru itu, pengguna kurang kepercayaan dan keyakinan terhadap produk dan perkhidmatan yang dijual oleh wakil penjual kereta tempatan.

Menurut Cho, UCARS menyingkirkan keperluan untuk pengguna mendedahkan maklumat peribadi mereka dengan menggunakan sistem sembang terbina dalam platform tersebut. Ini membolehkan pengguna berhubung lancar dengan wakil penjual tanpa memberitahu lebih banyak maklumat daripada apa yang mereka mahukan.

Tambahan pula, apabila wakil penjual tersenarai di UCARS, pengguna tidak perlu bimbang mengenai bayaran tersembunyi, tawaran pakej yang tidak didedahkan memandangkan mereka diberi maklumat terkini dan paling tepat bagi setiap senaraian.

Cho menambah bahawa selepas memindahkan sistem bahagian belakangnya ke HUAWEI CLOUD, platform UCARS menjadi lebih stabil dan kini dapat mengendalikan sejumlah besar data dengan lebih baik dan lebih selamat berbanding sebelum ini.

Dilancarkan di Singapura awal tahun lalu, HUAWEI CLOUD telah melabur banyak sumber untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat baharu tempatan seperti UCARS. Mereka berusaha untuk mengoptimumkan infrastruktur bahagian belakang dan algoritma AI bagi memenuhi objektif perniagaan dengan lebih baik, kesemuanya sambil memastikan perkhidmatan HUAWEI selamat dan berpatutan. UCARS juga merupakan salah satu daripada lima finalis dalam Huawei Spark 2020, satu program pemecut hibrid yang dilancarkan oleh Huawei untuk syarikat-syarikat baharu teknologi mendalam.

"Seni bina yang lebih mantap membawa kepada peningkatan pengalaman pengguna baik untuk wakil penjual mahupun pengguna. Kami benar-benar menghargai bantuan yang telah diberikan oleh Huawei kepada kami sepanjang proses integrasi ini dan kami mengharapkan lebih banyak projek kolaboratif pada masa akan datang," tambah beliau.

Dengan inovasi menjadi harapan dan kepakaran teknologi menjadi keutamaan, UCARS terus mengeratkan pengguna dan wakil penjual dengan mendigitalkan interaksi manusia dalam industri automotif, mengambil tempatnya sebagai masa depan runcit automotif.

Source: HUAWEI CLOUD
Keywords: Auto Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Licensing/marketing agreements