ZHENGZHOU, China, 8 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Dengan sejumlah 41,756 bas Yutong diserahkan kepada pelanggan seluruh dunia pada tahun 2020, Yutong Bus membayangkan lembaran seterusnya, iaitu tahun 2021 dengan harapan baharu.
Dengan bermulanya tahun 2021, Zhengzhou Yutong Bus Co., Ltd. (Yutong Bus, SHA: 600066) memulakan kempen tahun baharu, bagi mendorong visi yang positif untuk dinantikan oleh orang ramai pada tahun 2021. Kempen berkenaan telah mencapai lebih 43 juta impresi dan menarik lebih 17 ribu orang untuk menyertainya dan berkongsi hasrat mereka, memimpin setiap orang melalui lembaran tahun 2020 yang lebih baik dan meninjau pencapaian Yutong Bus sepanjang tahun yang bukan biasa-biasa ini.
Tahun 2020 yang belum pernah berlaku sebelum ini pastinya akan menjadi detik penting dalam sejarah. Dalam menghadapi pandemik, Yutong Bus menggalas tanggungjawab sosialnya dalam perjuangan global ini dan berusaha sehabis daya untuk menyumbangkan derma di seluruh dunia. Sejak berlakunya wabak ini, Yutong Bus menghantar bahan-bahan rintang wabak berserta pengalaman pencegahan wabak bersepadunya ke 85 negara di Asia, Eropah, Amerika, Afrika dan Timur Tengah, yang akhirnya dapat memberi manfaat kepada lebih daripada 10 juta orang dan mengukuhkan hubungan antarabangsa.
Sebagai wakil daripada perusahaan Cina, Yutong Bus turut meneruskan kemajuannya dalam bidang teknologi pintar, demi menyahut cabaran dengan inovasi. Syarikat ini melancarkan WITGO iaitu penyelesaian mobiliti pintar didayakan 5G yang menaik taraf sistem angkutan dengan data raya, pengkomputeran awan dan IoT. Yutong Bus berjaya mencabar rekod dunia Guinness dengan memandu bas elektrik di altitud tertinggi di Gunung Everest. Syarikat ini turut menganjurkan seminar industri bagi menggalakkan transformasi pintar.
Tatkala industri mengalami kemerosotan, Yutong Bus mengekalkan kehadiran global yang berkembang pantas kerana ia mendapat sokongan pelanggan di seluruh dunia - 760 unit diserahkan ke Kazakhstan, 130 unit ke Mexico sebagai pesanan bas troli dwikuasa yang terbesar di dunia, 102 unit ke Norway sebagai pesanan bas EV terbesar di Eropah dan 1.8 bilion nilai pesanan untuk 1,002 unit ke Qatar, termasuk 741 bas EV sebagai pesanan bas EV yang terbesar di dunia.
Menerusi produk-produk yang berkualiti tinggi, penyelesaian bersepadu dan perkhidmatan menyeluruh, Yutong Bus sentiasa berdedikasi untuk menyediakan pengalaman perjalanan awam yang lebih baik buat orang ramai di seluruh dunia. Berpegang teguh kepada nilai jenama iaitu "bas lebih baik, kehidupan lebih baik", tumpuan Yutong Bus tidak pernah terhad hanya kepada produk bas, tetapi komitmen untuk bersama-sama mewujudkan industri pengangkutan awam yang lebih mesra alam, lebih pintar dan lebih cekap pada masa akan datang.
Klik untuk lebih banyak lagi detik-detik sorotan Yutong Bus pada tahun 2020: https://www.youtube.com/watch?v=Y3MLuzoixxk