omniture

Jenama Penjagaan Kulit Bayi Global 'GOONGBE' memulakan Kempen Penjagaan Bayi 2-Langkah, Video 'With Anna'

- Jenama penjagaan kulit bayi global 'GOONGBE' melancarkan 'Kempen Penjagaan Bayi 2-Langkah'
- Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, sebuah video yang mempromosikan petua penjagaan kulit yang sihat disajikan melalui 'With Anna', saluran YouTube milik Anna Park, isteri pemain bola sepak terkenal Korea Joo-ho Park
GOONGBE
2020-12-24 09:00 89

SEOUL, Korea Selatan, 24 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Pada separuh kedua tahun 2020, jenama penjagaan kulit bayi global 'GOONGBE' melancarkan 'Kempen Penjagaan Bayi 2-Langkah' untuk mengumumkan rangkaian baharu mereka 'Penjagaan Bayi 2-Langkah', serta kerjasama mereka dengan Anna Park, isteri pemain bola sepak Ulsan Hyundai FC yang terkenal Joo-ho Park.

Screenshot from Anna’s YouTube channel, 'With Anna'
Screenshot from Anna’s YouTube channel, 'With Anna'

Anna merupakan ibu kepada Naeun, Gunhoo dan Jinwoo, yang ketiga-tiganya dikenali dan disayangi di Korea melalui program TV keibubapaan Korea yang terkenal. Dia juga mengendalikan saluran YouTubenya sendiri, 'With Anna'. Menampilkan kehidupan hariannya yang normal bersama anak-anaknya, saluran ini telah mendapat banyak perhatian, telah menarik lebih 220,000 pelanggan dalam tempoh sebulan sejak muncul dengan penampilan pertamanya. Sebagai persediaan untuk musim sejuk, salah satu videonya yang popular baru-baru ini memperkenalkan kepada penontonnya tentang petua resipi makanan bayi ala Barat dan Korea, yang dapat meningkatkan keimunan anak-anak, serta rutin penjagaan kulit untuk memelihara kulit anak-anak agar sihat daripada cuaca sejuk dan kering.

Netizen yang menonton video itu memberi reaksi dengan penuh semangat, dengan mengatakan, "Ini makanan yang baik untuk diberikan kepada bayi, jadi saya harus mengikuti resipinya!", "Saya menggunakan produk GOONGBE untuk anak-anak saya, tetapi ia sangat mengagumkan apabila melihat Anna menggunakan produk yang sama!" dan "Saya mempercayai semua yang dilakukan oleh Anna."

Penjagaan 2-Langkah GOONGBE Baby yang diperkenalkan dalam video Anna adalah rangkaian penjagaan kulit yang memelihara kekuatan semula jadi kulit bayi melalui dua langkah: pembersihan secara lembut dan pelembapan secara mendalam. Langkah pertama, 'Shampoo & Bath', membersihkan dengan lembut dengan bantuan buih yang berasid lemah, dan langkah kedua, 'Moisture Lotion', menguatkan ketahanan kulit dengan bahan pelembap tiga serangkai. Rangkaian ini telah melalui ujian hipoalergenik untuk jenis kulit sensitif, dan juga ujian untuk memastikan ia tidak mendatangkan kerengsaan pada mata, maka ia boleh digunakan dengan yakin pada semua kanak-kanak, bahkan pada bayi yang baru lahir.

"Memandangkan produk penjagaan kulit pertama yang digunakan oleh bayi mempengaruhi kesihatan kulit mereka, rangkaian Penjagaan Bayi 2-Langkah ini memberi tumpuan untuk memelihara kesihatan semula jadi kulit bayi, sambil memperkuat ketahanan kulit," kata seorang wakil GOONGBE. "Setelah mencuci muka dengan 'Shampoo & Bath', anda dapat mengimbangi pH kulit serta meningkatkan kadar kelembapannya dengan menyapu 'Moisture Lotion'."

GOONGBE adalah jenama penjagaan kulit semula jadi premium yang diilhamkan oleh rahsia penjagaan kulit keluarga diraja Korea. GOONGBE berbangga dengan penyelidikan mendalam dan proses yang teliti dalam pemilihan bahan semula jadi untuk kesihatan kulit dan disukai ramai kerana produknya yang lembut dan selamat, yang boleh digunakan seisi keluarga.

GOONGBE 'Shampoo & Bath' 'Moisture Lotion'
GOONGBE 'Shampoo & Bath' 'Moisture Lotion'

Source: GOONGBE
Keywords: Computer/Electronics Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Social Media Children-related news New products/services