omniture

Jiangsu Guoqiang Tersenarai dalam 500 Syarikat Swasta Teratas China selama 17 Tahun

JSGQ
2020-12-15 14:53 129

LI YANG, China, 15 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Persekutuan Industri dan Perdagangan Seluruh-China (Selanjutnya disebut sebagai ACFIC) mengeluarkan senarai 500 buah Syarikat Swasta Teratas China untuk 2020. Jiangsu Guoqiang Galvanization Industrial Company (Selanjutnya disebut sebagai JSGQ) sekali lagi berada dalam senarai ini untuk tahun ke-17 berturut-turut, menjadi satu-satunya perusahaan struktur mounting solar yang tersenarai. Dalam menghadapi tahun 2020 yang mencabar, ia tidak hanya mempertahankan kedudukannya di 500 Teratas, tetapi juga mencipta sejarah penjualan tahunan terbaik iaitu sebanyak 20 bilion yuan pada tahun ini.

Sebagai sebuah syarikat industri keluli bergalvani yang terkemuka di China, perniagaan utama JSGQ merangkumi 3 bidang: tenaga baharu, perlindungan keselamatan lalu lintas dan bahan binaan. Jualan terbesarnya adalah daripada bahan binaan, termasuk paip tergalvani, tiub keluli tergalvani panas, kancing dan rangka panjat, menyumbang kira-kira 65% daripada hasil jualannya.

Beberapa tahun terakhir ini, JSGQ melaksanakan pembangunan, produksi dan penjualan bahan seperti struktur mount solar, penghalang bunyi lalu lintas dan penyangga jalan lebuh raya. Pengeluaran global mencapai lebih daripada 1.7 juta tan. Di dalam kebanyakan bidang mempunyai eselon yang pertama dengan pembangunan dan susun atur pantas. Troika tersebut bekerjasama dan mencapai kejayaan yang bersejarah sebanyak 20 bilion yuan.

Jiangsu Guoqiang bekerjasama dengan SCUT, satu-satunya universiti dengan profesion anti-kakisan tergalvani, dan memperbaiki kualiti produk tergalvani. Pelaburan terbesar telah dibuat dalam menaiktaraf pengeluaran secara berulang dan pintar. Ia mengimport teknologi robot yang pintar dan maju untuk memperbaiki kecekapan dan kualiti. Ia juga memperkenalkan ujian piawaian pihak ketiga yang berwibawa untuk kilang bagi memastikan kualiti produk dan bahan mentah. Dengan melakukannya, ianya boleh meningkatkan kepuasan pelanggan di seluruh dunia.

Produk tergalvani panas Jiangsu Guoqiang dieksport ke beberapa pasaran negara seperti Amerika Syarikat, India, Belanda, Australia, UAE dan Korea, dan membina hubungan perniagaan jangka panjang dengan pelanggan tempatan.

Mengenai JSGQ

Diasaskan pada 1998, JSGQ telah bertapak selama 22 tahun. Ia mempunyai 3 bidang perniagaan utama: Struktur Mounting Solar, perlindungan keselamatan trafik dan bahan binaan. Hasil jualan tahunannya melebihi 20 bilion yuan pada 2020. Hasil pengeluaran tahunannya melebihi 3 milion tan. Sejak 2003, ia berada dalam senarai 500 syarikat swasta teratas China selama 17 tahun.

Perhubungan dan jualan syarikat: Li Ling liling@jsgq.net
Perhubungan media: Sabrina LYU sabrina.lu@re-debut.com

Source: JSGQ
Keywords: Computer/Electronics Construction/Building Electronic Commerce Semiconductors