omniture

Longkom Media dan Shenzhen Media Group Umum Musim Kedua "Cantonese Cuisine Master"

Longkom Media
2020-12-14 15:07 173

- Versi dwibahasa siri dokumentari akan dikongsikan untuk tayangan serentak di China dan luar negara

GUANGZHOU, China, 14 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Longkom Media dan Shenzhen Media Group melancarkan musim kedua siri dokumentari masakan Kantonis yang digemari "Cantonese Cuisine Master". Rancangan ini meraikan keunikan dan kemajuan masakan Kantonis sekali gus membuka jendela baharu untuk dunia memahami budaya Cina.

Musim kedua menyaksikan baik pulih secara meluas, yang berjanji untuk menyelami asal usul jenis masakan Kantonis lebih mendalam dan mewujudkan peluang untuk menerokai restoran, produk dan jenama kolektif yang menyokong salah satu masakan yang paling lama dan disegani di dunia.  Ia akan ditayangkan secara eksklusif di Shenzhen Satellite TV dan distrim melalui iQiYi. Di samping itu, versi dwibahasa siri dokumentari ini akan dikongsikan untuk tayangan serentak di China dan luar negara. Dengan kawasan Teluk Lebih Besar sebagai asasnya, musim kedua Cantonese Cuisine Master akan menyaksikan rancangan ini memperluas jangkauannya -- membolehkan masakan Kantonis membawa bendera dan budaya Cina ke luar negara. 


"Hidangan masakan Kantonis merupakan lambang budaya China yang disukai sejak zaman berzaman dan rancangan kami menjadi sinonim dengan promosi industri masakan Kantonis. Dalam musim kedua, kami membongkar asal usul keenakan rasa di sebalik masakan ini dan memaparkan lebih banyak cerita dalam 4K yang memukau -- semuanya dengan harapan agar dapat memberikan penonton penghargaan yang lebih mendalam terhadap makanan Kantonis dan budaya Cina," kata Lu Changzhi, Pengerusi Longkom Media.

Tema teras bagi musim kedua ialah "Budaya masakan Kantonis, kebijaksanaan Cina". Sepanjang episod, rancangan berkenaan akan meneroka evolusi masakan dan budaya Kantonis sepanjang sejarah dan pemindahan kemahiran kulinari dari masa ke masa. Musim ini mengambil inspirasi daripada prinsip-prinsip utama masakan Kantonis seperti "ubat dan makanan datangnya daripada sumber yang sama". Cantonese Cuisine Master menyelami secara mendalam budaya Kantonis dari perspektif makanan dan menggabungkannya dengan kebijaksanaan Cina tradisional untuk meluaskan lagi pengaruh sosial masakan Kantonis.


Demi menjamin kualiti sepanjang masa, musim kedua Cantonese Cuisine Master akan diterbitkan oleh pasukan berkemahiran tinggi dengan rekod prestasi terbukti dalam menghasilkan program video budaya.  Program ini memanfaatkan perkembangan terkini dalam industri definisi ultra tinggi (UHD) 4K di Guangdong, seperti saluran 4K Shenzhen Satellite TV, GBN Nanguo City Channel dan Skyworth OTT bagi menghasilkan dokumentari penerokaan budaya dan warisan UHD 4K yang pertama.

Source: Longkom Media
Keywords: Food/Beverages Publishing/Information Service