omniture

ZTE menerbitkan laporan mengenai penggunaan komersial 5G SA

ZTE Corporation
2020-12-22 15:22 3233

SHENZHEN, China, 22 Disember 2020 /PRNewswire/ -- ZTE Corporation (0763.HK / 000063.SZ), penyedia utama teknologi telekomunikasi, penyelesaian teknologi perusahaan dan pengguna untuk Internet Mudah Alih, mengeluarkan laporan mengenai penggunaan komersial 5G SA, yang diterbitkan oleh Mobile World Live. Laporan tersebut menunjukkan bahawa SA adalah sasaran seni bina 5G, selain menyediakan asas yang kukuh untuk merealisasikan nilai aplikasi 5G sepenuhnya.

Laporan tersebut menghuraikan tentang cabaran dan penyelesaian 5G SA, merangkumi liputan yang lancar, sejajar dengan multi-RAT, network slicing dari hujung-ke-hujung, dan aplikasi rangkaian dan perkhidmatan berorientasikan perniagaan 5G.

Dalam mendapatkan liputan yang lancar, tiga faktor seperti produk 5G NR bersiri untuk liputan senario penuh yang fleksibel, teknologi peningkatan uplink, rangkaian koordinat berfrekuensi tinggi dan rendah, adalah kunci bagi mendapatkan liputan lancar yang menjimatkan.

Sementara itu, rangkaian utama seni bina konvergen, BTS dwi-mod NSA/SA dan SuperDSS dapat diwujudkan bersama dan melancarkan evolusi rangkaian multi-RAT.

Network slicing, yang merupakan fungsi penting 5G, telah dilaksanakan dalam rangkaian hujung ke hujung dan sistem pengurusan. Beberapa teknologi dan produk canggih seperti slicing dari hujung ke hujung, 5GC lite, UPF dan MEC bersepadu telah diperkenalkan untuk penggunaan rangkaian persendirian industri dan aplikasi perkhidmatan.

Selain itu, laporan itu juga telah memperkenalkan beberapa kes aplikasi 5G yang berorientasikan perniagaan yang berjaya, contohnya, alat kawalan jauh 5G untuk kren pangkalan di pelabuhan pintar Tianjin, dan kilang pintar ZTE Nanjing, di mana peralatan 5G ZTE dihasilkan dengan cekap dengan rangkaian 5G.

Di samping itu, laporan tersebut menjangkakan bahawa rangkaian 5G berasaskan 3GPP R16 akan digunakan untuk tujuan komersial pada tahun 2022 untuk lebih meneroka nilai-nilai aplikasi 5G.

Berikut adalah pautan untuk mengakses laporan mengenai penggunaan komersial 5G SA:
https://www.mobileworldlive.com/standalone-5g-now-ready-for-prime-time

ZTE ialah penyedia sistem telekomunikasi maju, peranti bergerak dan penyelesaian teknologi perusahaan kepada pengguna, pengendali, syarikat dan pelanggan sektor awam. Syarikat ini komited dalam menyediakan inovasi hujung ke hujung bersepadu kepada pelanggan untuk memberikan kecemerlangan dan nilai dengan bergabungnya sektor telekomunikasi dan teknologi maklumat. Tersenarai di bursa saham Hong Kong dan Shenzhen (kod saham H-Share: 0763.HK / Kod saham A-Share: 000063.SZ), ZTE menjual produk dan perkhidmatannya di lebih daripada 160 buah negara.

Hubungan Media:

Margaret Ma
ZTE Corporation
Tel: +86 755 26775189
Emel: ma.gaili@zte.com.cn 

Source: ZTE Corporation
Related Stocks:
HongKong:0763 OTC:ZTCOY Shenzhen:000063
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Survey, Polls & Research