omniture

CGTN: China janjikan langkah-langkah baharu ketika pemimpin-pemimpin dunia berhimpun perangi perubahan iklim

CGTN
2020-12-14 19:13 206

BEIJING, 14 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Ketika perjanjian iklim Paris 2015 menyambut ulang tahun kelimanya, lebih daripada 70 pemimpin dunia berucap di sidang kemuncak iklim maya selama satu hari yang bertujuan untuk meningkatkan momentum dan menyeru tindakan dan cita-cita iklim yang lebih besar. 

 

Mengejutkan dunia dengan mengumumkan matlamat untuk mencapai neutral karbon menjelang tahun 2060 pada bulan September, China mengumumkan pada hari Sabtu bahawa lebih banyak langkah baharu untuk memerangi perubahan iklim dan menegaskan peranan penting antara "perpaduan, kerjasama dan keyakinan."

Baca artikel asal: di sini.

Seni bina baharu tadbir urus iklim

Bagi menyahut cabaran iklim, tiada sesiapa pun yang dapat bertindak secara sendirian dan unilateralisme tidak akan dapat membawa kita ke mana-mana, tegas Presiden Cina Xi Jinping semasa berlangsungnya sidang kemuncak tersebut.

Dunia telah dilanda lebih 100 bencana sepanjang enam bulan pertama berlakunya pandemik COVID-19 dan lebih 50 juta orang terjejas, menurut laporan "Come Heat or High Water."

Pada tahun 2019 sahaja, sebanyak 308 bencana alam berlaku di seluruh dunia, menyebabkan kematian kira-kira 24,400 orang. Kira-kira 77 peratus daripada bencana ini berkaitan dengan cuaca atau iklim.

"Semua negara perlu memaksimumkan tindakan berdasarkan keadaan dan kemampuan negara mereka masing-masing," kata Xi, yang menyeru negara-negara maju untuk meningkatkan sokongan kepada negara-negara sedang membangun dari segi pembiayaan, teknologi dan pembinaan keupayaan.

Hanya dengan mendukung multilateralisme, kesatuan dan kerjasama kita dapat membawa manfaat bersama dan keadaan yang saling menguntungkan buat semua negara, tegas Xi.

China sentiasa hormati komitmennya

"China akan menurunkan emisi gas karbon dioksidanya bagi setiap unit KDNK sebanyak lebih 65 peratus daripada paras pada tahun 2005, meningkatkan bahagian bahan api bukan fosil dalam penggunaan tenaga utama kepada kira-kira 25 peratus, meningkatkan jumlah stok hutan sebanyak 6 bilion meter padu daripada paras pada tahun 2005 dan menjadikan kapasiti terpasang keseluruhan bagi kuasa angin dan solar kepada lebih 1.2 bilion kilowatt," Xi mengumumkan beberapa komitmen selanjutnya bagi tahun 2030 di sidang kemuncak tersebut.

Sebagai negara sedang membangun yang terbesar dan ekonomi kedua terbesar di dunia, China berusaha untuk menyelaraskan pertumbuhan ekonomi dan perlindungan terhadap alam sekitar serta komited terhadap perjuangan global dalam memerangi perubahan iklim.

Negara berkenaan berada di landasan yang betul untuk melangkaui Sumbangan Khusus Ditetapkan Kebangsaan menjelang tahun 2030 di bawah perjanjian Paris, hasil daripada usahanya untuk mengurangkan pertumbuhan dalam penggunaan tenaga dan mengurangkan pergantungan terhadap bahan api fosil.

Mulai tahun hadapan, China akan berusaha untuk melakar kemajuan baharu dalam membina peradaban ekologi, mengoptimumkan pembangunan dan perlindungan terhadap ruang wilayah dan mencapai hasil ketara dalam transformasi pengeluaran serta gaya hidup mesra alam, menurut sasaran pembangunan yang dicadangkan oleh kepimpinan Parti bagi tempoh Rancangan Lima-Tahun ke-14 (2021-2025).

Baca lebih lanjut:

Up Next China: China puts climate at heart of 14th Five-Year Plan (Up Next China: China jadikan iklim sebagai keutamaan dalam Rancangan Lima-Tahun ke-14) 

"China sentiasa menghormati komitmennya," kata Xi dalam ucapan video beliau, yang berjanji bahawa China akan mengambil langkah-langkap yang mantap bagi melaksanakan sasaran yang baru sahaja diumumkan dan menyumbang lebih banyak lagi demi menangani cabaran iklim global.

Source: CGTN
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Asian-related news Public Interest