omniture

Bidnow.my Platform Perniagaan Lelongan Hartanah Terbesar dan Paling Berkembang Pesat di Malaysia

Meramalkan potensi besar untuk mengukuhkan pembangunan sektor hartanah lelong.
Bidnow Sdn Bhd
2020-12-17 08:00 1605

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Bidnow.my, sebuah platform perkhidmatan lelongan hartanah Malaysia, baru-baru ini telah melaksanakan urusan pendanaan mereka dari MyStartr, sebuah lesen Crowdfunding Recognized Market Operators oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, melepasi jumlah pendanaan sasaran sebanyak 385% pada RM 1.93 juta, seterusnya menjadi pemegang rekod MyStartr yang terpantas dengan mencapai 100% dalam masa sejam pertama dan jumlah pelabur tertinggi sebanyak 414 orang.

Cari Hartanah Lelong di Malaysia melalui Bidnow.my
Cari Hartanah Lelong di Malaysia melalui Bidnow.my

Bidnow.my akan menggunakan majoriti dananya untuk kos menaik taraf perisian dan operasi. Sebahagian daripada proses naik taraf termasuk platform yang lebih komprehensif untuk menyediakan maklumat yang lebih mendalam mengenai harga rizab, rekod transaksi lepas, penilaian bank, tempat lelongan, imej hartanah dan kemaskini terkini hartanah lelong untuk kepentingan semua pihak yang terlibat termasuk pembeli hartanah, ejen hartanah, perkhidmatan perbankan dan badan kerajaan yang terlibat.

Pendanaan yang berjaya diperolehi dapat memajukan Bidnow.my untuk membina satu Pusat Sehenti Hartanah yang berfungsi untuk meningkatkan pendedahan terhadap sektor lelongan hartanah yang disenaraikan di bawah harga pasaran ( below market value ) dan juga bercita-cita untuk memperluaskan pasaran di rantau Asia Tenggara.

"Selepas Bidnow.my telah mencapai status platform perdagangan lelongan hartanah yang terbesar di Malaysia, kami menetapkan sasaran untuk menarik lebih orang untuk menggunakan Perkhidmatan E-Auction yang akan dilaksanakan sepenuhnya pada 2021 untuk menggantikan model lelongan tradisional dan untuk mempercepat proses transaksi selain daripada mengelakkan isu-isu yang akan terjadi dari cara kaedah lama," kata Frankie Goh, Pengasas dan CEO Bidnow.my.

Pasaran lelongan hartanah telah menunjukkan peningkatan di mana lebih ramai pelabur dan pembeli hartanah menjadi lebih peka dengan potensi hartanah lelongan bank. Bidnow.my kini mempunyai lebih 1,800 senarai aktif di platformnya dengan 70% percapaian purata kadar jualan dengan bakinya adalah daripada had maksimum lelongan. Walaupun pandemik Covid-19 telah menjejaskan perkembangan pasaran hartanah di merata dunia, Bidnow.my masih dapat meningkatkan senarai aktifnya dengan kira-kira 2,000 hartanah sebulan.

Hartanah yang dilelong di Bidnow.my secara langsung adalah daripada institusi bank dan pelbagai ejen hartanah.

Bidnow.my ialah sebuah platform lelongan hartanah yang bekerjasama dengan bank dan ejen hartanah untuk menyediakan senarai hartanah yang sedang dilelong oleh bank. Platform tersebut bertindak sebagai Pusat Sehenti untuk urus niaga lelongan hartanah. Justeru, akan mengubah kaedah lelong tradisional dengan pendigitalan operasi perniagaan. Salah satu ciri utama Bidnow.my ialah enjin cariannya (search engine), yang membantu pengguna untuk mencari pilihan hartanah secara pantas dengan melakukan carian berganda dengan menyiapkan penyisipan kata kunci (keywords).

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.bidnow.my/.

Mengenai Bidnow.my

Diasaskan pada 2019 oleh sekumpulan profesional hartanah veteran, BidNow.my merupakan satu Pusat Sehenti Hartanah untuk orang awam akses kesemua senarai hartanah lelong di Malaysia. Pengalaman pengasas sebagai seorang perunding pemasaran dalam talian menjadikan BidNow.my senang dikenali dalam kalangan pencari hartanah dalam talian. Diusulkan untuk memenuhi keperluan pembeli rumah dan pelabur hartanah, BidNow.my mengandungi teks yang kaya dengan kandungan multimedia dan aplikasi yang meliputi perkhidmatan rundingan, berita, nasihat, panduan, dan peralatan hartanah yang berguna. Dengan mempunyai latar belakang IT yang kukuh, peralatan pentadbiran untuk rakan kongsi dan para pengiklan yang mempunyai nilai tambah dan tersuai juga ditawarkan.

Source: Bidnow Sdn Bhd
Keywords: Banking/Financial Service Overseas Real Estate (non-US) Real Estate Venture Capital