omniture

Simpl memenangi anugerah Syarikat Permulaan Teknologi Kewangan Terbaik Tahun Ini di India Fintech Awards 2020

Simpl
2020-12-29 18:29 126

- Simpl telah diiktiraf untuk inovasi perintisnya yang memperbaharui pengalaman pembayaran, kepada kedua-dua pedagang dan juga pengguna melalui penggunaan reka bentuk berpusatkan manusia dan kecerdasan mesin

BANGALORE, India, 29 Disember, 2020 /PRNewswire/ -- Simpl, sebuah syarikat permulaan yang berpangkalan di Bengaluru telah memenangi anugerah Syarikat Permulaan Teknologi Kewangan (Fintech) Tahun Ini yang berprestij di India Fintech Awards 2020. Syarikat ini memperkasakan setiap saudagar untuk membina hubungan yang dipercayai dengan pelanggan mereka dalam setiap urus niaga digital.

Nitya_Sharma_Simpl_CEO
Nitya_Sharma_Simpl_CEO

India Fintech Award ialah sebahagian daripada India Fintech Forum yang mengiktiraf Usahawan/Perniagaan/Peneraju Fintech setiap tahun yang menunjukkan kejayaan signifikan melalui pelancaran produk dan perkhidmatan yang inovatif, pembaharuan kepada kategori perniagaan, penggunaan teknologi yang canggih, pemikiran kepemimpinan dan kesan ketara yang diberikan mereka terhadap keseluruhan ekosistem fintech.

Dengan lebih daripada 2,500 pedagang dalam talian yang terkemuka seperti Zomato, Bigbasket, Dunzo dan yang lain-lain dalam rangkaian saudagarnya, Simpl sedang membina masa depan pembayaran berasaskan kredit untuk pengguna mudah alih pertama di India- digital sepenuhnya, tanpa geseran, telus, terangkum semua dan diperibadikan.

Mengambil inspirasi daripada tradisi lama iaitu khaata atau tab (buku akaun) yang digunakan oleh pedagang dalam perkhidmatan kepada pelanggan tetap mereka, Simpl memperluas konsep ini kepada perdagangan digital. Simpl membolehkan pedagang untuk memberi pengalaman daftar keluar secara 1 klik yang selamat dan lancar kepada pengguna mereka serta para pengguna boleh mengumpul urus niaga mereka dengan sistem kredit Simpl iaitu Beli Sekarang Bayar Kemudian, mendapat perlindungan pembeli yang kukuh dan caj balik segera. Dengan memperkasakan pengalaman pembelian mudah alih yang canggih ini, Simpl membantu pedagang meningkatkan penukaran troli, saiz bakul dan kekerapan pesanan berserta memacu kesetiaan & pengekalan pelanggan mereka.

Bercakap tentang kemenangan anugerah tersebut, Nityanand Sharma, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif-Simpl, berkata, "Pasukan kami berasa amat gembira mendapat anugerah ini. Kami berasa gembira dan berbangga dengan kemenangan ini, yang merupakan pengiktirafan terhadap kerja keras yang telah kami lakukan untuk membina produk yang mengubah sepenuhnya pengalaman pembayaran kepada pedagang dan juga pengguna. Kini, Simpl ialah platform kredit, bayar kemudian yang terbesar di dunia untuk pembayaran kecil yang kerap dilakukan. Kami berada di titik terpenting dalam merealisasikan matlamat kami untuk menjadikan sistem kredit kami, Beli Sekarang Bayar Kemudian sebagai cara pembayaran yang popular. Anugerah ini merupakan pengiktirafan untuk semua usaha yang telah dibuat oleh pasukan kami dalam mewujudkan cara baharu pembayaran dan pengalaman pengguna yang canggih."

Tentang Simpl:

Simpl ialah syarikat permulaan India yang ditubuhkan pada tahun 2015 dan merupakan platform kredit, Bayar Kemudian yang terbesar di dunia untuk pembayaran kecil yang kerap dilakukan. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila layari Blog kami atau berhubung dengan kami di LinkedIn.

Hubungan Media:
Supriya Namrata
pr@getsimpl.com

Foto: https://mma.prnasia.com/media2/1392282/nitya_sharma_simpl_ceo.jpg?p=medium600
Logo: https://mma.prnasia.com/media2/1392281/Simpl_logo_Logo.jpg?p=medium600


 

 

Source: Simpl
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Multimedia/Online/Internet Awards Financial Technology