omniture

Cari Kekuatan Anda dengan Larian Maya MARVEL yang Pertama di Asia Tenggara

LIV3LY
2020-12-09 17:43 159

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Penggemar MARVEL akan berseronok dengan Larian Maya MARVEL yang pertama di Asia Tenggara. Pada Januari 2021 ini, berlari ke arah kemenangan di mana sahaja peserta berada, sebagai satu inspirasi kepada cerita MARVEL Super Heroes. Peserta dapat memilih jarak perlumbaan mereka, di mana mereka mahu berlari, dan yang paling penting ialah masa mereka mahu melakukannya. Daftar sekarang melalui Hab Kandungan MARVEL (www.marvel-asia.com/virtual) atau melalui aplikasi MOVE oleh LIV3LY.

Daftar sekarang di: www.marvel-asia.com/virtual

Cari Kekuatan Anda dengan Larian Maya MARVEL yang Pertama di Asia Tenggara
Cari Kekuatan Anda dengan Larian Maya MARVEL yang Pertama di Asia Tenggara

Dapatkan inspirasi untuk memanfaatkan potensi anda melalui Larian Maya MARVEL dan biarkan dedikasi, ketahanan dan kerja berpasukan MARVEL Super Heroes - Black Panther, Black Widow, Captain America, Captain Marvel dan Hulk - memberi kuasa kepada peserta menjadi lebih hebat. Cari kekuatan anda dan pilih untuk berlari secara solo atau kumpulkan 2 atau 3 orang untuk melengkapkan jarak yang dipilih sekali gus atau membahagikannya mengikut jadual peserta. Patuhi undang-undang dan arahan pemerintah tempatan ketika mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan.

Berlari laju sepanjang 5KM dengan bayaran sebanyak SGD25 untuk individu, atau berlari sejauh 25KM dengan bayaran sebanyak SGD35 untuk individu, SGD55 untuk pasukan berdua dan SGD85 untuk pasukan bertiga. Terdapat juga kategori 15KM eksklusif Marvel untuk pasangan ibu bapa-anak tersedia dengan harga SGD50 (slot terhad tersedia, atas dasar layan dahulu). Untuk maklumat lebih lanjut tentang kadar pendaftaran, sila lihat di lampiran.

Tandakan kemenangan anda dengan hak perlumbaan, dihantar terus ke depan pintu peserta! Peserta yang berdaftar untuk semua kategori berhak mendapatkan beg tali cerut eksklusif Larian Maya MARVEL dan kemeja-T penamat bertema. Bagi yang menamatkan perlumbaan kategori 15KM dan 25KM, mereka juga akan mendapat trofi Larian Maya MARVEL untuk menandakan kemenangan mereka. Peserta juga boleh mengambil bahagian dalam Cabaran Larian Maya MARVEL untuk memenangi hadiah menarik.

Larian Maya MARVEL dianjurkan oleh LIV3LY, sebuah syarikat kecergasan sosial dan pasaran untuk acara penyertaan besar-besaran di Asia Tenggara. Larian Maya MARVEL terbuka kepada peminat dan pelari dari Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Brunei.

Larian Maya MARVEL disokong oleh rakan serantau; Kellogg's, FBT dan Shopee. Larian Maya MARVEL dipersembahkan oleh Maybank di Malaysia, dengan Dutch Lady sebagai rakan sokongan. HSBC berasa bangga menjadi rakan Kesihatan Kewangan untuk Larian Maya MARVEL di Singapura.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Larian Maya MARVEL, sila lawati www.marvel-asia.com/virtual.

LAMPIRAN

Tempoh Pendaftaran: 8hb Disember 2020 - 15hb Mac 2021

Tempoh Jam: 1hb Januari 2021 - 31hb Mac 2021

Jarak

5km

15km

25km

Kategori

Individu

Ibu bapa- Anak*

Individu

Pasukan Berdua

Pasukan Bertiga

Bayaran (SGD)

$25

$50

$35

$55

$85

Hak Penamat

Beg Tali Cerut

X1

X1

X1

X2

X3

Kemeja-T Penamat

X1

X2

X1

X2

X3

Trofi

-

X2

X1

X2

X3

*Slot terhad disediakan berdasarkan urutan kedatangan pertama

 

Source: LIV3LY
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Sports Telecommunications Contracts New products/services