omniture

LESS_ meneruskan perkembangan dan membuat persediaan untuk pusingan pembiayaan seterusnya

LESS_
2020-12-30 16:50 2383

WROCŁAW, Poland, 30 Disember 2020 /PRNewswire/ -- 700,000 pengguna di seluruh dunia telah memanfaatkan platform internet LESS_, yang beroperasi dari Poland, untuk menjual pakaian dan aksesori terpakai. Aplikasi tersebut telah dilancarkan pada bulan Jun 2019 dan enam bulan kemudian ia telah memperoleh sebanyak EUR 4 juta dalam pusingan awal. Sekarang, LESS_ sedang membuat persediaan untuk pusingan pembiayaan seterusnya yang akan diperuntukkan untuk berkembang ke pasaran Eropah Timur dan Selatan. Aplikasi ini sesuai dalam trend pengguna global yang paling signifikan untuk mewujudkan peluang kepada para pelabur. 

Kadar perkembangan yang pesat serta manfaat sosial model perniagaan yang diguna pakai oleh LESS_ telah diiktiraf oleh majalah perniagaan MyCompany dan menobatkannya sebagai syarikat permulaan Poland untuk tahun 2020. Mateusz Oleksiuk, Ketua Pegawai Eksekutif, menerangkan: "LESS_ telah ditubuhkan kerana kami melihat keperluan untuk mewujudkan ruang kepada pencinta fesyen yang peka.Bersama-sama, kita menukar pendekatan membeli-belah dengan memberi peluang untuk menikmati kehidupan secara minimalisme. Kami mendidik dan memberi inspirasi untuk membuat perubahan. Kami mempromosikan pandangan kesedaran dalam penggunaan. Menurut pandangan kami, fesyen dan minimalisme adalah sesuai di antara satu sama lain. Ia merupakan salah satu trend global yang paling penting dan kami telah memanfaatkannya untuk membangun kelebihan global kepada para pelabur kami. Pertumbuhan e-dagang semasa pandemik ini juga merupakan trend global dan trend ini menggalakkan peningkatan dalam inisiatif e-dagang."

Platform ini menyediakan akses kepada beribu-ribu almari maya yang dimiliki oleh selebriti, orang berpengaruh, atlet dan penyanyi serta ramai lagi, yang menawarkan akses mudah kepada para peminat untuk mendapatkan barangan idola mereka. Salah satu pemegang akaun LESS_ ialah Robert Lewandowski, yang dinobatkan oleh FIFA sebagai pemain bola sepak terbaik di dunia tahun 2020 dan beliau juga ialah pelabur dalam syarikat yang merupakan pengendali platform tersebut.  Selain daripada pemain Bayern Munich tersebut, struktur pemegang saham juga terdiri daripada para pelabur lain yang sangat berpengalaman. Krzysztof Pawiński ialah Presiden dan pemilik Maspex Group, iaitu syarikat makanan terbesar di Eropah Tengah dan Timur, Dawid Urban, seorang pelabur terkemuka, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Operasi LESS_, Eryk Stankunowicz, seorang editor berpengalaman untuk majalah Forbes edisi Poland serta Cezary Pietrasik, iaitu bekas Pengarah CEE Warburg Pinkus, sebuah ekuiti persendirian di London dan juga pengasas Allegro, platform e-dagang terbesar di rantau Eropah ini.

Maklumat lanjut: Tentang LESS_

 

 

Source: LESS_
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Fashion Household/Consumer/Cosmetics Multimedia/Online/Internet Retail New products/services Venture Capital