omniture

Hong Leong Bank ialah Bank Pertama di Asia Tenggara Menggabungkan Kecelikan Kewangan dan Kelestarian untuk Kanak-kanak pada Platform Perbankan Digital

Hong Leong Bank
2020-12-10 14:56 136

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Hong Leong Bank ("HLB" atau "Bank") memperkenalkan satu inisiatif perbankan maju digital baharu, 'Earth Hero' yang menggalakkan kanak-kanak agar peka terhadap alam sekitar sambil mengamalkan tabiat pengurusan wang yang lebih bijak. Ia menggabungkan kecelikan kewangan dan kelestarian, dipacu oleh HLB Pocket Connect, platform perbankan interaktif pertama-dalam-pasaran yang dilancarkan pada bulan Ogos 2020 khas untuk golongan 'digital native' muda.

HLB's 'Earth Hero' digital-forward banking initiative combines financial and environmental literacy
HLB's 'Earth Hero' digital-forward banking initiative combines financial and environmental literacy

Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkongsi bahawa, 'Earth Hero' terhasil daripada usaha Bank untuk memperluaskan inisiatif kelestarian dengan menggalakkan keterangkuman dan kecelikan kewangan melalui produk dan perkhidmatannya.

"Kami memahami peranan kami sebagai institusi kewangan dalam membina dan mengekalkan ekosistem komuniti dan alam sekitar yang mantap. Kami amat berbangga menjadi bank pertama di Malaysia dan rantau ini untuk mendorong generasi muda agar menjadi lebih peka dari segi kewangan dan segi kesederan penjagaan alam sekitar melalui HLB Pocket Connect. Aplikasi ini menerima sambutan yang memberangsangkan dan turut melihatnya sebagai peluang keemasan untuk memanfaatkan gamifikasi dalam pendidikan kewangan melalui ganjaran yang dapat memanfaatkan alam sekitar, dengan bimbingan daripada ibu bapa serta melalui kerjasama dengan perusahaan eko-sosial."

Melalui 'Earth Hero', HLB Pocket Connect telah merangkumkan bahagian 'Tugasan' baharu yang riang dan menarik, dikaitkan dengan misi penghutanan semula yang menyasarkan untuk menanam 2,500 batang pokok di Borneo dengan kerjasama perusahaan sosial APE Malaysia.

Matlamat inistiatif ini adalah untuk mendidik kanak-kanak bagaimana pilihan mereka boleh membawa impak kepada planet kita. Dengan setiap tugasan yang diselesaikan, kanak-kanak mendapat peluang untuk menanam pokok maya. Bagi setiap 20 pokok maya yang ditanam, HLB akan menanam sebatang pokok sebenar. Kanak-kanak akan menerima sijil dengan koordinat GPS pokok sebenar yang ditanam atas nama mereka.

Galvin Yeo, Pengurus Besar Perkhidmatan Kewangan Peribadi HLB untuk Deposit & Digital berkata, "Anak-anak kita merupakan pengguna digital dan teknologi yang asli dan gemar belajar melalui platform mudah alih interaktif yang menawarkan aktiviti dan tugasan menarik bercirikan gamifikasi. Dengan HLB Pocket Connect, kami dapat mengintegrasikan unsur kecelikan alam sekitar dengan mudah yang mengajar kanak-kanak untuk memupuk pemahaman dan tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar serta nilai sebenar wang dengan bantuan ibu bapa. Lebih penting lagi, kami berbangga untuk melangkah keluar dari kelaziman institusi kewangan dengan menyediakan platform perbankan digital yang benar-benar inovatif, riang dan relevan untuk gaya hidup mereka."

Untuk maklumat lanjut mengenai 'Earth Hero', sila kunjungi www.hlb.com.my/earth





Source: Hong Leong Bank
Related Stocks:
Malaysia:5819
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications Children-related news Conservation/Recycling New products/services