MUNICH, 8 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Menurut firma pakar runding penyelidikan Omdia*1, Infineon Technologies AG (FSE: IFX / OTCQX: IFNNY) telah berjaya mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran untuk mikrofon MEMS. Berdasarkan jualan unit cip MEM, bahagian pasaran dilaporkan melonjak tinggi kepada 43.5 peratus. Ini meletakkan Infineon di tempat #1 dengan kelebihan hampir 4 peratus berbanding tempat kedua dan lebih daripada 37 peratus dari tempat ketiga. Perkembangan positif ini juga ekoran pengalaman jangka panjang Infineon dalam reka bentuk mikrofon MEMS dan pengilangan berjumlah tinggi dalam menyampaikan pengalaman pengguna yang tiada tandingan.
Mikrofon MEMS XENSIV™ IM73A135A daripada Infineon menampilkan SNR 73 dB dan titik sarat akustik tinggi (SPL 135 dB) untuk mikrofon julat dinamik yang amat tinggi dengan jejak kecil 4 x 3 x 1.2 mm3 berserta penggunaan kuasa terendah dalam industri iaitu 170 mikroampere.
Kini Infineon melancarkan mikrofon MEMS analog generasi seterusnya yang memberikan hasil yang malah lebih baik – mikrofon MEMS XENSIV™ IM73A135. Dalam mikrofon, pereka sering perlu menerima kompromi: nisbah isyarat-kepada-hingar (SNR) yang tinggi, pakej yang kecil, titik sarat akustik yang tinggi, penggunaan kuasa yang rendah, MEMS berbanding mikrofon kondenser elektret (ECM). Atas sebab inilah, aplikasi yang memerlukan mikrofon berprestasi tertinggi mungkin dahulunya masih menggunakan ECM berbanding MEMS. IM73A135 dapat mengurangkan keperluan untuk berkompromi.
SNR 73 dB dan titik sarat akustik tinggi (135 dB SPL) menghasilkan mikrofon julat dinamik yang amat tinggi dengan jejak kecil 4 x 3 x 1.2 mm3. Mikrofon MEMS baharu daripada Infineon juga mempunyai padanan lengkung frekuensi yang ketat untuk pemprosesan isyarat audio yang paling berkesan dan penggunaan kuasa terendah dalam industri iaitu 170 mikroampere. Oleh yang demikian, IM73A135 membolehkan pereka untuk mencapai tahap prestasi audio tinggi yang terhad untuk ECM dan dalam masa yang sama meraih manfaat yang terdapat dalam teknologi MEMS.
Mikrofon MEMS baharu daripada Infineon menawarkan ciri-ciri cemerlang untuk meningkatkan pembatalan hingar yang aktif dalam fon kepala, sebuah pasaran yang akan berkembang kepada kira-kira 250 juta peranti menjelang tahun 2025 dengan CAGR mencecah 16 peratus*2. Di samping itu, swahingar yang rendah menjadikan IM73A135 sesuai khususnya untuk merakam audio berkualiti tinggi yang diperlukan dalam sistem persidangan, kamera atau perakam audio. Sebuah pasaran yang turut dijangka meningkat dengan ketara.
Teknologi rendah kuasa digital baharu untuk peranti boleh pakai
Infineon bukan sekadar memperluaskan portfolionya yang terdiri daripada mikrofon MEMS berjenama tetapi turut memperluaskan kedudukan utamanya melalui teknologi ASIC digital kuasa rendah yang baharu. Teknologi kuasa terendah ini akan digunakan dalam pelbagai mikrofon digital generasi seterusnya yang dikilangkan dan dijenamakan oleh jaringan rakan kongsi mikrofon "dalaman-Infineon". Penggunaan semasa mod kuasa rendah yang utama dalam industri serendah 110 mikroampere menjadikannya padanan sempurna untuk segmen peranti boleh pakai, termasuk jam tangan pintar, gelang kecergasan dan sebagainya. Permintaan yang semakin meningkat terhadap produk yang menarik secara estetik dengan keupayaan untuk menampung keperluan harian pengguna dengan lebih baik akan mengembangkan pasaran ini untuk mencecah kira-kira 650 juta unit menjelang tahun 2025, dengan CAGR mencecah hampir 20 peratus sepanjang tempoh ramalan bermula dari tahun 2020 hingga 2025*3.
Ketersediaan
Mikrofon MEMS XENSIV IM73A135 akan disediakan untuk pasaran pengedaran pada Mac 2021. Teknologi mikrofon MEMS baharu untuk peranti boleh pakai akan dilancarkan oleh rakan-rakan kongsi "dalaman-Infineon" dalam tempoh beberapa bulan akan datang. Maklumat lanjut disediakan di www.infineon.com/mems, untuk jaringan rakan kongsi mikrofon "dalaman-Infineon": www.infineon.com/cms/en/product/sensor/mems-microphones/infineon-inside/.
*1 Sumber: Omdia, MEMS Microphones Dice Market Shares 2020, Oktober 2020 |
*2 Sumber: Mordor Intelligence: Smart wearable market – growth, trends, forecasts (2020 – 2025), Julai 2020 |
*3 Sumber: Infineon, Marketing Elevator for IM73A135 |