omniture

LONGi bekalkan modul 70 MW kepada kluster loji PV terapung terbesar di Vietnam

LONGi Solar
2021-01-06 20:58 212

XI'AN, China, 6 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Dalam satu perkembangan penting yang menandakan berakhirnya tahun 2020, dua projek solar terapung berskala besar di Vietnam mula beroperasi pada bulan Disember. Projek-projek tersebut merupakan loji janakuasa solar terapung Ho Tam Bo 35 MWp dan loji PV terapung Ho Gia Hoet 1 35 MWp. Kedua-dua projek telah dibina di tasik pengairan Gia Hoet 1 dan Tam Bo, di komun Quang Thanh, daerah Chau Duc.

LONGi membekalkan modul PV berkecekapan tinggi untuk kedua-dua projek. Biarpun terdapatnya cabaran yang timbul daripada COVID-19, pengeluar modul yang berpangkalan di China itu menyiapkan penghantaran modul lebih awal daripada jadual, memastikan penyiapan projek-projek tepat pada masanya yang bersama-sama membentuk kelompok loji PV terapung terbesar bukan sahaja di Vietnam, tetapi di seluruh rantau Asia Tenggara, dengan kapasiti tergabung sebanyak 70 MWp. Satu-satunya projek janakuasa solar terapung lain yang beroperasi di negara ini ialah Da Mi Plant oleh EVN.

Loji Janakuasa Solar Terapung Ho Tam Bo 35-MWp dan loji PV terapung Ho Gia Hoet 1 35-MWp bersama-sama membentuk kelompok PV terapung yang terbesar di Asia Tenggara

Kedua-dua projek tersebut dibangunkan oleh TOJI Group Vietnam. Pembinaan Projek Janakuasa Solar Terapung Ho Tam Bo bermula pada 8 Ogos 2020. Meskipun dengan keadaan hujan dan ribut yang mencabar, disukarkan lagi dengan isu-isu berkaitan COVID-19, TOJI Group mampu menyiapkan pemasangan substesen 110 kV, 10.8 km pembangunan talian penghantaran dan integrasi grid hanya dalam tempoh 4 bulan. Loji tersebut menerima pentauliahan terakhir pada 12 Disember 2020.

Begitu juga loji Ho Gia Hoet 1 yang turut menyediakan stesen janakuasa solar 35 MWp, substesen transformer injak naik 22/110 kV dan 1.86 km talian penghantaran yang bermula dari Gia Hoet 1 ke substesen transformer injak naik 22/110 kV Tam Bo. Loji ini juga menerima pentauliahan terakhir pada 12 Disember 2020.  

LONGi membekalkan 74,469 panel kuasa 470 Wp untuk projek-projek mercu tanda ini. "Pasaran untuk projek-projek fotovolta terapung telah menyaksikan pertumbuhan yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dengan kapasiti terpasang bagi projek-projek individu meningkat tahun demi tahun. LONGi telah membekalkan kepada beberapa projek janakuasa solar terapung di seluruh dunia dan kami berbangga dapat bekerjasama dengan TOJI Group untuk membina loji solar terapung pertama mereka di Vietnam," kata Dennis She, Naib Presiden Kanan, LONGi Solar.  

Selepas pentauliahan projek-projek tersebut, Pengerusi Toji Group, Ho Minh Tien berkata, "Bagi pihak pelabur-pelabur kami, Toji Group ingin berterima kasih kepada Jawatankuasa Rakyat BRVT, Vietnam Electricity EVN, Vietnam Rubber Group, Jawatankuasa Rakyat Daerah Chau Duc, Jawatankuasa Rakyat Komun Quang Thanh dan rakan-rakan gabungan EVN A0, A2, SPC, PC BRVT serta unit-unit rakan subkontraktornya yang menyokong, memudahkan dan mengiringi Toji Group dalam projek ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pembekal ladang solar terapung 35+35 MWp Ho Tam Bo dan Ho Gia Hoet yang telah beroperasi pada 12 Disember 2020."

Latar Belakang LONGi 

LONGi memimpin industri PV solar ke tahap baharu menerusi inovasi produknya dan nisbah kos-kuasa dioptimumkan dengan teknologi monohabluran cemerlang. Syarikat ini membekalkan lebih daripada 30GW wafer dan modul solar berkecekapan tinggi ke seluruh dunia setiap tahun, iaitu kira-kira satu perempat daripada permintaan pasaran global. LONGi diiktiraf sebagai syarikat teknologi solar yang paling berharga di dunia dengan nilai pasaran tertinggi. Inovasi dan pembangunan mampan merupakan dua nilai teras syarikat ini. Ketahui Lebih Lanjut: https://en.longi-solar.com/

Source: LONGi Solar
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities