omniture

Platform baru dilancarkan untuk memberi penekanan kepada hubungan antara Singapura dan Guangdong, Hong Kong dan Macao, China

Nanfang Media Group
2020-12-18 15:01 3757

GUANGZHOU, China, 18 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Nanfang Media Group dan Kumpulan Media Cina (CMG) Singapore Press Holdings bersama-sama melancarkan laman web bernama 'Explore GBA' di zaobao.com, sebuah laman web berita yang berpengaruh di Asia Tenggara, pada 16 Disember.

 

Sebagai salah satu kumpulan media terbesar yang berpusat di Guangdong dan kumpulan media Cina terbesar di Singapura, kedua-dua organisasi ini akan menggunakan sumber mereka untuk memberi pemahaman tentang pelan ekonomi China yang sangat dinantikan, Guangdong-Hong Kong-Macao Greater Bay Area (GBA), dan memberikan maklumat tentang dasar yang menguntungkan, pembangunan industri dan ekonomi, budaya dan kehidupan masyarakat Kawasan ini.

Laman web ini juga dijangkakan akan berfungsi sebagai platform untuk menyatukan perusahaan dan individu yang menyumbang kepada hubungan antara Singapura dan GBA. Ia akan memfokuskan kepada kisah-kisah individu yang menunjukkan kemungkinan yang pelbagai dan terkini untuk kerjasama antara GBA dan negara-negara Asia Tenggara.

"Explore GBA" merupakan satu langkah ke hadapan untuk kerjasama antara Nanfang Media Group dan CMG. Sejak tahun 2018, kedua-dua kumpulan media ini telah berusaha untuk memudahkan komunikasi dan pertukaran maklumat antara Singapura dan Guangdong, salah satu wilayah yang paling pesat membangun di China.

Sebagai tambahan, satu seminar dalam talian telah diadakan sebagaimana yang diberitahu dalam laman web 'Explore GBA', di mana perusahaan dan para profesional dijemput berkongsi pengalaman mereka melakukan perniagaan dalam GBA dan peluang baharu yang mereka perolehi sejak tercetusnya wabak Covid-19.

Satu lagi seminar dalam talian berkenaan topik ekonomi digital telah dijadualkan berlangsung pada awal tahun 2021. Maklumat lanjut tentang acara tersebut boleh didapati di laman web 'Explore GBA':

https://www.zaobao.com/special/report/supplement/greater-bay-area 

Source: Nanfang Media Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Contracts New products/services