SINGAPURA, 15 Disember 2020 /PRNewswire/ -- UOB telah menganugerahkan 2020 UOB Painting of the Year Asia Tenggara (POY) kepada En. Prabu Perdana, pelukis berumur 36 tahun dari Bandung, Jawa Barat, untuk lukisannya yang bertajuk Isolated Garden. Lukisan En. Perdana telah terpilih di antara pemenang negara untuk pertandingan 2020 UOB Painting of the Year, yang telah diadakan di Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand. Gambaran yang dinukilkan oleh artis Indonesia itu mengenai pengasingan diri untuk memerangi penyebaran COVID-19 dalam komuniti menekankan tema 'Solidariti' untuk pertandingan POY tahun ini. Ini merupakan kali keenam pelukis Indonesia telah memenangi anugerah serantau POY.
En. Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif UOB, berkata, "2020 adalah sangat sukar bagi kita semua, ia mencabar kehidupan dan penghidupan, menyekat pergerakan, memisahkan kita. Walau bagaimanapun dalam melalui masa dugaan ini, kita melihat kuasa seni yang dapat menyatukan kita semua. Ini terserlah dengan melihat penyertaan dalam pertandingan UOB Painting of the Year tahun ini. Mereka mengingatkan kita tentang kekuatan semangat dan kesatuan komuniti walau apa pun kemungkinan yang berlaku. Saya mengucapkan tahniah kepada pemenang anugerah tahun ini atas pencapaian mereka dan mengucapkan terima kasih kerana menyampaikan mesej yang positif kepada semua untuk kita maju bersama.
Atas kemenangan anugerah 2020 UOB Painting of the Year Asia Tenggara, En. Perdana berkata,"Isolated Gardenialah satu gambaran puitis tentang kesatuan komuniti dalam melawan pandemik ini bersama, walaupun sebagai individu yang terasing secara fizikalnya. Kesunyian taman menggambarkan kesepian saya ketika pandemik ini. Keinginan untuk berhubung dan bersama-sama memberi kita harapan pada masa krisis ini dan saya mahu karya seni ini menggambarkan keamanan dalam masa yang tidak menentu ini."
"Pertandingan UOB Painting of the Year adalah pertandingan seni yang berprestij dan saya berbesar hati kerana karya seni saya, yang bermula dan berakhir pada masa solidariti dalam pengasingan, diiktiraf untuk anugerah UOB Painting of the Year untuk Asia Tenggara tahun ini."
Isolated Garden menggambarkan kesepian yang dialami oleh En. Perdana semasa pandemik, dengan studionya seolah-olah sebuah taman yang terbuka tanpa dinding dan hanya ditemani oleh barang peribadi kepunyaannya. Lukisannya berasaskan kepada Taman Batu di tanah tinggi Bandung di Jawa Barat.
Panel hakim untuk 2020 UOB Southeast Asian Painting of the Year terdiri daripada Ketua Hakim dari keempat-empat negara yang menyertainya: Dr. Bridget Tracy Tan, Pengarah, Institut Seni Asia Tenggara dan Galeri Seni, Akademi Seni Halus Nanyang, Singapura; En. Agung Hujatnikajennong, Kurator Bebas, dan Pensyarah, Institut Teknologi Bandung, Indonesia; Cik Bibi Chew, Panel Penasihat Industri dalam Seni Visual untuk Badan Pembangunan Ekonomi Budaya, Malaysia; Profesor Emeritus Parinya Tantisuk, artis Thailand terkemuka, dan Artis Nasional Thailand 2018 dalam Seni Visual (Lukisan).
Dr. Tan, yang juga Ketua Hakim Serantau, mengatakan penekanan untuk tahun ini adalah kualiti dan kepelbagaian penyampaian. "Solidariti, tema yang dipilih secara unik untuk UOB POY tahun ini, bukan hanya untuk bersatu atau berganding bahu, seperti kebiasaannya. Malah, solidariti menonjolkan kesalingbergantungan individu dalam masyarakat dan membentuk semangat kekitaan dalam apa yang kita lakukan dan cara kita hidup sebagai seorang individu. Rangkaian karya seni yang luar biasa tahun ini menunjukkan bagaimana penggiat seni terus giat berkarya dengan penuh semangat dan bagaimana mereka ingin meluahkan pandangan kepada peminat seni mereka. Seni visual ini mencipta horizon baharu yang membangkitkan ikatan semangat yang terjalin di rumah dan di seluruh Asia Tenggara."
