omniture

Memperkasa Mobiliti, Hak dan Kepentingan Perkhidmatan Teksi Tersuai O2O SOLUTIONS akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi

O2O SOLUTIONS
2020-12-15 18:00 251

HONG KONG, 15 Disember 2020 /PRNewswire/ -- En. Lesile Tham, Naib Presiden Oriental Payment Group Holdings Limited (HK.8613), mendedahkan kepada media: "Platform perkhidmatan hak dan kepentingan Kumpulan kami iaitu O2O SOLUTIONS akan melancarkan produk perkhidmatan teksi tersuai tidak lama lagi. Produk ini direka untuk mengisi jurang hak dan kepentingan mobiliti yang ditawarkan oleh institusi kewangan koperasi di pasaran tanah besar China, supaya dapat memberi perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang yang selamat dan selesa kepada pengguna."

Sebagai produk pertama syarikat yang berkaitan dengan hak dan kepentingan mobiliti, O2O SOLUTIONS komited untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang selamat dan bebas daripada kebimbangan kepada setiap pengguna, dengan mendokong konsep "keselamatan dan perkhidmatan diutamakan". Berbeza dengan perkhidmatan yang sedia ada di pasaran, O2O SOLUTIONS tidak akan mengenakan dua kali bayaran kepada pengguna, dan akan menyokong perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang dengan jarak maksimum sehingga 80km. Sementara itu, perkhidmatan tambahan seperti tanda pikap, ruang istirahat 24 jam, menunggu secara percuma sekiranya berlaku kelewatan penerbangan, dan insurans kereta eksklusif juga disediakan.

Untuk menjamin kualiti perkhidmatan, O2O SOLUTIONS melaksanakan piawaian yang ketat untuk memilih pemandu dan kenderaan. Pemandu perlu mempunyai pengalaman memandu selama lebih daripada 3 tahun, tiada rekod jenayah, dan perlu menjalani ujian asid nukleik COVID-19 secara berkala; sementara itu bagi kenderaan pula, O2O SOLUTIONS menawarkan kenderaan Mercedes-Benz (mewah), Roewe (selesa), dan Buick (perniagaan) yang usianya tidak melebih 3 tahun, ditambah pula dengan keadaan yang baik dan ruang dalamnya yang bersih dan selesa.

Lesile Tham menyatakan: "Pada 2019, jumlah pelancong yang memasuki dan meninggalkan Tanah Besar China seramai 670 juta orang, tetapi produk hak dan kepentingan mobiliti untuk institusi luar negeri masih belum ada di pasaran. Dengan perkhidmatan hak dan kepentingan yang lebih baik, kami berharap dapat membantu institusi kewangan koperasi untuk memenuhi keperluan pengguna, meningkatkan penggunaannya dalam kalangan pengguna dan meningkatkan pengaruh jenama."

Source: O2O SOLUTIONS
Related Stocks:
HongKong:8613
Keywords: Banking/Financial Service