omniture

Konvensyen Korea Selatan dilaksanakan untuk menonjolkan pencapaian Seoul dalam kerjasama antarabangsa

National Research Council for Economics, Humanities, and Social Sciences
2020-12-10 19:50 168

SEOUL, Korea Selatan, 10 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Pelancaran forum antarabangsa di Seoul pada hari Rabu dimulakan dengan perkongsian tentang pencapaian Korea dalam kerjasama global dan penerokaan tentang peranan dan cabaran dalam era pasca-COVID-19.Majlis Penyelidikan Ekonomi, Kemanusiaan dan Sains Sosial dan Kemanusiaan dan Perbadanan Tanah & Perumahan menjadi tuan rumah bagi konvensyen, dengan tajaan daripada kira-kira 150 institusi kerajaan dan awam.

The opening ceremony of Global Korea Convention 2020 is under way at the K-Hotel in southern Seoul on Dec. 9, 2020. (Yonhap)
The opening ceremony of Global Korea Convention 2020 is under way at the K-Hotel in southern Seoul on Dec. 9, 2020. (Yonhap)

Konvensyen Korea Global 2020 dilaksanakan dalam sebuah majlis di K-Hotel Seoul sepanjang tiga hari berturut-turut, dengan kehadiran 30 orang kenamaan secara bersemuka dan dalam talian termasuk Angel Gurria, setiausaha agung Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi; Perdana Menteri Chung Sye-kyun; dan Speaker Dewan Negara Park Byeong-seug.

Banyak jabatan kerajaan dan institusi awam yang akan berkongsi mengenai pelbagai pengalaman dalam diplomasi awam dan kerjasama antarabangsa sejak kemerdekaan Korea pada 1945, begitu juga dengan usaha mereka untuk meneruskan diplomasi awam terhadap keamanan, hak asasi manusia, demokrasi dan nilai yang membolehkan pembangunan manusiawi yang mampan.

Secara khususnya, konvensyen ini meletakkan tumpuan utama kepada pengalaman yang berbeza dan pelbagai, sebagai satu-satunya negara yang bertukar daripada penerima bantuan kepada negara penderma.

Semasa perasmian majlis, Chung mengucapkan tahniah melalui video, dan Gro Harlem Brundtland, mantan Perdana Menteri Norway telah memberikan ucapan dasar yang bertajuk "kerjasama ekonomi untuk keamanan dunia dan pembangunan mampan."

"Deklarasi Visi" juga telah diumumkan pada majlis perasmian, dengan mengumumkan visi masa hadapan Korea Selatan untuk memimpin dunia bagi menyumbang kepada keamanan, kemakmuran dan pembangunan mampan antarabangsa.

"Dengan mendukung 'multilateralisme inklusif' sebagai nilai utama kami, Korea mengambil satu langkah ke depan untuk membentuk satu gelombang kerjasama baharu yang dapat meneruskan keamanan dunia, kemakmuran bersama dan pembangunan mampan," katanya.

Tuan rumah dan penganjur berkata usaha Seoul untuk menangani pandemik koronavirus, digelar "K-Quarantine", dan inisiatif Perjanjian Baharu Korea mensasarkan rangsangan pertumbuhan ekonomi dan pewujudan pekerjaan melalui projek digital dan hijau akan dibincangkan secara mendalam semasa konvensyen.

Dalam sebuah acara khas, Moon Seong-hyeok, Menteri Laut dan Perikanan akan mengadakan temu ramah melalui persidangan video dengan penyelidik Korea yang ditempatkan di pangkalan Antartika kedua negara yang dipanggil Jang Bogo.

Dengan mempertimbangkan penyebaran koronavirus, kesemua program konvensyen akan ditayangkan secara langsung menerusi laman sesawang konvensyen (globalkoreaconvention.kr).

Source: National Research Council for Economics, Humanities, and Social Sciences
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Construction/Building Health Care/Hospital Trade show news