omniture

Coway Calonkan Jangwon Seo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Baharu

Coway Co., Ltd.
2021-01-07 13:37 216

Coway mencalonkan Ketua Pegawai Eksekutif bersama baharu Jangwon Seo, seorang pakar dalam perancangan strategik dan operasi global, dengan tujuan untuk membawa inovasi dan memperkasa kapasiti global demi perniagaan masa depan Coway di bawah struktur Ketua Pegawai Eksekutif bersama.

SEOUL, Korea, Selatan 7 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., syarikat perkakas rumah persekitaran yang terkemuka, hari ini mengumumkan pencalonan Jangwon Seo, Ketua Pegawai Kewangan semasa Coway, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama baharu semasa rombakan eksekutif kanan tahunannya.

Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Baharu Coway
Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Baharu Coway

Menerusi rombakan ini, Coway akan bertukar kepada struktur Ketua Pegawai Eksekutif bersama yang dipimpin oleh dua orang Ketua Pegawai Eksekutif bersama, Hae-Sun Lee dan Jangwon Seo, tertakluk kepada pelantikan rasmi Jangwon Seo sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bersama di mesyuarat lembaga pada bulan Februari.

Calon Ketua Pegawai Eksekutif bersama, Jangwon Seo, merupakan seorang peguam kanan A.S. di Shin & Kim, sebuah firma guaman utama di Korea. Selepas itu, Seo berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Pelaburan dan Ketua Pegawai Komunikasi di Netmarble Corp dan sebagai wakil Netmarble Cultural Foundation dan kini berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan di Coway. Seo berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi daripada Westminster College dan Ijazah J.D. daripada University of Connecticut School of Law. Pengalaman global Seo dalam bidang perancangan strategik diiktiraf dengan baik di Coway.

"Kami berharap agar Ketua Pegawai Eksekutif bersama baharu Jangwon Seo dapat mengukuhkan kecekapan teras syarikat dalam perancangan strategik serta daya saing global di samping pengurusan perniagaan yang stabil oleh Ketua Pegawai Eksekutif semasa Hae-Sun Lee," kata seorang pegawai daripada Coway. "Coway akan maju ke hadapan bagi menangani cabaran dalaman dan luaran semasa berlakunya COVID-19, bagi meningkatkan sinergi bersama Netmarble Corp serta untuk meletakkan asas bagi tujuan pengembangan Coway yang berjaya ke pasaran global."

Sementara itu, Coway mengembangkan perniagaan perkakas rumah persekitarannya ke pasaran-pasaran global termasuk Amerika Syarikat, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti pembersih air, pembersih udara dan bidet. Sejak penubuhan syarikat kami, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Kami telah membuktikan dedikasi kami terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, daya saing yang tiada tandingan dalam bahagian pasaran, melangkaui kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Kami terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan dengan menggiatkan perniagaan luar negara kami di Malaysia, A.S. Thailand serta China, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Personnel announcements