omniture

Platform pembayaran mudah alih rentas sempadan Asia, Asianwallets ingin menjalinkan kerjasama dengan lebih banyak negara untuk mewujudkan rangkaian perkongsian pembayaran

Asianwallets
2020-12-09 21:56 242

HONG KONG, 9 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Asianwallets, jenama pembayaran rentas sempadan di bawah milik Oriental Payment Group (OPG) (HK.8613), komited untuk membina "rangkaian perkongsian pembayaran mudah alih rentas sempadan" di seluruh Asia. Dengan bergabung dalam rangkaian, syarikat e-dompet dengan mudah boleh meluaskan perniagaan mereka ke lebih banyak negara Asia, sementara pemeroleh boleh bersambung dengan kaedah pembayaran tempatan di beberapa negara dengan satu klik, menyokong peniaga untuk menggunakan kaedah pembayaran yang disukai oleh pelanggan.

Negara dan rantau manakah yang disokong oleh Asianwallets?

Asianwallets mendapat akses ke SG QR Singapura dan Thai QR Thailand pada tahun 2019, dan bersambung dengan sistem QRIS Indonesia pada tahun 2020. Ia dapat menyediakan saluran pembayaran bank dan e-dompet kepada rakan kongsinya di ketiga-tiga negara. Berdasarkan pemantapan OPG secara keseluruhan di pasaran Asia, Asianwallets juga secara langsung dapat melaksanakan pembayaran e-dompet ke lebih daripada 10,000 kedai jenama luar talian yang menjalin kerjasama di Hong Kong, Singapura, Thailand dan Jepun.

Visi Asianwallets untuk masa depan

Naib Presiden OPG, Lesile Tham berkata: "Pelbagai negara Asia merancang untuk melancarkan, atau telah pun melancarkan standard kod QR yang seragam. Pembayaran mudah alih sedang berkembang dengan sangat pantas! Di sebalik perkembangan yang pesat, produk pembayaran sangat homogen dan kekurangan daya saing. Apabila pasaran menjadi tepu, perang harga yang sengit akan menyusul! Bagaimana ingin mengekalkan kelebihan akan menjadi cabaran yang harus dihadapi oleh semua institusi pembayaran."

Asianwallets secara aktif menghubungi institusi e-dompet di Jepun, Korea Selatan, India dan negara-negara lain, dengan harapan dapat membina "rangkaian pembayaran mudah alih rentas sempadan yang meliputi seluruh Asia" dengan rakan kongsi berdasarkan pasaran dan teknologinya sendiri. Dengan berkongsi saluran pembayaran, sumber peniaga dan teknologi sistem, rangkaian ini menyasarkan untuk menyelesaikan masalah pembangunan institusi, meningkatkan pengaruh jenama di pasaran tempatan, dan mempromosikan perkembangan perkhidmatan pembayaran mudah alih di Asia.

Source: Asianwallets
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Corporate Expansion