omniture

Grant Thornton Cyprus Menyertai Authority Masternode pada Rantaian Blok Terbuka VeChainThor

VeChain
2020-12-18 18:35 1

NICOSIA, Cyprus, 18 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Dengan matlamat untuk menyediakan ekosistem rantaian blok yang selamat dan berkembang, VeChain Foundation komited membawa masuk para pemegang taruh berimpak tinggi dan rakan seangkatannya di seluruh dunia ke dalam ekosistem yang memegang matlamat yang sama untuk menyelesaikan masalah perniagaan menggunakan teknologi rantaian blok.


Grant Thornton Cyprus , salah sebuah firma penasihat perniagaan terbesar di Cyprus yang berada dalam rangkaian perniagaan Grant Thornton yang meluas di seluruh dunia dengan penampilan di 140 buah negara, secara rasminya mengumumkan bahawa ia merupakan salah satu daripada 101 Authority Masternodes dalam rantaian blok VeChainThor.

Pada awal tahun ini, Grant Thornton Cyprus dan VeChain mengumumkan perkongsian rasmi bertujuan menyedia dan mengembangkan perkhidmatan yang berkait dengan pelaksanaan penyelesaian rantaian blok untuk perniagaan tempatan dan luar negara.

Keputusan Grant Thornton Cyprus untuk tampil dan mengumumkan dirinya sebagai salah satu daripada Authority Masternodes VeChainThor, membantu dalam pembentukan asas seni bina rantaian blok VeChainThor. Penyertaannya ke dalam program tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap kesahihan projek, kekuatan rangkaian serta masa depannya, yang kini secara aktif memacu pertumbuhan keseluruhan ekosistem VeChain yang dinamik secara berterusan.

Authority Masternodes merupakan tulang belakang yang penting untuk rantaian blok VeChainThor, yang akhirnya berfungsi untuk mempakej, memproses dan menambah blok ke dalam rantaian tersebut. Justeru itu, suatu pemilihan yang teliti dan patuh undang-undang amat penting untuk memastikan standard yang tinggi terus dikekalkan. Dalam model konsensus VeChainThor, pemegang 101 Authority Masternode yang diwakili oleh pengguna perniagaan, pasukan pembangunan rantaian blok, rakan pembangunan perniagaan, penyumbang komuniti dan rakan penyelidikan akademik, bertanggungjawab untuk mengekalkan kesahihan urus niaga di seluruh ekosistem rantaian blok.

Sunny Lu, Setiausaha Kehormat VeChain Foundation berkata, "Untuk menyediakan platform dan ekosistem rantaian blok yang benar-benar matang dan boleh dipercayai, VeChain Foundation sentiasa mengiktiraf kepentingan rakan dalam ekosistem. Sebagai penggerak ekosistem rantaian blok, Yayasan ini akan mendayakan GT-Cyprus untuk memperoleh lebih banyak peluang perniagaan dan mencipta urus niaga yang bernilai pada rantaian blok VeChainThor."

Tanpa perlu membangunkan penyelesaian rantaian blok dari awal, sebagai Authority Masternode, Grant Thornton Cyprus boleh memanfaatkan protokol rantaian blok VeChain dengan ciri-ciri teknikal yang boleh diadaptasi ke dalam perniagaan termasuk penugasan yuran, urus niaga pelbagai tugas serta aplikasi yang sedia ada pada VeChainThor. Dengan kelebihan tambahan yang ada pada Authority Masternode, Grant Thornton Cyprus akan dapat mengurangkan kos dan menghapuskan jurang penggunaan teknologi rantaian blok, seterusnya menyampaikan perkhidmatan kepada para pelanggan mereka.

"Menjadi Authority Masternode VeChainThor akan melengkapkan kami dengan keupayaan untuk menangani keperluan pelanggan dengan lebih baik dengan cara melancarkan produk proprietari melalui teknologi rantaian blok yang mula berkembang,"Encik Alexis Nicolaou, Pengarah Distributed Ledger Technologies Thornton Cyprus menekankan. "Kami menyedari potensi impak teknologi rantaian blok dan membuka laluan untuk memperbaharui semula industri tradisional seperti kewangan, pengurusan rantaian bekalan, tenaga boleh diperbaharui, e-dagang serta kesihatan & keselamatan. Bersama-sama VeChain, kami akan meneroka pertumbuhan perniagaan dalam beberapa sektor industri."

Dengan Grant Thornton Cyprus, DNV GL dan entiti terkenal lain yang melindungi dan mengesahkan urus niaga dalam rantaian blok VeChainThor, perusahaan, agensi kerajaan dan dApps komuniti yang dibina pada rantaian VeChainThor akan terjamin dengan selamat daripada segi kebolehubahan data.

Tentang Grant Thornton Cyprus

Grant Thornton Cyprus merupakan salah satu daripada firma perakaunan tertua di pulau ini. Diasaskan pada tahun 1942, firma ini menganggotai Grant Thornton International pada tahun 1982. Sebagai firma yang menganggotai Grant Thornton International, kami dapat menggabungkan pengetahuan dan pengalaman pasaran tempatan kami dengan teknologi, metodologi dan sumber kepakaran organisasi perkhidmatan profesional yang menerajui profesion perakaunan global. Pada bulan September 2018, Grant Thornton (Cyprus) Limited meningkatkan pertumbuhan perkhidmatan teknologi dengan pelancaran barisan perkhidmatan baharu. Jabatan teknologi lejar teragih (atau rantaian blok) memberikan khidmat nasihat berkaitan dengan pelaksanaan teknologi DLT kepada perniagaan tempatan dan luar negara. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web rasmi di: https://www.grantthornton.com.cy/services/distributed-ledger-technologies/

Tentang VeChain Foundation

Dilancarkan pada tahun 2015, VeChain Foundation telah gigih berusaha untuk menghubungkan teknologi rantaian blok dengan dunia nyata. Evolusi VeChainThor terus meningkat, dengan fasa-fasa peralihan daripada platform rangkaian konsortium kepada rantaian blok terbuka yang terbaik seumpamanya menggunakan konsensus Proof of Authority, dengan ciri teknikal yang canggih, struktur tadbir urus dan model ekonomi. 

Sebagai penggerak ekosistem, misi Yayasan ini adalah untuk memperkasakan para pembangun dan penginovasi melalui pembangunan kaedah yang dapat menghilangkan rintangan penerimaan secara sistematik. Melalui pembangunan rangkaian kaedah inovatif seperti urus niaga pelbagai tugas, penugasan yuran dan lain-lain, VeChain telah berjaya mengurangkan rintangan kemasukan dengan ketara bagi perniagaan dan pembangun.

VeChainThor telah digunakan dalam pelbagai kes termasuk Walmart China, Bayer China, BMW Group, BYD Auto, PICC, H&M Group, Shanghai Gas, LVMH, D.I.G, ASI Group dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang VeChain Authority Masternode, sila layari: www.vechain.org

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1387925/vechain_and_grant_thornton.jpg?p=medium600 
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/738221/VeChain_Logo.jpg?p=medium600

Source: VeChain
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Not for profit Blockchain