omniture

Sodexo Cipta Semula Katering dengan Platform AI Atlas

Huawei
2021-01-11 10:20 78

PARIS, 11 Januari 2021 /PRNewswire/ -- Apabila menyebut tentang pilihan makanan, apakah yang menjadi keutamaan pengguna? Rasa, rupa atau pengalaman perkhidmatan? Barangkali bagi pengguna hari ini, jawapannya ialah "Kesemuanya".

Sodexo, one of the world's largest catering service providers, works with Huawei to launch the Seefood intelligent settlement solution. The solution builds on the Huawei Atlas AI software and hardware platform, and combines AI image recognition into the settlement phase to automatically recognize dishes, calculate prices, and complete settlement via cards and mobile terminals.
Sodexo, one of the world's largest catering service providers, works with Huawei to launch the Seefood intelligent settlement solution. The solution builds on the Huawei Atlas AI software and hardware platform, and combines AI image recognition into the settlement phase to automatically recognize dishes, calculate prices, and complete settlement via cards and mobile terminals.

Orang ramai semakin prihatin terhadap kesihatan dan terdapat banyak pilihan makanan di luar sana. Namun begitu, perkhidmatan katering tradisional tidak cukup peribadi cirinya, apatah lagi untuk menyediakan panduan kesihatan kepada setiap pelanggan. Kafeteria untuk syarikat perusahaan, sekolah dan kemudahan besar yang lain berdepan pelbagai cabaran seperti penyempurnaan yang lambat dan beratur panjang. Masalah-masalah ini turut menjejaskan pengalaman pelanggan. Kini, ia telah menjadi suatu trend industri bagi memperkenalkan kaedah-kaedah pintar bagi meningkatkan pengalaman dan kecekapan menjamu selera.

Bagi menangani cabaran ini, Sodexo, salah satu penyedia perkhidmatan katering yang terbesar di dunia, bekerjasama dengan Huawei Perancis untuk melancarkan penyelesaian penyempurnaan pintar Seefood. Penyelesaian ini dibangunkan melalui platform perisian dan perkakasan AI Atlas Huawei dan menggabungkan pengecaman imej AI ke dalam fasa penyempurnaan untuk mengenal pasti hidangan secara automatik, mengira harga dan melengkapkan penyempurnaan melalui kad dan terminal mudah alih.

Penyelesaian ini menggunakan pembelajaran metrik mendalam untuk mengecam setiap hidangan dalam 0.3 saat dengan tepat. Ia belajar dengan cepat dan dapat mengenali ciri-ciri berbeza suatu hidangan secara serta merta selepas pengendali kantin memasukkan imej hidangan baharu. Sistem ini menyediakan algoritma untuk mengemas kini ciri-ciri sampel yang dikenal pasti dengan salah bagi menambah baik kadar pengecaman. Di samping itu, selepas setiap pengecaman, sistem terminal menambah pengesanan objek dan label pengelasan secara automatik dan menghantarnya ke platform latihan di infrastruktur awan. Dengan cara ini, jumlah sampel latihan dan kejituan model algoritma dapat ditambah baik di mana-mana sahaja. Lebih banyak ia digunakan, lebih pintar sistem ini jadinya.

Penyelesaian Seefood menjadikannya berbeza dengan menyediakan maklumat pemakanan dan kalori pada masa sebenar. Diperkasa oleh inovasi ini, penyelesaian ini bukan sahaja menghapuskan keperluan campur tangan juruwang manual untuk mengurangkan masa beratur secara drastik, tetapi menyediakan perkhidmatan yang lebih sihat, dipacu teknologi dan lebih diperibadikan untuk mereka yang menjamu selera.

"Saya datang ke sini setiap hari untuk makan tengah hari kerja saya. Kini, ia merupakan perkhidmatan layan diri sepenuhnya, bermula dengan pemilihan sajian kepada penyempurnaan. Tidak perlu lagi beratur! Ia perkhidmatan 'makanan dengan keseronokan'," kata seorang jurutera di kantin sebuah syarikat yang berpangkalan di Guangzhou yang menggunakan penyelesaian Seefood. Seorang lagi orang yang ditemu bual, iaitu pakar pasaran berkata, "Kini kantin juga dapat mengira kalori makanan dan menyediakan rujukan pemakanan yang amat intuitif. Ini merupakan suatu pengubah industri dan benar-benar penyelesaian menjamu selera yang ideal untuk individu yang mementingkan kesihatan seperti saya."

Bagi pengendali kafeteria, penyelesaian Seefood melaksanakan penyempurnaan secara automatik sepenuhnya dan menyediakan statistik pesanan serta pusing ganti bagi memvisualkan data operasi, justeru membantu mereka meningkatkan keupayaan perkhidmatan dan merangsang kecekapan operasi.

Kafeteria yang menyediakan perkhidmatan kepada 2000 orang dapat mempercepatkan kepantasan penyempurnaannya daripada 20 saat bagi setiap orang kepada hanya 3 saat, meningkatkan jumlah orang yang dijamu setiap jam daripada 180 kepada 1200 orang dan melaksanakan pengurusan dan analisis data operasi masa sebenar sepanjang masa.

Pada masa kini, penyelesaian Seefood telah diaplikasikan oleh Sodexo di kafeterianya untuk ibu pejabat Shenzhen Huawei serta syarikat perusahaan besar, hospital dan universiti lain di bandar-bandar termasuk Guangzhou, Shenzhen dan Shanghai di China. Penyelesaian ini telahpun menunjukkan nilai perniagaan yang luar biasa dan diterima baik oleh pengendali kantin dan juga pengguna.

Menuju ke hadapan, Sodexo merancang untuk mempromosikan penyelesaian ini ke seluruh dunia. Penyelesaian ini akan digunakan di kafeteria Sodexo di Eropah Barat pada separuh pertama tahun 2021. Martin Boden, Presiden Sodexo China, berkata, "Inovasi merupakan kualiti utama dalam Sodexo dan China merupakan salah sebuah negara yang menerajui transformasi teknologi dan digital dunia. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Huawei untuk membangunkan model perkhidmatan yang inovatif untuk katering. Melalui projek inovasi bersama ini, kami dapat menyampaikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan kami dan memperkaya pengalaman pelanggan dari segi kecekapan, kemudahan dan kesihatan. Kami komited untuk menyediakan perkhidmatan Kualiti Hidup yang lebih baik kepada pengguna di China dan seluruh dunia."

Huawei telah memperhalus platform perisian dan perkakasan AI yang memberikan fungsi kemudahan penggunaan dan prestasi yang tiada tandingan. Huawei bekerjasama dengan pelanggan industri dan rakan aplikasi untuk membawakan inovasi AI untuk industri-industri. Huawei akan memperkukuh kerjasamanya dengan Sodexo untuk meninjau lebih banyak senario dalam industri katering, bagi menjadikan perkhidmatan katering lebih mudah dan menyediakan pengalaman menjamu selera yang lebih baik buat pengguna.

Sodexo ialah salah satu penyedia perkhidmatan katering yang terbesar di dunia dan juga sebuah syarikat Fortune Global 500. Beribu pejabat di Paris, Perancis, Sodexo menyediakan perkhidmatan katering untuk syarikat perusahaan, sekolah, hospital, rumah penjagaan dan kilang di seluruh dunia. Bersama pasukan profesional yang terdiri daripada cef, pakar diet dan kakitangan dapur, Sodexo telah lama bersemangat untuk menyediakan makanan berkualiti yang enak rasanya dan menggembirakan pelanggannya.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi di sini
Emel: enterpriseweb@huawei.com

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Food/Beverages New products/services