omniture

H3C Memulakan Jelajah Digital 2020 di Malaysia

H3C
2020-12-17 10:29 56

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Disember 2020 /PRNewswire/ --H3C, peneraju penyelesaian digital dengan rasminya memulakan acara maya globalnya, Jelajah Digital H3C 2020, di Malaysia. Acara maya itu mempromosikan hubungan kerjasama antara H3C, rakan kongsi dan pelanggannya di Malaysia untuk menggalakkan pelaksanaan strategi pendigitalan pintar dalam industri utama tempatan. Dilancarkan di beberapa negara termasuk Turki dan Filipina, matlamat Jelajah Digital H3C 2020 adalah untuk berkongsi visi H3C dalam membantu pelanggan globalnya mencapai tahap transformasi digital yang lebih tinggi.

Jelajah Digital H3C 2020-Malaysia dilancarkan pada 15 Disember untuk mempromosikan penglibatan dan memperkasa pertumbuhan bersama dengan pelanggan dan rakan ekosistem di Malaysia.
Jelajah Digital H3C 2020-Malaysia dilancarkan pada 15 Disember untuk mempromosikan penglibatan dan memperkasa pertumbuhan bersama dengan pelanggan dan rakan ekosistem di Malaysia.

Kerajaan Malaysia telah meningkatkan pelaburan dalam bidang ICT dengan konsisten, termasuk data besar dan keselamatan maklumat dalam beberapa tahun terakhir ini, bertujuan untuk menyokong transformasi digital industri tempatan. Industri tempatan termasuk perkhidmatan penjagaan kesihatan, kerajaan, dan lain-lain yang telah beralih ke arah penyelesaian digital ketika pandemik COVID-19, seterusnya mewujudkan permintaan yang besar untuk sokongan pembinaan rangkaian digital.

Sebagai ketua di dalam solusi digital, H3C bersedia untuk membantu rakan kongsinya untuk mencapai permintaan ICT semasa di Malaysia. Syarikat ini menawarkan portfolio lengkap produk Infrastruktur Digital, merangkumi pengiraan, penyimpanan, rangkaian, keselamatan dan domain yang berkaitan, dan menyediakan platform digital sehenti yang komprehensif yang merangkumi pengkomputeran awan, data besar, kesalinghubungan, keselamatan maklumat, keselamatan baharu, Internet Benda (IoT), pengkomputeran canggih, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian 5G, serta perkhidmatan teknikal hujung-ke-hujung.

Bercakap semasa Jelajah Digital H3C 2020 di Malaysia, Gary Huang, Presiden Perniagaan Antarabangsa dan Naib Presiden Kanan H3C, berkata, "Kami sangat gembira untuk mengumumkan peluasan perkhidmatan kami kepada lebih daripada 60 rakan kongsi Malaysia dalam sektor penjagaan kesihatan, pendidikan, kerajaan, pembuatan dan banyak lagi. H3C berharap dapat meninggalkan impak yang lebih besar lagi di Malaysia melalui peningkatan produk dan perkhidmatan yang unggul antara sektor-sektor utama, yang pastinya sangat penting untuk pembangunan ekonominya dan masyarakat secara keseluruhan."

Dia menambah, "Hubungan perniagaan antarabangsa penting bagi kami dan kami berharap siri acara dalam talian ini memberi kami peluang untuk memperkenalkan teknologi baharu H3C serta pandangan kami mengenai kelebihan perniagaan, aplikasi industri dan strategi tempatan untuk pasaran Malaysia tahun depan."

H3C secara rasminya telah melancarkan siri produk baharu. AD-NET 5.0 baharu (Network-Driven Networking) tersedia di pasaran tempatan dan dapat bekerjasama dengan pelanggan Malaysia untuk membina rangkaian perusahaan maju dengan kos operasi yang lebih rendah, kecekapan yang lebih tinggi dan pengalaman pengguna yang lebih banyak. Penyelesaian AD-NET telah memberi kuasa kepada sekelompok besar pelanggan daripada pelbagai industri di dunia, termasuk pendidikan, penjagaan kesihatan, kewangan, kerajaan, dan telekomunikasi dalam mencapai puncak transformasi digital.

Selain itu, H3C telah memperkenalkan 400G Data Center Switch, produk ketujuh produk HCI (Hyper Converged Infrastructure) UIS (Unified Infrastructure System) 7.0 dan yang terkini produk Wi-Fi 6. Dengan kerjasama Spirent, pembekal global bagi ujian dan penyelesaian automatik untuk rangkaian, H3C telah berjaya menyelesaikan ujian berskala besar 400G yang pertama seumpamanya dalam industri.

H3C juga telah melancarkan HCI UIS 7.0, memanjangkan perkhidmatan pusat data dari terasnya hingga ke pinggir. Untuk pasaran WLAN, produk Wi-Fi 6 H3C mempamerkan prestasi terkemuka di industri dengan akses kepadatan yang tinggi, kestabilan dan kelajuan tanpa wayar, yang telah disahkan oleh Tolly Group, penguji terkemuka di dunia.

Rockies Ma, Pengurus Negara bagi H3C Malaysia berkata, "Malaysia bersedia untuk menjadi sebuah model contoh di Asia Tenggara untuk pembangunan ekonomi digital serantau. H3C akan terus membantu pelanggan dan rakan kongsi kami untuk memacu pendigitalan secara aktif, meningkatkan kecekapan perniagaannya selain berusaha mengurangkan kos pembinaan digital, operasi dan penyelenggaraan."

Selepas acara maya ini, Jelajah Digital H3C 2020 akan diadakan di pasaran utama lain termasuk Thailand dan Pakistan. H3C komited menyokong lebih ramai pelanggan untuk memajukan transformasi digital dan merangsang ketangkasan perniagaan di tengah-tengah keadaan pasaran yang sentiasa berubah.

Mengenai H3C

H3C merupakan peneraju industri dalam membekalkan Penyelesaian Digital dan komited untuk menjadi rakan kongsi kepada pelanggan kami yang paling dipercayai dalam usaha mereka untuk inovasi perniagaan dan transformasi digital. Syarikat ini menawarkan portfolio lengkap produk Infrastruktur Digital, merangkumi pengiraan, penyimpanan, rangkaian, keselamatan dan domain yang berkaitan, dan menyediakan platform digital sehenti yang komprehensif yang merangkumi pengkomputeran awan, data besar, kesalinghubungan, keselamatan maklumat, keselamatan baharu, Internet Benda (IoT), pengkomputeran canggih, kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian 5G, serta perkhidmatan teknikal hujung-ke-hujung.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.h3c.com/en/

Ikuti berita terkini H3C di FacebookTwitter dan LinkedIn

Source: H3C
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet