omniture

eCloudvalley Dianugerahkan sebagai AWS Consulting Partner Of The Year bagi Tahun ini di Rantau ASEAN

eCloudvalley
2020-12-15 15:06 2003

SINGAPURA, 15 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Amazon Web Services (AWS) hari ini mengumumkan eCloudvalley Technology sebagai pemenang bagi anugerah "Consulting Partner Terbaik AWS bagi tahun" 2020, mengiktiraf rakan yang berprestasi tinggi di ASEAN yang membantu pelanggan melaksanakan inovasi di AWS Cloud.

Setiap tahun, AWS menghargai rakan di komuniti saluran yang memimpin dalam membantu melaksanakan inovasi ke dalam perniagaan mereka. AWS mempunyai sebuah komuniti rakan perunding yang berkembang maju di seluruh rantau ASEAN dan anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap pengetahuan yang mendalam tentang teknologi AWS dan perkhidmatannya.

"Setiap tahun, kami menghargai Rakan-rakan dalam AWS Partner Network (APN) yang menjadi pemimpin dalam komuniti saluran dan memainkan peranan penting dalam membantu pelanggan melaksanakan inovasi dan membina penyelesaian di AWS," kata Conor McNamara, Pengarah Urusan AWS ASEAN. "Anugerah Rakan APN ASEAN mengiktiraf pelbagai Rakan Perundingan dan Teknologi APN yang born-in-the-cloud dan rakan tradisional, yang mana model perniagaan mereka merangkumi pengkhususan dan kolaborasi. Kejayaan mereka baru-baru ini adalah bukti semangat dan dedikasi mereka untuk menyediakan penyelesaian cloud yang inovatif kepada pelanggan."

Sebagai Rakan Perundingan AWS yang berprestasi tinggi, eCloudvalley komited dalam membina kemampuan dan pengkhususan, dan setakat ini telah mencapai kecekapan Data & Analitik, DevOps, Mobile, SAP, Migrasi dan Security di AWS.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2014, eCloudvalley telah berkembang pesat dan kini mempunyai 15 pejabat di seluruh dunia, membina kepakaran dan sebuah pasukan perunding mahir yang diperakui oleh AWS untuk perkhidmatan cloud.

Mengenai eCloudvalley

Ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai rakan born-in-the-cloud yang memfokus sepenuhnya kepada perkhidmatan AWS, eCloudvalley telah berkembang kepada 380+ pekerja di seluruh rantau APAC, di Taiwan, Hong Kong, Tanah Besar China, Filipina, Singapura, Malaysia, Thailand, dan Amerika Syarikat. Dalam misi untuk mengembangkan perniagaan pelanggan dengan teknologi cloud, eCloudvalley telah membina sebuah pasukan teknikal profesional dengan lebih dari 500 perakuan AWS dan telah memberi perkhidmatan kepada 1,000 perusahaan untuk melaksanakan transformasi digital. Kompetensi utamanya termasuklah Migrasi Cloud, Managed Services, Data Solution, SAP, DB Freedom, Latihan Cloud, DevOps, Serverless, dan Containers.

Maklumat Perhubungan
eCloudvalley Technology Sdn Bhd
www.ecloudvalley.com
Emel kami di info@ecloudvalley.com

Pejabat Singapura: +65-6408-0183
Pejabat Malaysia: +603-8210-8689
Pejabat Filipina: +63-2-7980-7328

Source: eCloudvalley
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Awards