omniture

Mulakan Tahun Baharu Anda dan Terokai Pengalaman Baharu pada tahun 2021 ini dengan Tiga Aplikasi ini daripada AppGallery Hari Ini

AppGallery
2020-12-18 18:22 190

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Tahun Baharu yang paling menggembirakan sentiasa dimulakan dengan perkongsian juadah makanan, ucapan selamat dan perbualan mesra. Walau bagaimanapun, dengan keadaan yang berlaku tahun ini, sambutan Tahun Baharu akan kelihatan berbeza. Namun demikian, keadaan ini tidak seharusnya menghalang kita daripada merayakan hari yang istimewa ini! Tahun Baharu adalah mengenai mencari cara baharu untuk memperbaiki diri kita, menerokai dan mencipta pengalaman baharu serta melakar kemajuan tatkala kita melangkah maju menuju tahun 2021.

Apa kata anda terokai cara baharu untuk bermain permainan, berhubung dengan rakan taulan mahupun membeli belah bagi mengekalkan tradisi? Apa yang dicari-cari oleh anda hanya dengan satu ketikan, terutamanya dengan tawaran dan pilihan yang begitu luas daripada Huawei AppGallery.

Berikut merupakan tiga aplikasi untuk disemak pada Tahun Baharu ini!

Garena Free Fire: Winterlands 

Meskipun sambutan Tahun Baharu mungkin lebih membosankan daripada biasa dengan kuarantin dan langkah-langkah sekatan pergerakan yang dikenakan, anda masih boleh menikmati keseronokan tahunan anda dengan Garena Free Fire: Winterlands! Dengan corak permainan yang mengujakan, kawalan lancar dan grafik berkualiti tinggi, anda masih boleh berhibur selama berjam-jam tanpa meninggalkan keselesaan bilik anda!  Sekiranya anda seorang yang gemar bersosial yang memerlukan rakan-rakan di sekeliling anda, Free Fire menawarkan sokongan sembang suara bagi membolehkan anda bermain bersama rakan-rakan anda! Daripada mengira detik ke saat-saat menuju Tahun Baharu, apa kata anda mengira detik Tahun Baharu bersama pihak lawan yang tinggal pada tahun ini!

SYOK 

Tahun ini mungkin tidak dapat memberi begitu banyak perkara untuk diraikan, atas sebab inilah lebih penting agar kita tidak menyambut Tahun Baharu dengan fesyen yang membosankan dan menyedihkan. Hidupkan sambutan kira detik anda bersama stesen tempatan kegemaran anda menerusi aplikasi penstriman radio khusus SYOK. Tanpa mengira bahasa, pastinya ada sesuatu buat setiap orang di SYOK untuk dinyanyikan bersama semasa melakukan kerja harian anda, mandi malah semasa bersantai ketika makan malam bersama keluarga anda dan rakan-rakan secara maya.

Mudah.my  

Menggoda rasanya untuk membeli belah bagi mendapatkan pakaian baharu agar kelihatan menarik dan berasa gembira semasa menyambut tahun baharu, namun begitu, tiada apa yang terasa lebih baik apabila mengetahui bahawa anda telah memainkan peranan anda untuk alam sekitar! Mulakan tahun baharu dengan pesanan yang baik dan mesra alam dengan membeli belah produk fesyen terpakai. Dengan lebih 1.6 juta senaraian produk, inilah tempat terbaik untuk anda membeli belah demi gaya 2021 anda. Tambahan pula, dengan tawaran hebat setiap hari, anda boleh kelihatan yang terbaik tanpa perlu membelanjakan wang yang banyak hari ini. Inilah keadaan yang saling menguntungkan.

AppGallery – Pasaran aplikasi tiga terbaik di seluruh dunia

AppGallery, yang merupakan gedung Aplikasi Android rasmi HUAWEI, berusaha untuk menjadi platform pengedaran aplikasi yang terbuka dan inovatif yang boleh diakses oleh pengguna. Ia melakukannya dengan mencari kerjasama secara aktif dengan pembangun-pembangun aplikasi tempatan dan global terkemuka dan mengundang mereka untuk menyertai AppGallery. Dengan beribu-ribu aplikasi baharu diperkenalkan setiap hari dalam 18 kategori, termasuk Hiburan, Beli Belah, Permainan dan banyak lagi. AppGallery menawarkan pilihan aplikasi yang luas dan pelbagai untuk sebarang keadaan.

Source: AppGallery
Keywords: Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications