omniture

Giift Melancarkan Giift Engage - Platform Penglibatan Digital Inovatif

Gift Management Asia Pte. Ltd.
2020-12-28 10:00 45

SINGAPURA, 28 Disember 2020 /PRNewswire/ -- Giift, satu-satunya Platform Pengurusan Ganjaran yang lengkap, hari ini mengumumkan pelancaran Giift Engage, kaedah pemasaran yang unik untuk memacu penglibatan pelanggan melalui tawaran berasaskan ganjaran. 

 

 

Dengan pelbagai program yang ada dan diguna pakai oleh pelanggan, program kesetiaan perlu berkembang daripada hanya menjadi sistem pemberian mata secara automatik dan pasif kepada kaedah yang digunakan oleh syarikat untuk terlibat secara proaktif dengan pelanggan mereka. Giift Engage menangani keperluan ini melalui penyelesaian inovatif yang memanfaatkan aset dan kepakaran  Giift dan lebih daripada 50,000 program sekutunya yang telah dibina secara kolektif. 

Giift Engage membolehkan syarikat-syarikat untuk mendorong promosi berasaskan mata kepada pelanggan mereka dalam bentuk pengalaman pelanggan digital yang diperibadikan, permainan dan banyak lagi merentasi berbilang saluran komunikasi. 

Syarikat-syarikat akan mengguna Giift Engage untuk pelbagai aktiviti pelanggan yang merangkumi pengambilalihan, pendahulu penjanaan, penggunaan portfolio, penerimaan digital dan banyak lagi. Selain itu, Giift Engage akan digunakan juga secara dalaman, sebagai contoh untuk pemberian insentif kepada kakitangan bagi aktiviti dan hasil, produktiviti, penyelesaian projek, kerjasama dan lain-lain. 

Pascal Xatart, Pengasas Bersama dan Pengarah – Giift, berkata, "Kesetiaan merupakan hasil daripada penglibatan yang berterusan dan relevan antara jenama dan pelanggannya. Kebanyakannya, kegagalan program adalah disebabkan oleh ketidakupayaan mereka terhadap penglibatan yang bermakna dengan pelanggan mereka. Giift Engage berusaha untuk memberi penyelesaian supaya jenama tidak perlu melalui proses pelaksanaan yang sukar tetapi melalui cara yang lebih menjimatkan kos." 

Platform ini mudah untuk diintegrasikan dan fleksibel untuk hos; dan mendapat momentum dengan pelanggan Giift di seluruh dunia. Giift Engage ialah platform yang ideal untuk setiap pengurus program yang mencari penyelesaian untuk mengaktifkan hubungan dengan pelanggan mereka. 

Tentang Giift.com: Giift merupakan teknologi kesetiaan lengkap yang inovatif dan juga program ganjaran mata wang yang boleh ditukar. Giift beroperasi di lebih dari 50 buah negara, dengan pejabat-pejabat di New York, London, Singapura, Wuhan, Nairobi, Dubai, Jakarta, Mumbai, Colombo, Doha dan Dhaka. Model perniagaan Giift adalah berdasarkan urus niaga. 

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1162353/Giift_Logo.jpg?p=medium600

Untuk maklumat lebih lanjut tentang kisah ini, sila hubungi: 

Pascal Xatart, Pengasas Bersama & Pengarah
+ 44 (0) 7470605095
pascal.xatart@giift.com

www.giift.com

Source: Gift Management Asia Pte. Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Retail Telecommunications New products/services