omniture

UL Meneroka Lima Trend Kelestarian Di Kalangan Perniagaan di Asia

UL
2020-12-10 11:30 167

SINGAPURA, 10 Disember 2020 /PRNewswire/ -- UL, sebuah syarikat sains keselamatan global, telah membantu syarikat menerapkan amalan yang lebih lestari selama lebih daripada 10 tahun. Dalam satu kertas putih baharu, Five Sustainability Trends for Businesses in Asia (Lima Trend Kelestarian untuk Perniagaan di Asia), UL meneroka lima trend kelestarian yang memberikan kesan kepada perniagaan di seluruh Asia semasa mereka meneruskan langkah-langkah mengikut UN SDGs.

UL Explores Five Sustainability Trends Among Businesses in Asia
UL Explores Five Sustainability Trends Among Businesses in Asia

Diterapkan oleh 193 negara pada tahun 2015, Matlamat Pembangunan Lestari PBB (UN Sustainable Development Goals) menggariskan 17 objektif yang bertujuan mengakhiri kemiskinan melampau, mengurangkan ketaksamaan dan melindungi planet menjelang tahun 2030. Syarikat di seluruh dunia menyelaraskan pelan kelestarian mereka untuk memainkan peranan mereka dalam memajukan objektif kritikal ini. Malah, 72% daripada syarikat menyatakan SDG dalam pelaporan mereka, menurut PwC.3 Ini telah mendorong syarikat untuk meneruskan pelbagai inisiatif kelestarian yang menunjukkan kemajuan ke arah matlamat kelestarian global:

  • Penumpuan hijau dan kesejahteraan dalam piawaian bangunan – Sokongan terhadap kesihatan dan kesejahteraan manusia semakin menjadi keutamaan di kalangan perniagaan. Dengan memastikan persekitaran dalaman menawarkan kualiti udara yang baik dan ciri-ciri kesejahteraan yang lain, syarikat melindungi penghuni dan meningkatkan produktiviti.
  • Mendorong pemahaman dan prestasi daripada data alam sekitar – Peningkatan permintaan daripada pelabur hijau, pengguna dan agensi kawal selia dan sebagainya, memerlukan syarikat untuk memajukan pelaporan kelestarian mereka. Pelaporan yang menyeluruh daripada seluruh organisasi semakin menjadi satu perkara biasa.
  • Inovasi mengoptimumkan proses pembuatan – Dengan pembandaran yang semakin meningkat dan populasi global yang berkembang, kita berdepan dengan keterdesakan yang khusus untuk penyelesaian pengurusan sisa yang efektif. Syarikat akan terus memajukan usaha ini dengan pengesahan yang ketat terhadap kitar semula dan strategi pelencongan sisa yang lain.
  • Kebangkitan ekonomi pusingan - Dengan e-sisa dijangkakan mencapai 52.2 juta tan metrik menjelang 2021, menurut Global W-waste Monitor, terdapat tekanan yang semakin meningkat untuk mencapai penggunaan dan pengeluaran yang lebih bertanggungjawab melalui model perniagaan pusingan. Syarikat akan terus menggunakan model pusingan inovatif yang akan terbukti lestari dalam ekonomi baharu.
  • Kemunculan peraturan karbon – Apabila semakin banyak syarikat memperkenalkan peraturan karbon dalam usaha untuk mengurangkan perubahan iklim, perniagaan akan berusaha untuk meningkatkan pelaporan pelepasan karbon mereka.

"Kami teruja untuk melihat perniagaan terkemuka di Asia memperkenalkan usaha kelestarian ini ke dalam strategi, pelaporan dan operasi harian mereka. Semasa syarikat tempatan memperluaskan usaha kelestarian mereka dan laporan tentang kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Lestari PBB, UL bersedia untuk menawarkan kepakaran, penyelesaian dan sokongan untuk membantu dalam usaha mereka," kata Alberto Uggetti, naib presiden dan pengurus besar bahagian alam sekitar dan kelestarian UL.

UL ialah peneraju dalam penyelesaian keselamatan dan kelestarian berasaskan sains dan menguruskan beberapa program kelestarian yang paling disegani dan ketat di dunia, termasuk UL GREENGUARD untuk produk pelepasan rendah dan UL ECOLOGO, pensijilan untuk produk yang mencapai pengurangan kesan alam sekitar dan alat pelaporan serta perisian kelestarian, seperti Perisian 360 dan Turbo Carbon™ UL. UL menyokong syarikat di seluruh dunia dengan penyelesaian yang membina ketelusan dan kepercayaan melalui pengujian, pemeriksaan dan pensijilan.

Untuk memuat turun kertas putih tersebut, lawati five-sustainability-trends-businesses-asia atau terokai sumber atau penyelesaian kami yang lain di www.UL.com.

Mengenai UL

UL membantu mewujudkan dunia yang lebih baik dengan menggunakan sains untuk menyelesaikan cabaran keselamatan, sekuriti dan kelestarian. Kami memperkasakan kepercayaan dengan membolehkan penerapan produk dan teknologi inovatif baharu dengan selamat. Semua orang di UL berkongsi kesungguhan untuk menjadikan dunia sebuah tempat yang lebih selamat. Kesemua kerja kami, daripada penyelidikan bebas dan pembangunan piawaian, hinggalah pengujian dan pensijilan, serta menyediakan penyelesaian analitis dan digital, membantu meningkatkan kesejahteraan global. Perniagaan, industri, kerajaan, pihak berkuasa kawal selia dan orang awam meletakkan kepercayaan mereka kepada kami, agar mereka dapat membuat keputusan yang lebih bijak. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati UL.com. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang aktiviti bukan untung kami, lawati UL.org.

 

 

Source: UL
Related Links:
Keywords: Construction/Building Environmental Products & Services Green Technology Environmental Issues Survey, Polls & Research