"Seni adalah penting untuk membentuk kesejahteraan, merangsang emosi dan ia mengingatkan kita tentang kemanusiaan. UOB POY sekali lagi, memberikan pandangan yang unik dan memupuk pertumbuhan masyarakat budaya kita yang pelbagai, menyatukan kita ke arah kehidupan dengan lebih bermakna, khususnya pada masa yang mencabar ini," kata Dr. Tan.
Penyertaan yang berjaya dari Singapura meneroka kehidupan semasa Circuit Breaker
Kategori Pelukis Berpengalaman: En. Zhang Chunlei telah memenangi anugerah 2020 UOB Painting of the Year (Singapura)
Pelukis Singapura, En. Zhang Chunlei, 51, dianugerahkan 2020 UOB POY (Singapura) untuk lukisannya bertajuk Art Stages Pasar 2020. Lukisan minyak atas kanvas tersebut menggambarkan hiruk-pikuk kehidupan di Singapura yang terhenti sepanjang tempoh terputusnya litar elektrik di negara tersebut, membangkitkan rasa kesepian dan pengasingan. Dengan memasukkan watak-watak terkenal, ikon budaya terkenal dan mercu tanda dari budaya Timur dan Barat bersama-sama, pelukis tersebut berharap dapat menyampaikan mesej bagaimana kesatuan dapat mengatasi kesukaran.
En. Zhang merupakan lulusan dari School of Arts di Universiti Suzhou, China. Dia datang ke Singapura 24 tahun yang lalu dan sejak itu berada dalam profesion seni. Dia telah mengikuti banyak pameran antarabangsa, termasuk Beijing International Art and Biennale kali ke-8, China 2019, China; Sea of Tears, Malaysia; dan The Contemporary Asian Art Fair, Singapura.
Kategori Pelukis Baharu: 2020 Most Promising Artist of the Year Award (Singapura)
En. Emil Nicodemus Chew, 22, telah memenangi Anugerah 2020 Most Promising Artist of the Year (Singapura) dalam Kategori Pelukis Baharu untuk lukisan minyak atas kanvasnya bertajuk Family Portrait. Family Portrait diinspirasikan daripada empat adik-beradik pelukis tersebut yang mana, selain tinggal bersama di rumah sebagai satu keluarga dan dapat menjalin hubungan yang erat, ia juga boleh menjadi cabaran apabila terdapat kurang ruang untuk peribadi. Pakaian di rak mewakili sosok keluarga tersebut dan melambangkan hubungan mereka yang dinamik. En. Chew merupakan lulusan dari LASALLE College of the Arts, Singapura.
Menggunakan teknologi untuk membawa UOB POY ke rantau ini di tengah pandemik global
Sebagai salah satu anugerah seni tahunan Asia Tenggara yang terkemuka, pertandingan UOB POY juga merupakan program kesenian Bank yang unggul dan ia mencerminkan komitmennya untuk mengetengahkan bakat pelukis bagi generasi yang akan datang di Asia Tenggara. Pertandingan seni ini merupakan pertandingan yang paling lama dijalankan di Singapura.
Selama bertahun-tahun, pertandingan UOB POY telah melancarkan kerjaya pelukis terkenal di Singapura dan di rantau ini termasuk pemenang bagi Singapore Cultural Medallion yang berprestij iaitu − En. Goh Beng Kwan, En. Anthony Poon dan En. Chua Ek Kay.
Disebabkan oleh sekatan COVID-19, UOB melancarkan portal dalam talian untuk semua peserta menghantar penyertaan mereka dengan mudah dan selamat pada tahun ini. Ini juga memberi peluang kepada lebih banyak pelukis di seluruh rantau untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini.
Majlis anugerah maya yang diadakan hari ini ditonton di Facebook dan YouTube di seluruh rantau. Lukisan yang memenangi pertandingan UOB Painting of the Year 2020 akan dipamerkan di galeri seni maya UOB: www.UOBandArt.com.
