omniture

Pakar di Pusat Rawatan Laser Kulit dan Estetik Dermlaze Mengesyorkan Profhilo Musim Ini

Penciptaan Profhilo iaitu prosedur suntikan 'mengangkat wajah' (face-lifting), mengubah kulit kusam dan kendur dari dalam, menjadikannya sihat dan bersinar.
Dermlaze Skin Laser Aesthetics Centre
2020-12-17 11:18 83

PETALING JAYA, Malaysia, 17 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Pusat Rawatan Laser Kulit dan Estetik Dermlaze menyedari keperluan orang ramai yang ingin kekal awet muda. Pakar dan profesional yang diperakui di Dermlaze memperkenalkan Profhilo untuk memenuhi keperluan ini. Peremajaan kulit telah sekian lama menjadi perhatian utama dan ramai orang yang mencari pelan rawatan yang berkesan dan tidak invasif. Profhilo adalah berbeza daripada produk yang lain di pasaran dengan rawatan suntikan facelift pemulihan semula bio revolusioner serta menjadikan kulit sihat, berseri dan awet muda.

Dr. Jeswender sedang berunding dengan Pesakit
Dr. Jeswender sedang berunding dengan Pesakit

 

Dengan mempunyai salah satu daripada kepekatan asid Hyaluronik (HA) tertinggi, Profhilo meningkatkan pengeluaran HA, kolagen dan elastin sebanyak 12 kali sehingga kulit dapat dipulihkan, menjadikannya lebih gebu, lebih halus dan lebih tegang. HA merupakan bahan semula jadi dalam badan yang membantu mengekalkan kelembapan dan pengeluaran kolagen oleh kulit. Kadar pengeluarannya berkurangan seiring penuaan kulit dan menyebabkan kulit kusam, kering dan berkedut.

"Profhilo adalah rawatan melalui kaedah suntikan pemulihan kulit bio revolusioner pertama yang menangani masalah kulit kendur dan tanda-tanda penuaan melalui rangsangan bio kolagen, elastin dan adipos," kata Dr. Jeswender Singh, doktor terkemuka di Dermlaze.

"Rawatannya tidak invasif dan bukan pembedahan, jadi tiada tempoh tergendala dan rawatannya tidak menyakitkan," tambahnya.

Profhilo telah membuktikan keberkesanannya dalam menangani pelbagai masalah kulit seperti kulit kendur dan berkedut serta kajian oleh Pusat Maklumat AS untuk Maklumat Bioteknologi AS menunjukkan hasil yang positif.

Pengguna boleh mendapatkan kulit yang lebih tegang, anjal dan secara keseluruhannya, ia memperbaiki kualiti kulit dalam masa tiga hingga empat minggu selepas prosedur ini dilakukan yang memberi kesan dari enam hingga sembilan bulan.

Tidak seperti rawatan 'facelift' tradisional, Profhilo yang disuntik akan hilang dan diserap oleh kulit dalam radius 2cm dari titik suntikan. Ia tidak menunjukkan kesan secara langsung di tempat yang disuntik, tetapi ia bertindak sebagai agen penghidratan yang tersebar, menyumbang kepada penghidratan kulit hingga 20 peratus. Ini mengelakkan masalah seperti "pengisian melampau" dan "wajah beku". Lesapan juga bermaksud bahawa hanya lima suntikan yang diperlukan di setiap sisi wajah atau 10 suntikan untuk memperbaiki kulit di sekitar kawasan leher. Ini jauh lebih rendah daripada rawatan tradisional yang boleh mencapai 30 suntikan.

Profhilo juga bebas daripada BDDE. BDDE atau dikenali sebagai 1,4-butanediol diglycidyl digunakan dalam kebanyakan pengisi dermis untuk meningkatkan masa keberkesanannya di dalam badan. Walau bagaimanapun, ia boleh menyebabkan keradangan dan pembentukan benjolan. Lebih-lebih lagi, ia lapan kali lebih tahan lama daripada produk asid hyaluronik bukan BDDE yang biasa.

Harga rawatan peremajaan kulit Profhilo lebih menjimatkan bermula dari RM6,000, berbanding rawatan facelift melalui pembedahan yang boleh mencecah sehingga RM12,000 dan lebih.

"Apa yang menarik mengenai rawatan ini adalah saya kelihatan muda secara semula jadi. Kulit saya juga kelihatan lebih gebu dan terhidrat," kata Jenny, yang baru-baru ini menjalani rawatan Profhilo.

Layari https://www.dermlaze.com.my/ untuk maklumat lanjut.

Tentang Pusat Rawatan Laser Kulit dan Estetik Dermlaze

Pusat Rawatan Laser Kulit dan Estetik Dermlaze terletak di Selangor, Malaysia. Pusat tersebut menawarkan semua jenis perkhidmatan dan rawatan untuk merawat kulit dan meningkatkan kecantikan. Pakar-pakar ini mengkhusus dalam pelbagai prosedur estetik yang tak invasif atau sedikit invasif dan dilengkapi dengan teknologi laser yang terkini dan paling canggih. Dermlaze berbangga menyediakan perkhidmatan yang profesional dan pengalaman yang hebat untuk mencapai hasil yang ketara dan konsisten.

Source: Dermlaze Skin Laser Aesthetics Centre
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics