omniture

HEISHA Lancar Penyelesaian Dron-dalam-kotak Mesra Pengguna; Panggilan untuk Rakan Kongsi Eksklusif Seluruh Dunia

SHENZHEN HEISHA
2021-01-09 02:00 523

SHENZHEN, China, 9 Januari 2021 /PRNewswire/ -- HEISHA, penyedia yang terkemuka bagi stesen pengecasan dron berautonomi di dunia, melancarkan DNEST—stesen pengecasan terbaharu dan terkecilnya—berserta panggilan global untuk rakan-rakan kongsi eksklusif.

DNEST ialah penyelesaian dron-dalam-kotak pengguna sedia digunakan dan automatik sepenuhnya yang pertama
DNEST ialah penyelesaian dron-dalam-kotak pengguna sedia digunakan dan automatik sepenuhnya yang pertama

Dengan saiz sebesar 1 meter padu dan beratnya kurang daripada 40 kilogram, DNEST menjadikannya mudah untuk digunakan di taman atau di atas bumbung. Tidak seperti produk-produk industri yang lain daripada syarikat ini, DNEST ialah produk mesra pengguna yang menyasarkan tepat terhadap pasaran pengguna. Ia merupakan produk sedia-terbang dengan stesen pengecasan, DJI Mavic 2 Zoom dan perisian yang sedia digunakan. Tanpa sebarang kemahiran memandu kapal terbang, pengguna boleh mengendalikan DNEST dengan mudah untuk mengawasi hartanah mereka dari udara pada bila-bila masa dan dari mana-mana tempat.

Ling Lu, Ketua Pegawai Eksekutif HEISHA berkata, "Dengan pelancaran produk baharu ini kami turut menyampaikan panggilan untuk rakan-rakan kongsi eksklusif kami di seluruh dunia. Tujuan keeksklusifan ini adalah untuk menjamin kestabilan dan keberuntungan untuk rakan-rakan kongsi eksklusif baharu yang menyertai kami. Rakan-rakan kongsi selanjutnya akan diberi lebih banyak insentif bagi menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. HEISHA bukan sekadar mencari wakil penjual, tetapi rakan kongsi yang membolehkan kami bersama-sama mencipta produk yang cemerlang."

Dibangunkan dengan satu-satunya matlamat untuk menghasilkan penyelesaian pengecasan dron yang mudah digunakan, DNEST dilengkapi dengan pad pengecasan generasi keenam dan teknologi pengawal generasi ketiga. Berserta pusat kawalan jauh CLOUD CENTURY Freesky dan perkhidmatan awan Amazon, ia membolehkan pengguna untuk mendapat pemandangan dari udara bila-bila masa mereka perlu.

Penyelesaian pengecasan dron siri-D HEISHA merupakan platform sumber terbuka sepenuhnya dengan kos yang rendah dan keandalan tinggi bagi menjimatkan masa dan kos pembangunan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, sila kunjungi: https://www.heishatech.com/dnest-hardware-for-drone-in-a-box-solution/

YouTube:
Video pengenalan DNEST: https://www.youtube.com/watch?v=1e9Yhzak56A&feature=youtu.be
Dasar rakan kongsi eksklusif DNEST: https://www.youtube.com/watch?v=miSnCHK1eNM

Latar Belakang HEISHA 

Sebuah syarikat dipacu teknologi, HEISHA Tech, ialah jenama stesen pengecasan kendiri dron yang terkemuka. Syarikat ini memberi tumpuan untuk mencipta produk-produk dengan nilai sebenar untuk kehidupan harian dengan memajukan sains serta teknologi. Dengan kemudahan pengilangan berkeluasan lebih daripada 1,700 meter persegi dan peralatan pengujian dan pemprosesan canggih, HEISHA dapat menyediakan penyelesaian yang menjimatkan kos serta masa untuk lebih banyak pemaju dan terbuka untuk perkongsian OEM dan perniagaan.

Source: SHENZHEN HEISHA
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services