Untuk lampiran: https://mma.prnewswire.com/media/1373089/Appendix.pdf
Nota kepada media:
Mengenai UOB dan Kesenian
Penglibatan UOB dalam seni bermula pada 1970-an dengan koleksi lukisannya daripada pelukis dari Singapura. Kini UOB mempunyai lebih 2,500 karya seni, terutamanya terdiri daripada lukisan pelukis yang berpengalaman dan yang baharu di Asia Tenggara.
UOB memainkan peranan yang aktif dalam komuniti merentasi rantau, terutamanya menerusi komitmen jangka panjang terhadap kesenian. Antara peranannya, Bank tersebut menerajui pelbagai program seni visual, perkongsian dan inisiatif bantuan serantau.
Program kesenian yang menjadi kemegahan Bank tersebut ialah Pertandingan UOB POY, yang telah bermula pada 1982, untuk mengiktiraf pelukis di Asia Tenggara dan untuk menawarkan kepada mereka peluang untuk mempamerkan hasil kerja mereka kepada komuniti yang lebih luas. Pertandingan ini kemudian dilanjutkan kepada Indonesia dan Malaysia yang meraikan UOB POY untuk tahun yang ke-10 , sementara Thailand meraikannya untuk tahun yang ke 11.
Pertandingan tersebut telah menyuburkan dan memajukan kerjaya kepada ramai pelukis di Singapura. Antara yang terkenal ialah En. Goh Beng Kwan (pemenang 1982), mendiang En. Anthony Poon (pemenang 1983) dan En. Chua Ek Kay (pemenang 1991), yang telah menerima anugerah Singapore Cultural Medallion, anugerah kesenian terunggul Singapura.
Pertandingan ini juga mengiktiraf bakat di seluruh rantau melalui anugerah UOB Southeast Asian POY. Pemenang terdahulu termasuklah En. Anagard dan En. Suvi Wahyudianto dari Indonesia pada 2019 dan 2018, En. Sukit Choosri dari Thailand pada 2017, En. Gatot Indrajati dari Indonesia pada 2016, En. Anggar Prasetyo dari Indonesia pada 2015, En. Antonius Subiyanto dari Indonesia pada 2014 dan Cik Stefanie Hauger dari Singapura pada 2013.
Bersama dengan bekas pemenang UOB POY, UOB juga menjalankan bengkel seni untuk golongan kurang bernasib baik dan kanak-kanak berkeperluan khas secara rutin. Di dalam bengkel ini, kanak-kanak mempelajari teknik seni daripada pelukis profesional dan pelukis yang telah memenangi anugerah.
Dalam mengiktiraf komitmen jangka panjang Bank terhadap kesenian, UOB telah dianugerahkan dengan the National Arts Council's Distinguished Patron of the Arts Award untuk tahun ke-16 berturut-turut pada 2020.
Tentang United Overseas Bank
United Overseas Bank Limited (UOB) ialah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global melebihi 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. Sejak penubuhannya pada tahun 1935, UOB telah berkembang secara organik dan melalui beberapa siri pemerolehan strategik. UOB dinilai antara bank teratas di dunia: Aa1 oleh Moody's dan AA- oleh kedua-dua Standard & Poor's dan Fitch Ratings. Di Asia, UOB beroperasi melalui ibu pejabatnya di Singapura dan anak syarikat perbankan di China, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam, serta cawangan dan pejabat perwakilan di seluruh rantau ini.
Lebih dari lapan dekad, generasi pekerja UOB telah menerapkan semangat keusahawanan, tumpuan terhadap penciptaan nilai jangka panjang dan komitmen yang teguh untuk melakukan tindakan yang betul demi pelanggan dan rakan sekerja kami.
Kami berpegang teguh terhadap pendirian menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan kami komited untuk membuat perubahan dalam kehidupan pemegang kepentingan kami dan dalam masyarakat tempat kami beroperasi. Sama seperti kami berdedikasi untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan bijak dan mengembangkan perniagaan mereka, UOB juga sama tegasnya dalam menyokong pembangunan sosial kami, terutama dalam bidang seni, anak-anak dan pendidikan.