BANGKOK, 5 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Lantaran berlakunya COVID-19, 2021 akan membuka lembaran baharu dalam sejarah dunia di mana acara kiraan detik tahun baharu serentak di seluruh dunia akan diubah termasuklah di CentralWorld, mercu tanda acara sambutan yang paling terkenal di Thailand di tengah-tengah Bangkok, yang dinamakan 'Times Square of Asia'. Central Pattana plc., pemaju hartanah dan pusat membeli-belah terbesar Thailand dan pengendali CentralWorld, dengan menggalas tanggungjawab penuh kepada masyarakat dan dunia dalam menghadapi COVID-19, mengumumkan bahawa acara kiraan detik tahun baharu kali ini hanya akan disiarkan secara LANGSUNG sahaja supaya rakyat terus tabah menempuhi situasi ini bersama-sama.
CentralWorld, aka Times Square of Asia, Thailand’s most famous celebration landmark, hosts its new normal world-class LIVE broadcast only countdown to keep safe distance yet cherish the moments together. Inspired by the current global issue of COVID-19, ‘A Symbol of Hope’ fireworks show that is digitally synchronized on the panOramix, the world’s largest digital screen, lay the profound symbols from Thailand to reflect the positive energy in joining people unity from all over the world.
CentralWorld menampilkan sorotan acara 'satu seumpamanya', 'Simbol Harapan', iaitu satu pertunjukan bunga api 4 aksi yang diselaraskan secara digital dengan menggabungkan seni grafik audio dan visual menerusi paparan di panOramix, skrin digital terpanjang di dunia, memantapkan lagi status centralwOrld sebagai mercu tanda kiraan detik yang terhebat. Pertunjukan bunga api yang diilhamkan daripada isu COVID-19 semasa, mempunyai makna dan simbol yang mendalam yang dapat diterjemah dan dikarang menjadi sebuah cerita sarat dengan kenangan yang tidak akan dilupakan;
Kami percaya bahawa manusia sejagat sangat berharap dan bersatu padu serta bersedia untuk bergabung tenaga dalam mengatasi krisis ini. Itulah inspirasi bunga api 'Simbol Harapan' - lambang dari Thailand untuk menggambarkan kesepaduan tenaga kita menuju ke pentas dunia.