omniture

beIN SPORTS tayang secara eksklusif Heineken Champions Cup dan European Rugby Challenge Cup

beIN SPORTS
2020-12-10 16:33 64

SINGAPURA, 10 Disember 2020 /PRNewswire/ -- beIN SPORTS meluaskan liputan sukan SECARA LANGSUNG untuk merangkumkan Heineken Champions Cup dan European Rugby Challenge Cup (EPCR) di seluruh wilayah Asia iaitu Hong Kong, Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Hadiah paling berprestij dalam ragbi kelab ini bermula pada 12 Disember dengan Northampton Saints berdepan dengan Bordeaux Begles, sebelum Ulster Rugby menjadi tuan rumah kepada Toulouse dalam siaran ulangan peringkat suku akhir musim lalu.

Memasuki tahun ke-26, format Heineken Champions Cup yang diperluaskan pada musim ini menyaksikan pemenang-pemenang kali pertama Exeter Chiefs mempertahankan gelaran mereka dengan menentang 23 pasukan daripada 3 Liga Eropah domestik dan serantau. Peminat boleh mengharapkan perlawanan ragbi yang amat sengit daripada kelab-kelab seperti Leinster, Toulouse dan Racing 92 ketika mereka bertarung habis-habisan bagi memenangi hadiah terbesar ragbi kelab tersebut.

Kejohanan yang berakhir di Marseille pada Mei 2021 akan menampilkan beberapa nama terbesar dalam ragbi dunia termasuk Pemain Ragbi Dunia Terbaik Tahun 2018 Jonathan Sexton dan Pemain Kejohanan Enam Negara 2020, Antoine Dupont.

beIN SPORTS disediakan di platform-platform TV-berbayar yang berikut di wilayah:

Peminat juga dapat menikmati liputan penuh bagi setiap perlawanan Heineken Champions Cup dan Challenge Cup SECARA LANGSUNG serta perlawanan atas permintaan pada aplikasi strim LANGSUNG beIN, beIN SPORTS CONNECT. Pemain berbilang peranti ini membolehkan peminat memilih daripada pebagai perlawanan LANGSUNG melalui sebarang peranti mudah alih terhubung, komputer riba dan komputer meja. Mereka juga boleh menetapkan peringatan amaran, menayangkan pada skrin besar, menghentikan sejenak dan memutar balik perlawanan LANGSUNG serta menontonnya dalam HD.

Selain daripada ragbi Eropah, beIN SPORTS membawakan anda dengan kandungan bola sepak SECARA LANGSUNG yang ekstensif termasuk LaLiga, Serie A, Ligue 1, MLS, Champions League**, Europa League** dan banyak lagi.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi askbeinsportsasia@bein.com

* Hong Kong, Indonesia dan Thailand sahaja
** Hong Kong, Singapura dan Malaysia sahaja

Source: beIN SPORTS
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Sporting Events Sports Television New products/services