omniture

XCMG Dinobatkan sebagai Salah Satu daripada 500 Jenama Paling Berpengaruh di Dunia, Berkongsi Pengalaman Green Recovery

XCMG
2020-12-24 09:49 126

XUZHOU, China, 24 Disember 2020 /PRNewswire/ -- XCMG (000425.SZ), salah satu pengeluar jentera pembinaan terkemuka di dunia, telah dinobatkan sebagai salah satu daripada "500 Jenama Paling Berpengaruh di Dunia" untuk kali kedua oleh The World Brand Lab dan merupakan satu-satunya pengeluar jentera pembinaan China yang berjaya tersenarai bagi 2020. Syarikat ini juga menduduki tempat 100 teratas dalam senarai 500 Jenama Paling Bernilai China 2020.

XCMG Dinobatkan sebagai Salah Satu daripada 500 Jenama Paling Berpengaruh di Dunia, Berkongsi Pengalaman Green Recovery
XCMG Dinobatkan sebagai Salah Satu daripada 500 Jenama Paling Berpengaruh di Dunia, Berkongsi Pengalaman Green Recovery

"Kami berbangga kerana dikenali sebagai jenama yang berpengaruh pada saat orang menilai sesuatu jenama itu atas faktor kelestarian dan kemampuan membuat perubahan," kata Yang Dongsheng, Pengurus Besar Mesin XCMG. "Pandemik COVID-19 membawa lebih banyak cabaran kepada jenama untuk menggunakan nilai tersebut sebagai strategi asasnya, dan kami berharap dapat merebut peluang ini untuk berkongsi pengalaman kami dalam pemulihan hijau dengan rakan industri dan jenama lain di seluruh dunia."

XCMG menjadikan inovasi dan kelestarian sebagai strategi pembangunan utamanya dan meletakkan konsep pembangunan lestari di setiap rangkaian pembuatan produknya.

Syarikat ini mengambil hala pembangunan yang "Maju dan Mampu Bertahan" untuk membangunkan produk hijau, membantu pelanggan menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan bahan cemar. Pengenalan teknologi LNG miliknya pada 2009 telah membawa kepada rangkuman rangkaian produk tenaga hijau dari jentera pembinaan hingga ke trak berat, seperti pengorek hibrid XE215HB yang dapat menjimatkan tenaga pada kadar lebih dari 25 peratus.

Strategi tersebut telah dibuktikan oleh rakan kongsi dan pelanggan. Pada Sidang Kemuncak 50 Jentera Pembinaan Teratas Global 2020, kren bergerak XCMG menduduki tempat pertama dalam senarai 10 Pengeluar Kren Bergerak Global Teratas 2020. Di samping itu, XCMG melabur lebih banyak dalam pembuatan pintar dan hijau. Syarikat ini telah berhenti menggunakan bahan dan teknik pemprosesan yang boleh mencemarkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan. Ia telah melabur lebih dari CNY250 juta (US$ 38.1 juta) dalam rawatan pencemaran serta pengujian sumber tenaga dan air, termasuk pelaburan 72 juta yuan (US$ 10.9 juta) dalam proses kimpalan mesra alam (green welding).

XCMG juga telah melabur 1.5 bilion yuan (US$ 228.9 juta) untuk mendirikan kilang berskala besar pemesinan dengan kejituan yang tinggi, yang menggunakan sistem pembuatan mesra alam bertaraf dunia dengan pelepasan sifar bahan pencemar pepejal.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.xcmg.com, atau laman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Source: XCMG
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Survey, Polls & Research