omniture

Ahli sains global menyeru untuk mempromosikan literasi saintifik masyarakat awam

China.org.cn
2020-12-15 18:08 259

BEIJING, 15 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Laporan berita oleh China.org.cn

Forum TV yang bertemakan "Sains dalam Dunia yang Tidak Pasti" diadakan di Beijing pada 8 Disember, yang ditaja bersama oleh Persatuan Sains dan Teknologi China (CAST) dan Kumpulan Pemikir CGTN. Sepuluh orang pemenang Nobel, 30 ahli akademik terkemuka Cina dan 300 ahli sains muda menghadiri perbincangan dalam talian dan luar talian tentang peranan sains dan kepentingan literasi saintifik di tengah cabaran.

the TV forum “Science in an Uncertain World”
the TV forum “Science in an Uncertain World”

Dunia telah menghadapi pelbagai cabaran pada tahun 2020, yang menandakan pentingnya sains dan teknologi serta pentingnya kerjasama. Oleh itu forum ini sangat relevan.

Di forum tersebut, Huai Jinpeng, Naib Presiden Eksekutif CAST dan ahli akademik Akademi Sains Cina, menggambarkan literasi saintifik masyarakat awam sebagai tonggak pembangunan sosial dan urus tadbir yang mantap. Pendidikan sains dan komunikasi adalah cara asas bagi masyarakat awam untuk memahami sains, katanya. Huai menyeru untuk menjadikan inovasi dan penggunaan semua bentuk media bagi meningkatkan literasi saintifik.

Dia juga mengatakan CAST berdedikasi untuk mempromosikan pemahaman dan kepercayaan antarabangsa dan antara budaya, dan bersedia bekerjasama dengan rakan sejawat globalnya dalam inovasi dan usaha untuk meningkatkan literasi saintifik supaya dapat menyumbang kepada pemulihan ekonomi dunia yang lestari, dan meningkatkan urus tadbir global.

Presiden dan Ketua Pengarang Kumpulan Media China Shen Haixiong mengatakan bahawa pandemik COVID-19 sekali lagi membuktikan bahawa seluruh kemanusiaan adalah sebuah komuniti yang mempunyai masa hadapan bersama. Untuk meningkatkan literasi saintifik masyarakat awam, tambahnya, ianya penting untuk mempromosikan suasana yang menghormati, mempercayai dan bergantung pada sains, dan mempererat kerjasama antara komuniti saintifik dan media.

Menangani cabaran global bukan hanya tanggungjawab ahli politik dan golongan elit, tetapi misi untuk media, ahli sains dan masyarakat awam, kata Shen.

Zhong Nanshan, pakar pernafasan terkemuka di China, meninjau pengalaman China dalam memerangi COVID-19. Dia mengatakan bahawa berpegang teguh kepada inovasi saintifik menjamin penyelesaian masalah sains asas tentang koronavirus.

Pemenang Nobel, ahli akademik Cina termasuk Zhang Boli, dan ahli sains muda yang mengambil bahagian membincangkan isu-isu termasuk prospek bakat saintifik muda, dan kepentingan dan keperluan untuk meningkatkan literasi saintifik masyarakat awam. Selain itu, topik seperti penggunaan perubatan tradisional Cina dalam krisis kesihatan masyarakat awam, dan pandangan tentang tenaga bersih juga dibincang.

Mereka bersetuju bahawa mempromosikan literasi saintifik di seluruh dunia sangat penting untuk mengatasi cabaran termasuk COVID-19 dan perubahan iklim, dan bahawa ahli sains harus memainkan peranan yang lebih aktif dalam merapatkan jurang antara sains dan masyarakat awam. Tambahan pula, mereka menyatakan, media harus diberi peranan sepenuhnya sebagai saluran penting menyebarkan pengetahuan dan maklumat saintifik. Mereka menggesa masyarakat saintifik untuk terus berfikiran terbuka dan meningkatkan kerjasama antarabangsa.

Acara dengan Persidangan Dunia 2020 untuk Literasi Sains telah menjadi satu platform sains dan teknologi untuk organisasi antarabangsa. Forum ini menggabungkan kelebihan CAST dan CGTN. Diharapkan, usaha tersebut akan diperluas dengan kerjasama lebih lanjut dengan CGTN, yang merupakan profesional dalam komunikasi antarabangsa, menyumbang kepada landskap global sains dan teknologi.

Source: China.org.cn
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications