omniture

Zoomlion Raikan Pemasangan Sulung Pengorek Pintar di Bandar Industri Pintar Zoomlion

Zoomlion
2021-01-06 23:56 166

CHANGSHA, China, 6 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) telah meraih kejayaan besar dalam pengilangan pintar mesin pengorek tan besar bilamana pengorek pertama dikeluarkan daripada barisan pemasangan pada 31 Disember 2020 di Taman Pengilangan Pengorek Pintar ("Taman") yang pertama dibina di Bandar Industri Pintar Zoomlion ("Bandar") di Changsha, Wilayah Hunan.

Zoomlion Celebrates Maiden Assembly of Intelligent Excavator in Zoomlion Smart Industrial City
Zoomlion Celebrates Maiden Assembly of Intelligent Excavator in Zoomlion Smart Industrial City

Pencapaian cemerlang ini menandakan bermulanya fasa baharu pembangunan Bandar berkenaan, ketika projek tersebut terus menyiapkan kerja-kerja pembinaan amnya dan dalam masa yang sama mengilangkan produk jentera canggih dan pintar.

Zoomlion Celebrates Maiden Assembly of Intelligent Excavator in Zoomlion Smart Industrial City
Zoomlion Celebrates Maiden Assembly of Intelligent Excavator in Zoomlion Smart Industrial City

Mesin pengorek 20 tan dan 48 tan yang dikeluarkan daripada barisan pemasangan baharu tersebut dikilangkan di bengkel pintar dengan kawasan berkeluasan 36,000 meter persegi (387,500 kaki persegi). Tidak termasuk forklift konvensional, lebih daripada 100 robot angkutan pintar menghantar lebih 9,000 alat ganti serta merta di seluruh bengkel tersebut serta robot industri lain bagi meningkatkan pengutomatan dan pengeluaran pintar.

"Taman berkenaan direka mengikut piawaian antarabangsa tertinggi, melaksanakan sepenuhnya konsep kecerdasan, pendigitalan dan kemampanan ekologi dan mempunyai kilang-kilang pintar serta barisan pengeluaran tanpa manusia yang paling cerdas, fleksibel dan jitu," ujar Zhang Chunxin, pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Zoomlion.

"Kecerdasan tak tampak" ditonjolkan dalam setiap rangkaian antara pengeluaran, operasi dan pengurusan Taman berkenaan, melalui pergabungan antara logistik pintar dan penjadualan pengeluaran, AI industri, kembaran digital, internet industri dan teknologi data raya dengan sistem pengurusan serta kawalan Taman berkenaan. Usaha tersebut akan merealisasikan pengilangan digital dan telus serta membolehkan kilang-kilang pintar mengurangkan kitaran penyelidikan dan pembangunan (R&D), kos operasi dan penggunaan tenaga sekali gus meningkatkan kecekapan pengeluaran dengan ketara.

Taman berkenaan akan memberi sokongan padu kepada sektor jentera pengorek Zoomlion dan setelah siap sepenuhnya taman industri berkenaan – bernilai CNY30 bilion ($US45.87 bilion) – akan mencapai kapasiti pengilangan tahunan sebanyak 50,000 daripada semua jenis pengorek pintar, dengan sebuah mesin pengorek dikeluarkan daripada barisan pemasangan setiap enam minit.

Latar Belakang Bandar Industri Pintar Zoomlion 

Bandar Industri Pintar Zoomlion (Zoomlion Smart Industrial City) ialah projek kelompok kilang perintis bertaraf dunia yang dilancarkan secara rasmi pada bulan Januari 2019 oleh Zoomlion dengan jumlah pelaburan sebanyak 100 bilion yuan ($US15.29 bilion). Projek Bandar ini disusun atur dengan empat sektor jentera utama yang terdiri daripada konkrit, kren pembinaan, platform kerja udara dan pengorekan, empat pusat alat ganti, enam platform inovasi negara dan beberapa tapak ujian dan inkubasi untuk jentera pertanian pintar, AI serta program penyelidikan dan pembangunan (R&D) lain. Taman Pengilangan Pengorek Pintar baharu merupakan taman pertama yang dibina di Bandar Industri Pintar Zoomlion. Setelah siap sepenuhnya, Bandar ini akan menjadi tapak industri jentera pembinaan yang terbesar dan paling komprehensif di dunia, seterusnya menjadi peneraju sebagai kilang berkecekapan tinggi, taman ekologi dan bandar pintar.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah sebuah perusahaan pengilangan peralatan berkualiti tinggi yang menyepadukan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Kini, syarikat ini menjual lebih daripada 600 produk termaju daripada 56 barisan produk yang meliputi sepuluh kategori penting.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY Shenzhen:000157
Related Links:
Keywords: Construction/Building Internet Technology Machinery Mining/Metals Telecommunications Transportation