omniture

Warga Thai menyampaikan mesej positif kepada dunia di centralwOrld, yang dikenali sebagai 'Times Square of Asia', untuk meraikan Kiraan Detik Menuju 2021 Normal Baharu

Bersiaran LANGSUNG untuk menjaga jarak selamat, namun detik bersama tetap diraikan
Central Pattana Plc (CPN)
2021-01-05 10:55 219

BANGKOK, 5 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Lantaran berlakunya COVID-19, 2021 akan membuka lembaran baharu dalam sejarah dunia di mana acara kiraan detik tahun baharu serentak di seluruh dunia akan diubah termasuklah di CentralWorld, mercu tanda acara sambutan yang paling terkenal di Thailand di tengah-tengah Bangkok, yang dinamakan 'Times Square of Asia'. Central Pattana plc., pemaju hartanah dan pusat membeli-belah terbesar Thailand dan pengendali CentralWorld, dengan menggalas tanggungjawab penuh kepada masyarakat dan dunia dalam menghadapi COVID-19, mengumumkan bahawa acara kiraan detik tahun baharu kali ini hanya akan disiarkan secara LANGSUNG sahaja supaya rakyat terus tabah menempuhi situasi ini bersama-sama.

CentralWorld, aka Times Square of Asia, Thailand’s most famous celebration landmark, hosts its new normal world-class LIVE broadcast only countdown to keep safe distance yet cherish the moments together. Inspired by the current global issue of COVID-19, ‘A Symbol of Hope’ fireworks show that is digitally synchronized on the panOramix, the world’s largest digital screen, lay the profound symbols from Thailand to reflect the positive energy in joining people unity from all over the world.
CentralWorld, aka Times Square of Asia, Thailand’s most famous celebration landmark, hosts its new normal world-class LIVE broadcast only countdown to keep safe distance yet cherish the moments together. Inspired by the current global issue of COVID-19, ‘A Symbol of Hope’ fireworks show that is digitally synchronized on the panOramix, the world’s largest digital screen, lay the profound symbols from Thailand to reflect the positive energy in joining people unity from all over the world.

CentralWorld menampilkan sorotan acara 'satu seumpamanya', 'Simbol Harapan', iaitu satu pertunjukan bunga api 4 aksi yang diselaraskan secara digital dengan menggabungkan seni grafik audio dan visual menerusi paparan di panOramix, skrin digital terpanjang di dunia, memantapkan lagi status centralwOrld sebagai mercu tanda kiraan detik yang terhebat. Pertunjukan bunga api yang diilhamkan daripada isu COVID-19 semasa, mempunyai makna dan simbol yang mendalam yang dapat diterjemah dan dikarang menjadi sebuah cerita sarat dengan kenangan yang tidak akan dilupakan;

  • Aksi 1: Semangat Kebersamaan: kebersamaan global merupakan vaksin yang kuat. Mempamerkan semangat bersatu padu dalam menghadapi krisis COVID-19.
  • Aksi 2: Percaya kepada Pemikiran Positif: berkongsi 'kekuatan minda' untuk terus berjuang bersama. Mempamerkan kekuatan bersikap positif dan menyebarkannya kepada orang lain.
  • Aksi 3: Satukan Thailand & Dunia Kita: untuk kita, bangsa kita dan dunia kita. Mempamerkan percikan bunga api berwarna merah, putih dan biru -- yang merupakan warna bendera Thailand dan ikan laga Siam, melambangkan semangat juang kita yang indah dan kuat.
  • Aksi 4: Harapan Sentiasa Ada: harapan adalah nadi kehidupan. Mempamerkan bunga api dalam pelbagai warna mewakili kepelbagaian orang, dengan penekanan pada warna merah, warna Palang Merah Antarabangsa, sebagai simbolik untuk menyampaikan penghargaan kepada pekerja kesihatan yang berada di barisan hadapan dalam memerangi COVID-19.

Kami percaya bahawa manusia sejagat sangat berharap dan bersatu padu serta bersedia untuk bergabung tenaga dalam mengatasi krisis ini. Itulah inspirasi bunga api 'Simbol Harapan' - lambang dari Thailand untuk menggambarkan kesepaduan tenaga kita menuju ke pentas dunia.

Source: Central Pattana Plc (CPN)
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Travel New products/services